Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Thursday, June 23, 2011

Warak?

Bob : Mane weh?

Aku : Nape?

Bob : Makan jom?

Aku : Gua puasa, bhaii. Malam kang gua datang lepak stall lu.

Bob : Alhamdulillah, lu memang rockers warak lah!

Aku : Rock-rock jugak, Tuhan kena ingat.

Bob : Tu ah. Lu ni memang rare lah. Lu mana lokasi sekarang?

Aku : Lokasi rahsia. Nanti kena hijack.

Bob : Hahahampeh lu. Ok lah, gua nak santap menyantap jap.





Part warak tu tak boleh blah.

Tuesday, June 21, 2011

Rock ah sikit.

Dalam banyak-banyak lagu diorang, aku paling suka lagu ni.

Tak herolah kalau tak dengar lagu ni.


Wednesday, June 15, 2011

Aku senyum.

Appointment dengan doktor pukul 2.30. Mak tak dapat pergi sekali sebab dia ada meeting. Katanya ada dua meeting hari ini.

Pukul 2 aku cadang nak gerak.

1:46 mesej masuk.

"Tunggu mak.... mak nak balik dah ni."

Aku senyum.

Monday, June 13, 2011

Takpelah.

Aku bagitau mak yang appointment dengan doktor Rabu ni pukul 2.30 petang. Aku mintak mak datang sekali. Sebab doktor nak jumpa mak sekali.

Tapi mak kata mak ada meeting Rabu tu.

Aku frust.

Mak cakap ajaklah abah.

Aku cuma jawab perlahan, "Takpelah."

Friday, June 10, 2011

22 Cerita Buat Masa Ini.

Aku ada terlalu banyak benda yang aku nak cerita, tapi aku tak tau nak mulakan dan sudahkan macam mana. Jadi, aku senaraikan je secara random.
  1. Lately aku asyik berjaga malam. Macam beberapa tahun dulu, masa zaman study. Especially masa cuti. Malam aku berjaga, buat macam-macam. Surf internet, melukis, mix and match baju, buat scrambled egg pastu makan dengan roti, masak megi, dan entah amende lagi entah.
  2. Pai ajak lunch esok, err, I mean hari ni. Azman ajak lepak petang.
  3. Tau air Cool Blog? Yang ada biji-biji dipanggil pearl tu. Aku suka minum air tu sejak 2009. First minum, Ain ajar. Masa tu trip pergi Melaka, untuk assignment final year. Berapa hari kat Melaka, kerja aku asyik minum air tu. Masa tu kat Kuantan takde lagi. Aku memang minum chocolate je. Tak try yang lain. Aku kan setia.
  4. Memang dalam banyak-banyak tempat kat Malaysia ni, aku suka Melaka. I find it attractive. Mungkin sebab jalan-jalan dia, bangunan dia. Aku pernah pergi Melaka 3 kali je, tapi Dasuki terkejut aku tau jalan situ. Aku suka la jalan kaki kat Melaka.
  5. Aku memang suka jalan kaki dan menikmati nikmatnya berjalan kaki tu. Dulu masa kat IPBA, aku sanggup berjalan sorang-sorang hanya untuk makan kat Ali. Atau sekadar nak berjalan saja-saja area Kerinchi atau Telekom Tower tu. Pastu lepak kat bus stop depan balai polis tu sambil makan asikrim ataupun cekedis. Selalunya ada orang gila kat situ.
  6. Dulu aku perahsia. Hal besar dalam hidup sekalipun, aku takkan cerita pada sesiapa. Ada masalah, aku cuba setelkan sendiri. Agaknya sebab tu orang yang ada rahsia-rahsia besar dalam hidup diorang selalu datang dan cerita rahsia diorang pada aku.
  7. Aku lalui macam-macam dalam hidup. Tak ada sorang pun yang aku kenal, yang tau kronologi tersirat yang sebenar hidup aku. Tak ada sorang pun. Macam yang aku cakap tadi, aku perahsia. Banyak benda aku tak bagitau orang. Sebab tu dulu aku kuat. Ujian dan dugaan datang macam mana sekalipun, aku redahkan je. Aku simpan rasa sorang-sorang. Tapi, betullah orang kata, jangan simpan sorang, nanti susah. Disebabkan dulu aku rasa aku kuat, boleh simpan semua sorang-sorang, akhirnya pada umur 26 tahun ni, aku jadi lemah dan hidup aku susah. Banyak masa hanya dihabiskan dengan terbaring atas katil dan berfikir. Banyak benda aku tak mampu nak redah. Banyak benda aku kesalkan. Hidup aku kucar-kacir akibat banyak benda aku simpan bertahun-tahun. Dan dah setahun lebih aku disahkan penghidap skizo. Baru-baru ni doktor kata simptom aku lebih kepada depression. Hari ni hari ke-40 medical leave. Dan aku masih tak nampak mana jalannya untuk hidup aku. 
  8. Aku sebenarnya jenis manusia ego. Tapi bila aku dah sayang orang, ego aku lebur. Tu bahaya sebenarnya.
  9. Zoull cakap aku high taste. Bukan dia sorang. Ada la lagi beberapa orang yang cakap macam tu. Zoull cakap macam tu sebab aku jarang puji lelaki kacak. Dah nak buat macam mana? Yang dia senaraikan semua tak up to my taste. Tapi kalau ada Fahrin Ahmad, Remy Ishak, Farid Kamil dan Aaron Aziz, tu memang boleh buat muka aku bersinar macam dulang perak. Aku tak kata diorang kacak, tapi masuk dalam klasifikasi lelaki MELAYU menarik bagi aku. Dulu masa sekolah aku pernah rasa Keevan Raj kacak. Tolong jangan kata tak kenal Keevan Raj. Sila google sekarang.
  10. Dulu masa sekolah, ramai yang tau aku minat Owen. Kat bag aku je tergantung tag gambar Owen. Titi Camara, Dietmer Hamann, Patrick Berger. Yang mana main untuk Liverpool, memang aku suka. Aku memang minat bola. Minat gila-gila. Masa tu je lah. Habis sekolah, aku dah tak layan bola.
  11. Dulu aku peminat majalah APO? dan Ujang. Sebab tu aku ada sense of humour. Hehe. Memang bertindan-tindanlah majalah tu kat rumah. Tapi dah lesap. Orang tu pinjam, orang ni pinjam.
  12. Aku rindu nak cakap English. Macam masa zaman kat IPBA. Sekarang aku banyak cakap English jugak, tapi masa mencarut bila tengah drive. Jangan salahkan aku. Drivers kat Kuantan ni memang tak best.
  13. Cakap pasal high taste kat nombor 9 tadi, abah antara orang yang cakap aku ni high taste. Kereta yang aku minat semuanya besar-besar saiz dan harganya. Harrier, Murano, semua jenis Audi, Jaguar XJ 220. Dahla berangan nak pakai kereta mewah, berangan pulak nak beli bayar cash. Dan semua rumah contoh yang aku ada selera nak pergi tengok ialah rumah yang harganya nak dekat sejuta. contoh kat Kuantan ni ialah rumah area Bukit Istana dan area Tok Sira.
  14. Kalau orang yang kenal aku, orang akan kata aku ni berjiwa seni. Aku suka menulis sejak kecik. Aku suka melukis. Bila dengar lagu, aku nikmati lirik. Dah dua tahun lebih main gitar, aku takkan main lagu yang aku tak suka atau aku tak tau. Dan ya, aku memang kreatif bila bab berangan. Aku boleh berangan macam-macam, tak kira tempat dan tak kira masa. Kalau lecturer baru start mengajar 10 minit, aku dah berangan macam-macam. Bila naik kereta yang bukan aku drivernya, tutup pintu, pandang luar tingkap, berangan.
  15. Cakap pasal berangan, aku selalu berangan drive kereta idaman aku sambil berborak dengan orang sebelah. Orang sebelah aku tu mestilah A. Samad Said atau pun Ahadiat Akashah atau pun Andy Flop Poppy. Kalau mampu sikit, Jason Mraz. Paling aku berangan ialah main teka-teka filem dengan pRamlee. Kalau boleh aku nak dia cakap dialog dalam mana-mana filem dia, dan aku kena teka. Tapi, yelah, dia dah takde.
  16. Aku memilih. Especially bab makan. Aku pantang kalau order milo ais, tapi orang tukang buat air tu tak reti buat. Milo yang cair serius boleh buat aku nak muntah. Aku memang tak pandai langsung memasak, tapi macam yang orang kata, selera aku tinggi, maka aku memang ada kepandaian mengklasifikasikan makanan yang super sedap, sedap, biasa aje, tak sedap, dan tak sedap langsung. Dan ada la beberapa aspek lagi yang aku ni memang memilih.
  17. Kaki kiri aku cacat. Akibat accident tahun 1993. Sebab tu aku susah nak beli kasut. Dan nasib baiklah aku bukan penggila kasut. Tapi kadang-kadang aku frust. Bila aku suka sesuatu kasut tu, tapi kriteria dia tak sesuai dengan kaki kiri aku tu. Maka tak boleh pakai.
  18. Aku jenis yang out-dated. Orang dah lama kenal Jason Mraz, tahun 2008 baru aku kenal dia. Orang dah lama tengok movie-movie tertentu ni, setahun atau dua tahun atau bertahun-tahun lepas tu baru aku nak tengok. 
  19. Dalam diam-diam aku ni minat fesyen sebenarnya. Aku pernah bercita-cita nak beli mesin jahit. Sebab aku nak design dan jahit sendiri baju-baju yang aku nak. Dulu masa sling bag tengah famous, aku jahit sendiri sling bag yang aku nak. Nak beli tak mampu. Jahit pakai tangan je, tak guna machine. Cousin aku tengok, dia cakap cantik. Bila aku cakap aku buat sendiri, dia cakap aku menipu. Sebenarnya banyak jugak benda yang aku jahit sendiri. Kaki seluar pun kalau nak alter, kebanyakannya aku jahit sendiri. Okay, ni serius aku memang tak pernah bagitau siapa-siapa.
  20. Ada sekali tu, lepas balik dari jumpa psikiatris, abah cakap dia tak nak orang anggap aku ni pelik. Aku diam je. Padahal dulu abah selalu kata dalam adik-beradik, aku paling pelik dalam pelbagai aspek. Aku tau, dari dulu memang ada yang anggap aku pelik. Tak payahlah aku cerita apa yang pelik. Orang pelik ni selalunya hidup tak bahagia.
  21. Walaupun kulit aku hitam, tapi aku memang selalu perasan omputeh. 
  22. Tadi aku baru habiskan baca buku kajian tentang Sejarah Melayu.

Dah pukul 5 pagi. Banyak lagi aku nak cerita sebenarnya. Tapi rasa macam melampau-lampau pulak.

Thursday, June 9, 2011

Wednesday, June 8, 2011

Bila orang betul-betul tahu.

Previous post aku janji nak cerita pasal sorang makhluk ni kan? Okay, cancel. Tak boleh. Sebab ceritanya seram. Aku takut ada yang tak boleh nak tidur nanti. Lain kali je lah.

Dalam hidup aku, aku selalu jumpa orang yang keluarkan statement dia dah kenal sangat dengan aku. dah tau sangat perangai aku. Malangnya, yang selalu keluarkan statement macam tu lah yang sebenarnya tak tau pun aku ni macam mana. Tak tau pun aku lalui kesukaran macam mana dalam hidup. 

Aku ada sorang kawan. Dia tengah dalam kesusahan. Dia sayang boyfriend dia, tapi mak ayah dia tak approve. It has something to do with darjat/status. Aku cuma mampu tolong dia bagi semangat. Dan tolong doakan. Sebab somehow aku yakin boyfriend dia tu memang baik. Serius baik. Dunia akhir zaman macam ni, mana nak jumpa lelaki baik macam tu? Boyfriend dia sampai nak jumpa mak ayah kawan aku dan terangkan situasi. Aku cuma mampu doakan.

Sebenarya bukan nak cerita konflik kawan aku ni. Tapi aku nak cerita yang kawan aku ni satu-satunya manusia yang masih ingat apa yang aku cakap pada dia. Dia cakap dari dulu aku cakap nak quit, nak bukak kedai buku dan buat painting. Walaupun serius aku rasa painting aku semuanya sucks dan macam tak ada identiti, tapi dia cakap dia suka.

Aku sebenarnya terharu kalau orang tahu sesuatu pasal aku dan still ingat benda-benda lama yang aku cakap tentang impian aku. Sebab tak semua orang nak ambik tahu. Yang rata-rata buat statement dah kenal aku lama sangat pun, still tak tau betapa seksanya aku nak menyudahkan 2004 hingga 2009, dan menjalani kehidupan sekarang.dan diorang tak tau pun betapa aku tak suka disumbatkan ke institut kecil di Kuala Lumpur itu. Sampaikan natijahnya, aku didiagnosed sebagai skizo dan depresi.

Aku sekarang banyak mengeluh kan?

Jadi, sesiapa yang tahu kat mana ada kerja kosong, bagitaulah aku. Dah setel dengan doktor, aku nak uruskan pasal berhenti kerja. Bukan senang nak berhenti. Oh, tapi aku memilih. Okay, bukan memilih. Cuma setelah bertahun-tahun hidup di bawah depresi dan tak boleh memilih, aku rasa aku mahu memilih yang betul-betul bersesuaian dengan aku :

  1. Kerja yang tak perlu pakai smart-smart. Tshirt dengan seluar pun dah boleh.
  2. Kerja yang bergelumang dengan BUKU. Aku serius ni. Nak bergelumang dengan pelbagai BUKU.
  3. Bukan kerja office yang kena menaip apa semua tu.
  4. Aku rela kerja sampai malam kalau gajinya best dan persekitaran memberangsangkan. Sebenanrnya aku tak demand pasal gaji. Asalkan berpatutan.
  5. Nak kerja dengan buku. BUKU,  BUKU, BUKU.
  6. Nampaknya kena guna qualification SPM je lah. Degree aku tak valid kalau kerja macam ni. Degree aku valid untuk jadi cikgu je. See? Sebab tu aku tak pernah bangga pun aku berjaya sudahkan 5 tahun setengah kat maktab tu. Konvo pun aku tak bangga. Tak ada apa yang membanggakan. Aku tak ada apa-apa pun. Nampak tak?

Dulu masa study, aku selalu buat part time dengan Kak Zah. Dia boss Creative Enterprise cawangan Kuantan ni. Aku suka kerja dengan dia sebab tak stress. Plus, bergelumang dengan buku cerita. Gaji pun best. Husband dia pandai melukis dan selalu buat painting kat galeri dalam kedai Kak Zah tu. Hari tu aku mesej dia tanya pasal kerja, dia cakap untuk pameran sekarang dah ada orang. Untuk next pameran dia akan inform. Dia ingat aku nak buat part-time agaknya. Aku nak kerja sepenuh masa. Aku rindu bila customer datang, tanya buku-buku tertentu dan aku boleh cari buku tu untuk diorang. Its very fun to remember those authors' name. Kira stok, check stok. Aku happy buat semua tu. Kalau boleh aku nak kerja dengan Kak Zah bila aku dah quit nanti.

Tolong faham, please?


Baju berkilat.






Aku rasa sayu bila mak buat sesuatu yang menunjukkan dia faham keadaan aku. Aku nak balikkan masa, nak balik pada waktu yang mana aku patut betulkan semua kekucaran ni.

Baju dalam gambar tu aku beli dah lama. Tapi tak pernah pakai. Aku pun tak tau kenapa aku beli baju berkilat-kilat macam tu, sebab setahu aku, aku tak pernah minat baju-baju berkilat macam tu. Dah banyak sangat baju dalam almari dan dalam bakul tu yang tak terpakai. Aku rasa mulai hari ni, aku nak pakai baju-baju tu walaupun setakat kat rumah, biarpun bukan pakai untuk keluar berjalan-jalan. Biarlah nampak macam buang tabiat pun.

Tadi aku mandikan Jodi. Dah tak berani nak guna syampu hamster tu. Aku takut dia gatal-gatal lagi. Kali ni aku guna syampu Clear : Extra Strength. Dah berjam-jam pun still badan dia bau wangi.

Tadi mak tanya adik aku, nak sambung belajar ke tak. Dalam diam-diam, aku rasa sayu dan sedih yang amat. Sebab aku tak pernah punya peluang ditanya begitu. Sebab dari dulu hidup aku dah terjadual. Dan pembuat jadualnya bukan aku.

It was 2008 masa aku confessed pada mak. After years, yang mana dah tak boleh nak patah balik, baru aku berani bukak mulut. Tu pun melalui mesej. Sebab aku dah tak tahan lalui semua tu. Mak tak tahu-menahu. Mak sangka aku sukakan semua ini. Mak terkejut. Mak called dan tanya aku kat mana serta dengan siapa. I cried so badly, alone, on my hostel bed. Mak ingat aku stress banyak assignment. I said no. All she said was bersabar dan kena redha.

Redha. 

Seriously, bukan senang nak redha. Aku dah cuba sedaya-upaya. I've tried so hard that it still hurts me.

Bila tengok orang lain, I wonder how can they live happily but I cant? Kondisi kesihatan mental mungkin boleh membantu aku keluar dari semua ni, tapi dari situ aku kena bersedia dengan macam-macam hal. Terutamanya bab "APA ORANG AKAN KATA". 

Orang akan kata macam-macam. Dan kalau ditakdirkan aku jatuh tersilap lagi, lagilah orang akan berkata, "Haa, tu la. Orang kata tak nak dengar."

Blog ni dah tak fun. Dah selalu jadi tempat aku luahkan perasaan. Tapi, nak buat macam mana? Memang hidup aku tengah susah sekarang ni. Masa ni lah aku nak tengok siapa yang betul-betul ada dengan aku. Dah nampak pun.

Aku rasa next entry aku nak cerita pasal sorang makhluk ni lah. Memang special.


Monday, June 6, 2011

Antara pacar terbaik.


Dalam keadaan lasak macam mana sekali pun. Since 2008.

And the pants. I cant remember was it 2007 or 2008.

 
 Jogging memang selalu buat aku teringatkan benda-benda yang dah lepas. Especially benda-benda zaman study. Kasut, seluar, dan socks tu aku beli zaman study dulu. Dengan duit scholar. Masa tu memang ada subjek PJ, maka lecturer memang suggest beli kasut yang terbaik. Boleh guna lama.

Encik Julaili meninggal beberapa hari lepas. He's one of my favourite PJ's lecturer. Cancer.

Masa jogging tadi jugak aku terus berfikir, macam mana aku nak selesaikan diri daripada masalah ni. Serius aku rasa nak larikan diri je. Ha'ah, aku memang pengecut. Tapi doktor kata, once I'm getting better, we can decide. I want a good life. Yang tak seksa perasaan hari-hari. Apatah lagi kalau itu yang menjadi periuk nasi aku. Bukan nak jadi bodoh, tapi aku nak kehidupan yang aku boleh lalui dengan jujur dan tenang. Yang tak buat aku jadi gila hanya dengan terpandang pintu utama tempat aku bekerja itu. 

Masih aku tak nampak jalannya.

Tuhan, tolonglah aku.