Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Friday, July 15, 2011

Cara Tuhan Bagi Kegembiraan.

Betul.

Cara Tuhan bagi kegembiraan pada kita tu tak sama. Berbeza-beza.

Ada orang gembira dapat kawin dengan boyfriend atau girlfriend pilihan hati.

Ada orang gembira dapat pakai kereta mewah bayar cash.

Ada orang gembira gaji masuk dalam akaun bank setiap bulan.

Ada orang gembira tengok anak cucu membesar.

Ada orang gembira dapat renovate rumah.

Ada orang gembira dapat pergi haji.

Gembira dengan macam-macam cara. Orang kata kadang-kadang dalam gembira ni ada ujian dia jugak.

Tapi aku nak cakap, aku gembira dengan apa yang aku buat sekarang ni. Aku dah boleh senyum selalu. Aku rasa happy sangat. Aku rasa hidup dah mula terisi.

Mak kata tahun ni nak beraya rumah Tok Ngah kat JB.

Bila cakap JB je, aku takde pikir lain, memang nak beraya kat Kulai Jaya je lah. Cujen mesti tau rumah siapa ni. Kan Cujen kan?

Heh heh.

Sunday, July 3, 2011

Bau.

Patutlah selalu dalam drama-drama, isteri melenting bila baju suami ada bau perfume perempuan. Aku selalu fikir, perfume orang lain boleh melekat ke kat baju kita?

Hari ni aku dah dapat jawapannya.

Balik ni tadi, baju aku memang wangi dengan bau perfume. Dah tentulah bukan perfume aku, sebab aku memang tak pakai perfume.

Bezanya, tak ada siapa yang akan melenting atau jealous bila aku balik dengan baju melekat bau perfume. Itu untungnya jadi orang single ni.

Bonus lagi bila kereta aku yang tak berperfume tu pun dah jadi wangi.

Kalau Remy Ishak yang naik kereta aku sampai tinggalkan bau wangi tu, tu lagi parah.

Heh heh.