Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Friday, June 10, 2011

22 Cerita Buat Masa Ini.

Aku ada terlalu banyak benda yang aku nak cerita, tapi aku tak tau nak mulakan dan sudahkan macam mana. Jadi, aku senaraikan je secara random.
  1. Lately aku asyik berjaga malam. Macam beberapa tahun dulu, masa zaman study. Especially masa cuti. Malam aku berjaga, buat macam-macam. Surf internet, melukis, mix and match baju, buat scrambled egg pastu makan dengan roti, masak megi, dan entah amende lagi entah.
  2. Pai ajak lunch esok, err, I mean hari ni. Azman ajak lepak petang.
  3. Tau air Cool Blog? Yang ada biji-biji dipanggil pearl tu. Aku suka minum air tu sejak 2009. First minum, Ain ajar. Masa tu trip pergi Melaka, untuk assignment final year. Berapa hari kat Melaka, kerja aku asyik minum air tu. Masa tu kat Kuantan takde lagi. Aku memang minum chocolate je. Tak try yang lain. Aku kan setia.
  4. Memang dalam banyak-banyak tempat kat Malaysia ni, aku suka Melaka. I find it attractive. Mungkin sebab jalan-jalan dia, bangunan dia. Aku pernah pergi Melaka 3 kali je, tapi Dasuki terkejut aku tau jalan situ. Aku suka la jalan kaki kat Melaka.
  5. Aku memang suka jalan kaki dan menikmati nikmatnya berjalan kaki tu. Dulu masa kat IPBA, aku sanggup berjalan sorang-sorang hanya untuk makan kat Ali. Atau sekadar nak berjalan saja-saja area Kerinchi atau Telekom Tower tu. Pastu lepak kat bus stop depan balai polis tu sambil makan asikrim ataupun cekedis. Selalunya ada orang gila kat situ.
  6. Dulu aku perahsia. Hal besar dalam hidup sekalipun, aku takkan cerita pada sesiapa. Ada masalah, aku cuba setelkan sendiri. Agaknya sebab tu orang yang ada rahsia-rahsia besar dalam hidup diorang selalu datang dan cerita rahsia diorang pada aku.
  7. Aku lalui macam-macam dalam hidup. Tak ada sorang pun yang aku kenal, yang tau kronologi tersirat yang sebenar hidup aku. Tak ada sorang pun. Macam yang aku cakap tadi, aku perahsia. Banyak benda aku tak bagitau orang. Sebab tu dulu aku kuat. Ujian dan dugaan datang macam mana sekalipun, aku redahkan je. Aku simpan rasa sorang-sorang. Tapi, betullah orang kata, jangan simpan sorang, nanti susah. Disebabkan dulu aku rasa aku kuat, boleh simpan semua sorang-sorang, akhirnya pada umur 26 tahun ni, aku jadi lemah dan hidup aku susah. Banyak masa hanya dihabiskan dengan terbaring atas katil dan berfikir. Banyak benda aku tak mampu nak redah. Banyak benda aku kesalkan. Hidup aku kucar-kacir akibat banyak benda aku simpan bertahun-tahun. Dan dah setahun lebih aku disahkan penghidap skizo. Baru-baru ni doktor kata simptom aku lebih kepada depression. Hari ni hari ke-40 medical leave. Dan aku masih tak nampak mana jalannya untuk hidup aku. 
  8. Aku sebenarnya jenis manusia ego. Tapi bila aku dah sayang orang, ego aku lebur. Tu bahaya sebenarnya.
  9. Zoull cakap aku high taste. Bukan dia sorang. Ada la lagi beberapa orang yang cakap macam tu. Zoull cakap macam tu sebab aku jarang puji lelaki kacak. Dah nak buat macam mana? Yang dia senaraikan semua tak up to my taste. Tapi kalau ada Fahrin Ahmad, Remy Ishak, Farid Kamil dan Aaron Aziz, tu memang boleh buat muka aku bersinar macam dulang perak. Aku tak kata diorang kacak, tapi masuk dalam klasifikasi lelaki MELAYU menarik bagi aku. Dulu masa sekolah aku pernah rasa Keevan Raj kacak. Tolong jangan kata tak kenal Keevan Raj. Sila google sekarang.
  10. Dulu masa sekolah, ramai yang tau aku minat Owen. Kat bag aku je tergantung tag gambar Owen. Titi Camara, Dietmer Hamann, Patrick Berger. Yang mana main untuk Liverpool, memang aku suka. Aku memang minat bola. Minat gila-gila. Masa tu je lah. Habis sekolah, aku dah tak layan bola.
  11. Dulu aku peminat majalah APO? dan Ujang. Sebab tu aku ada sense of humour. Hehe. Memang bertindan-tindanlah majalah tu kat rumah. Tapi dah lesap. Orang tu pinjam, orang ni pinjam.
  12. Aku rindu nak cakap English. Macam masa zaman kat IPBA. Sekarang aku banyak cakap English jugak, tapi masa mencarut bila tengah drive. Jangan salahkan aku. Drivers kat Kuantan ni memang tak best.
  13. Cakap pasal high taste kat nombor 9 tadi, abah antara orang yang cakap aku ni high taste. Kereta yang aku minat semuanya besar-besar saiz dan harganya. Harrier, Murano, semua jenis Audi, Jaguar XJ 220. Dahla berangan nak pakai kereta mewah, berangan pulak nak beli bayar cash. Dan semua rumah contoh yang aku ada selera nak pergi tengok ialah rumah yang harganya nak dekat sejuta. contoh kat Kuantan ni ialah rumah area Bukit Istana dan area Tok Sira.
  14. Kalau orang yang kenal aku, orang akan kata aku ni berjiwa seni. Aku suka menulis sejak kecik. Aku suka melukis. Bila dengar lagu, aku nikmati lirik. Dah dua tahun lebih main gitar, aku takkan main lagu yang aku tak suka atau aku tak tau. Dan ya, aku memang kreatif bila bab berangan. Aku boleh berangan macam-macam, tak kira tempat dan tak kira masa. Kalau lecturer baru start mengajar 10 minit, aku dah berangan macam-macam. Bila naik kereta yang bukan aku drivernya, tutup pintu, pandang luar tingkap, berangan.
  15. Cakap pasal berangan, aku selalu berangan drive kereta idaman aku sambil berborak dengan orang sebelah. Orang sebelah aku tu mestilah A. Samad Said atau pun Ahadiat Akashah atau pun Andy Flop Poppy. Kalau mampu sikit, Jason Mraz. Paling aku berangan ialah main teka-teka filem dengan pRamlee. Kalau boleh aku nak dia cakap dialog dalam mana-mana filem dia, dan aku kena teka. Tapi, yelah, dia dah takde.
  16. Aku memilih. Especially bab makan. Aku pantang kalau order milo ais, tapi orang tukang buat air tu tak reti buat. Milo yang cair serius boleh buat aku nak muntah. Aku memang tak pandai langsung memasak, tapi macam yang orang kata, selera aku tinggi, maka aku memang ada kepandaian mengklasifikasikan makanan yang super sedap, sedap, biasa aje, tak sedap, dan tak sedap langsung. Dan ada la beberapa aspek lagi yang aku ni memang memilih.
  17. Kaki kiri aku cacat. Akibat accident tahun 1993. Sebab tu aku susah nak beli kasut. Dan nasib baiklah aku bukan penggila kasut. Tapi kadang-kadang aku frust. Bila aku suka sesuatu kasut tu, tapi kriteria dia tak sesuai dengan kaki kiri aku tu. Maka tak boleh pakai.
  18. Aku jenis yang out-dated. Orang dah lama kenal Jason Mraz, tahun 2008 baru aku kenal dia. Orang dah lama tengok movie-movie tertentu ni, setahun atau dua tahun atau bertahun-tahun lepas tu baru aku nak tengok. 
  19. Dalam diam-diam aku ni minat fesyen sebenarnya. Aku pernah bercita-cita nak beli mesin jahit. Sebab aku nak design dan jahit sendiri baju-baju yang aku nak. Dulu masa sling bag tengah famous, aku jahit sendiri sling bag yang aku nak. Nak beli tak mampu. Jahit pakai tangan je, tak guna machine. Cousin aku tengok, dia cakap cantik. Bila aku cakap aku buat sendiri, dia cakap aku menipu. Sebenarnya banyak jugak benda yang aku jahit sendiri. Kaki seluar pun kalau nak alter, kebanyakannya aku jahit sendiri. Okay, ni serius aku memang tak pernah bagitau siapa-siapa.
  20. Ada sekali tu, lepas balik dari jumpa psikiatris, abah cakap dia tak nak orang anggap aku ni pelik. Aku diam je. Padahal dulu abah selalu kata dalam adik-beradik, aku paling pelik dalam pelbagai aspek. Aku tau, dari dulu memang ada yang anggap aku pelik. Tak payahlah aku cerita apa yang pelik. Orang pelik ni selalunya hidup tak bahagia.
  21. Walaupun kulit aku hitam, tapi aku memang selalu perasan omputeh. 
  22. Tadi aku baru habiskan baca buku kajian tentang Sejarah Melayu.

Dah pukul 5 pagi. Banyak lagi aku nak cerita sebenarnya. Tapi rasa macam melampau-lampau pulak.

1 comment:

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.