Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Friday, August 5, 2011

Dua jenis menyesal.

Pernah jumpa manusia yang suka menggunakan perkataan menyesal? Ada dua kategori sebenarnya.

Pertama :

"Aku menyesal dulu aku selalu lawan cakap mak ayah, tak hormat cikgu."


"Aku menyesal sebab dulu aku selalu menipu duit orang."


"Aku menyesal pernah menjadikan arak sebagai minuman kegemaran aku."


"Aku menyesal tak menghargai suami aku dulu."


"Aku menyesal dulu aku selalu merompak rumah orang."

"Aku menyesal dulu aku jadi pelacur.  "


Okay, yang pertama ni tak apa, sebab itu sesalan yang selalunya diikuti dengan perasaan insaf dan tak nak mengulangi kesilapan lama.

Tapi aku nak emphasizekan kategori kedua ni.

"Aku menyesal approve request facebook kau dulu. Kalau aku taulah nak jadi macam ni, aku takkan approve kau."


"Aku menyesal ada kawan macam kau ni."

"Aku menyesal keluar dengan kau tadi. Lepas ni jangan ajak aku pergi mana-mana dah."


"Aku menyesal singgah kat situ jumpa kau."


"Aku menyesal mintak tolong dengan kau."


"Aku menyesal kenal dengan orang macam kau ni."


"Aku menyesal berjimak dengan isteri yang kayu macam kau ni."


"Aku menyesal kahwin dengan kau. Menyesal aku bagi hantaran yang mahal-mahal dulu. "


"Aku menyesal kahwin dengan lelaki gemuk macam kau ni. "


Nampak tak beza kat situ?

Yang kedua tu selalunya orang yang tengah marah. But, the thing is, we cant just simply say anything just because kita tengah marah. Kita tak boleh expect orang terima je kita tengah marah dan berpotensi cakap apa sahaja. Kita rasa kita cuma cakap untuk jangka masa yang pendek, tapi orang yang terkena tu, boleh ke lupa dalam jangka masa yang pendek?

"Alaaa, dah memang mulut dia macam tu. Sabar ajelah, terima je. "

Kalau macam tu, situasi kat bawah ni dah lama diguna pakai :

"Takpelah, dah memang dia tu suka bunuh orang, nak buat macam mana? Terima ajelah, dah dia macam tu. "


"Dia memang dari dulu suka rogol orang, nak buat macam mana kan? Terima ajelah. "


"Kau kena faham, dia tu memang suka merompak rumah orang. Nak buat macam mana, dah perangai dia macam tu. "

Boleh? Boleh tak?

Kawan aku pernah cakap, orang yang selalu sangat guna perkataan menyesal tu, lebih baik diorang menyesal lahir kat dunia ni, sebab lahir kat dunia ni adalah permulaan segala-galanya.

True, indeed.

Contohlah eh :

"Aku menyesal lahir kat dunia ni. Kalau tak, takdelah aku ada akaun facebook, lepastu kau add aku dan aku approve kau. "

"Aku menyesal lahir kat dunia ni. Kalau tak, takdelah aku jumpa orang macam kau ni. "

"Aku menyesal lahir kat dunia ni. Kalau tak, takdelah aku mintak tolong dengan kau dan sekarang kau nak menyusahkan aku pulak. "

"Aku menyesal lahir kat dunia ni. Kalau tak, takdelah aku singgah Pavillion tadi untuk jumpa kau. "

"Saya menyesal lahir kat dunia ni. Kalau tak, takdelah saya mempunyai mak macam mak ni. "

Dan, aku rasa lebih baik diorang cakap :

"AKU MENYESAL LAHIR KAT DUNIA NI, PADAHAL SATU HARI NANTI AKU AKAN MATI JUGAK."



Maka, sekarang, rasa menyesal tak baca entri ni?

Haha.

No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.