Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Friday, August 26, 2011

Lembutnya, nokkss!!

Sesungguhnya orang yang berjiwa lembut dan sentimental macam aku ni tak sesuai langsung tengok Conan.

Conan The Barbarian ya, bukan Detektif Conan.

Thursday, August 25, 2011

Kawan-kawan.

Aku pernah menghilangkan diri daripada kawan-kawan, selama bertahun-tahun lepas SPM. Motif, tak tau.

Mungkin aku malu.

Dah ramai yang mula ada hidup masing-masing.

Tapi aku masa tu tak sudah-sudah lagi belajar.

Lagi pun aku rasa diorang ingat lagi ke kat aku ni?

Aku tau ramai yang cari aku, tapi aku diamkan aje masa tu.

The thing is, jumpa semula kawan-kawan lama ni merupakan satu perkara yang menggembirakan sebenarnya.

The best part is, diorang kata aku tak berubah. Diorang still ingat aku macam mana orangnya. Cuma makin kurus.

Aku cuma jawab : "Makan hati, bhaii."

Hazan still ingat aku suka Liverpool. Haha, cerita sebelas tahun dulu. Aku pun dah tak layan bola sekarang.

It's a shame Ihan kena transfer KL. Tapi nanti aku pun akan ke sana, hi hi hi.

Fadillah asyik ulang-alik Kuantan - KL. Esok dia balik. Boleh lepak. Dan membincangkan status projek itu. Yehhh!

Dan semalam aku berjaya mendapatkan tshirt The Flash, walaupun dalam keadaan yang demam.

Bermula September tahun ni, memang hectic!






Best jugak jumpa balik kawan-kawan zaman sekolah ni.


Sunday, August 21, 2011

Dah boleh

Dah boleh guna BBM.

Terima kasih kepada Nedd yang menyuruh aku off dan on balik henpon.

Benda senang tu pun aku tak terfikir. Bangang.

Hatta Dolmat reply aku kat twitter tadi. Heh heh.

Saturday, August 20, 2011

Setel

Aku memang nak update blog.

Tapi aku tak tau nak bukak cerita apa.

Alah, ni kira dah update lah.

With that, I end my speech.

Friday, August 12, 2011

I Love Kuantan.






Aku harap raya tahun ni Shakira tak bengang lagi bila orang asyik menyangkakan dia kakak dan aku adalah adik.

Hi hi hi.

Chill, man, chill!




Friday, August 5, 2011

Dua jenis menyesal.

Pernah jumpa manusia yang suka menggunakan perkataan menyesal? Ada dua kategori sebenarnya.

Pertama :

"Aku menyesal dulu aku selalu lawan cakap mak ayah, tak hormat cikgu."


"Aku menyesal sebab dulu aku selalu menipu duit orang."


"Aku menyesal pernah menjadikan arak sebagai minuman kegemaran aku."


"Aku menyesal tak menghargai suami aku dulu."


"Aku menyesal dulu aku selalu merompak rumah orang."

"Aku menyesal dulu aku jadi pelacur.  "


Okay, yang pertama ni tak apa, sebab itu sesalan yang selalunya diikuti dengan perasaan insaf dan tak nak mengulangi kesilapan lama.

Tapi aku nak emphasizekan kategori kedua ni.

"Aku menyesal approve request facebook kau dulu. Kalau aku taulah nak jadi macam ni, aku takkan approve kau."


"Aku menyesal ada kawan macam kau ni."

"Aku menyesal keluar dengan kau tadi. Lepas ni jangan ajak aku pergi mana-mana dah."


"Aku menyesal singgah kat situ jumpa kau."


"Aku menyesal mintak tolong dengan kau."


"Aku menyesal kenal dengan orang macam kau ni."


"Aku menyesal berjimak dengan isteri yang kayu macam kau ni."


"Aku menyesal kahwin dengan kau. Menyesal aku bagi hantaran yang mahal-mahal dulu. "


"Aku menyesal kahwin dengan lelaki gemuk macam kau ni. "


Nampak tak beza kat situ?

Yang kedua tu selalunya orang yang tengah marah. But, the thing is, we cant just simply say anything just because kita tengah marah. Kita tak boleh expect orang terima je kita tengah marah dan berpotensi cakap apa sahaja. Kita rasa kita cuma cakap untuk jangka masa yang pendek, tapi orang yang terkena tu, boleh ke lupa dalam jangka masa yang pendek?

"Alaaa, dah memang mulut dia macam tu. Sabar ajelah, terima je. "

Kalau macam tu, situasi kat bawah ni dah lama diguna pakai :

"Takpelah, dah memang dia tu suka bunuh orang, nak buat macam mana? Terima ajelah, dah dia macam tu. "


"Dia memang dari dulu suka rogol orang, nak buat macam mana kan? Terima ajelah. "


"Kau kena faham, dia tu memang suka merompak rumah orang. Nak buat macam mana, dah perangai dia macam tu. "

Boleh? Boleh tak?

Kawan aku pernah cakap, orang yang selalu sangat guna perkataan menyesal tu, lebih baik diorang menyesal lahir kat dunia ni, sebab lahir kat dunia ni adalah permulaan segala-galanya.

True, indeed.

Contohlah eh :

"Aku menyesal lahir kat dunia ni. Kalau tak, takdelah aku ada akaun facebook, lepastu kau add aku dan aku approve kau. "

"Aku menyesal lahir kat dunia ni. Kalau tak, takdelah aku jumpa orang macam kau ni. "

"Aku menyesal lahir kat dunia ni. Kalau tak, takdelah aku mintak tolong dengan kau dan sekarang kau nak menyusahkan aku pulak. "

"Aku menyesal lahir kat dunia ni. Kalau tak, takdelah aku singgah Pavillion tadi untuk jumpa kau. "

"Saya menyesal lahir kat dunia ni. Kalau tak, takdelah saya mempunyai mak macam mak ni. "

Dan, aku rasa lebih baik diorang cakap :

"AKU MENYESAL LAHIR KAT DUNIA NI, PADAHAL SATU HARI NANTI AKU AKAN MATI JUGAK."



Maka, sekarang, rasa menyesal tak baca entri ni?

Haha.

Tuesday, August 2, 2011

Manisnya September itu.

Kali terakhir aku rasa contented macam apa yang aku rasa sekarang adalah pada 2002. Tahun SPM. Sebagai seorang pelajar yang slow learner, aku usaha keras untuk SPM. Sebab bagi aku SPM tu macam menentukan fasa kehidupan yang lebih baik. Aku plan sesuatu untuk kehidupan. Aku tak fikir benda lain selain nak kejar cita-cita.

Dah 9 tahun, baru aku ada semula feel tu.

Aku tak sabar nak tersenyum di tengah-tengah Kuala Lumpur, September nanti!