Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Sunday, May 29, 2011

Jodi : Sebelum dan selepas.

Sehari selepas aku jumpa dia. Memang comot gellll. Saja aku mandikan lambat.



Ni dia sekarang. Makin diva kan? Muka macam perempuan. Apa rahsianya? Fair and lovely. Hihihi.

Tuhan selalu pinjamkan aku sesuatu.

Dulu, bila Nyeoww mati, petang-petang aku drive kereta sekitar taman perumahan dengan tujuan mencari pengganti. Hari-hari aku usha especially area Taman Guru. Mana-mana yang tengah selongkar tong sampah tu, aku stop kereta sambil cuba-cuba nak start borak ice-breaking.

"Hai, nyeoww. Buat apa tu? Kenapa selongkar tong sampah rumah orang ni?"

Ayat-ayat cliche tu aku ulang setiap kali jumpa yang tengah selongkar tong sampah. Hasilnya? Semua pandang aku dengan muka pelik dan terus blah. Semuanya tak nak layan dan jual mahal.

Aku tak tau yang cari kucing pun macam kau cari cinta. Takkan datang bila kau tercari-cari, tapi datang bila kau tak sedar langsung. Lepas tu aku stop cari pengganti Nyeoww. Berbulan-bulan. Sampailah aku jumpa Jodi tengah ala-ala stretching badan kat tengah-tengah jalan di Lorong Karyawan 1. Aku ingatkan kaki dia patah ke apa ke. Dia sangat baby masa tu. Muka comot. 

Aku stop kereta, turun dan tanya dia.

"Nyeoww, buat apa kat tengah jalan ni?"

Tak sempat dia jawab apa-apa, aku terus ambik dia. Dah dua bulan lebih dia dok kat rumah ni. Dah besar. Hyper aktif nak mampus. Kaki sendiri pun nak tangkap, sampaikan aku sound dia. 

"Jodi, jangan jadi bodoh boleh tak? Tu kaki sendiri la."

Dan dia cuma pandang aku macam tu je.

Tapi aku tetap rindu Nyeoww. Dia yang terbaik pernah aku ada. Tidur pun nak dekat-dekat dengan aku. 

Aku rindu. Sampai kadang-kadang aku rasa nak gali semula kubur dia kat luar rumah tu.


Antara detik-detik terunggul dengan Nyeoww.


Antara satu malam tu, aku menangis kat sinki dapur, sebab aku takut Nyeoww mati. Aku tak nak kehilangan.

Tapi Tuhan memang selalu pinjamkan aku sesuatu, kemudian Tuhan ambil semula. Aku sedih.

Tapi yelah. Aku buat dosa banyak mana sekalipun, Tuhan tak pernah kejam. Kalaupun Tuhan ambik semula apa yang dia pinjamkan tu, lepas tu dia ganti semula. Mungkin bukan dengan benda atau perkara yang sama. Tapi mampu buat aku rasa hidup aku ada makna lagi.
Dan, hari ni aku nampak semua tu.

Tiba-tiba aku rasa life aku lately ni macam menarik je. Heh heh heh.


Friday, May 27, 2011

Apabila orang bercakap tentang true love.

Seingat aku, hanya sekali Tuhan memberikan aku peluang merasa sedikit rasa true love yang betul-betul true. Melankoli, tapi true dan paling lagenda dalam hidup. Seriously, dengan Nyeoww. Ya, kucing. Yang mungkin tak sesempurna akal manusia. Tapi dengan kucing itulah aku merasa sesuatu yang luar biasa. Macam yang aku cakap tadi, aku rasa kasih sayang yang paling true.

Sebelas hari dengan dia, kasih sayang tu wujud sampai dia mati.

Dan, sampai sekarang.

Walaupun dah wujud Jodi dalam rumah ni, tapi tak ada yang lebih true daripada Nyeoww.

Rest in peace, Nyeoww.

Hari ke-157 tanpa kau.



Monday, May 23, 2011

The best line.

video

Pedihnya, kau kata kau sayang, tapi tak cinta

Kerana, ohh serius, aku sayang kau...



Pernah dengar orang kata masa kita bersedih, masa tu lah boleh hasilkan karya?

Aku sengaja amek dua line terakhir tu. Antara detik-detik paling tak unggul dalam hidup aku.

Seriously, nasihat aku, bila orang kata orang sayang kau, kau kena confirmkan betul-betul.

Sama ada dia sayang atau dia cinta?

Jangan jadi macam aku.

Friday, May 20, 2011

Ke mana perginya semua orang dalam hidup dia?

Dulu masa kat IPBA, aku suka berjalan sorang-sorang. Dan aku suka duduk kat bus stop depan balai polis yang dekat dengan IPBA tu. Selalu bila aku duduk sorang kat situ, sambil tengok kenderaan yang lalu-lalang, pasti akan ada sorang lelaki yang jelas kelihatan tidak siuman akan turut berada di situ. Tak payahlah aku cerita kriteria yang ada pada dia yang menyebabkan bila semua orang nampak dia, semua orang tau dia tak siuman. 

Aku selalu terfikir, mana semua orang dalam hidup dia? Family? Kawan-kawan? Kenapa dia terbiar sebegini? Adakah semua orang dalm hidup dia pergi menjauh sebab dia gila? Atau kerana gila itu, dia yang tanpa dia sedari pergi menjauh daripada semua orang?

Tapi masa tu aku naif. Aku belum alami macam-macam dalam hidup. Sekarang, baru aku faham. Bila kita kelihatan kurang siuman, ramai orang makin menjauh. Tak semua orang mampu bersabar untuk deal dengan kita. Kita kelihatan harmful. Kita menyusahkan ramai orang. Kita buat banyak orang hilang sabar. Kita tak sesuai untuk dilingkungi manusia lain yang siuman. Orang tak mungkin mampu bersabar lama-lama dengan kita. Percayalah, aku dah alami itu. Aku dah rasa macam mana orang tidak lagi mampu bersabar dengan aku.

Bila hari tu aku direfer doktor lain, dan bukannya doktor yang selalu handle kes aku, dia mengatakan aku kemungkinan bukannya menghidap skizo, tapi sebenarnya depression akibat tekanan bertahun-tahun, aku tak tau nak kata apa. Aku dengarkan sahaja. Tapi serius, walaupun ubat-ubatan tu mampu tenangkan aku, aku tau aku kehilangan banyak benda dalam hidup aku. 

Sekarang memang aku faham sangat apa yang orang gila tu lalui. 

Bezanya, aku masih aware dengan diri aku. Dan, paling aku tak sangka, petang tadi bila aku nyatakan pada Safuan akan yang aku akan berhenti kerja tak lama lagi, dia faham. Dia kata, kalau itu yang terbaik, buatlah. Katanya segalanya mungkin dalam hidup kita ni. Aku terkedu. Dalam pada aku menanti untuk dimarah, masih ada yang mampu faham. Sebab tak sangka masih ada kawan yang memahami. Bukan aku nak condemn kawan-kawan lain. Bukan. Bukan itu isunya di sini. Apabila semua orang cuba menjadi realistik dengan menghalang aku untuk berhenti kerja, tiba-tiba orang yang paling realistik selama ini boleh jadi orang yang paling memahami, walaupun keputusan aku tu keputusan paling berisiko. 

Aku nak semula life aku. Tapi keadaan dah tak sama. Macam mana?

Pernah dengar lagu "Unwell" - Matcbox Twenty? Thats the best to describe life aku sekarang.


Thursday, May 19, 2011

Aktiviti sepanjang medical leave.

Hari ni hari ke-17 medical leave.

Tak banyak yang aku buat sepanjang di rumah. Kecuali painting. Dan berinternet.







Semalam masa aku tengah tidur, tiba-tiba dapat mesej aku ditopupkan RM 30. Tak tau angkara siapa.

Tuesday, May 17, 2011

Bila saja Tuhan ambil nyawa orang yang kita sayang.

Bila Fanie call waktu maghrib tadi, aku memang tak suspek apa-apa. Okay, ada lah saspek sikit-sikit. Dan bila dia cakap husband Awekk accident dan meninggal masa on the way nak balik Putrajaya, aku telan liur.

Aku buat apa yang patut, bergegas pergi hospital.

Klasmet-klasmet aku semua dah nanges masa aku call diorang. Semua bersedih. Aku tak habis-habis telan liur. Semua nak tahu cerita dan aku pulak terpaksa jadi reporter. Takpe, demi Awekk yang memang baik tu, aku tak kisah. Bila tengok perut Awekk yang dah mula nampak tu, aku jadi makin tak keruan. Awekk pregnant 4 bulan. Aku telan liur lagi. Gila kesian.
 
Aku tak menangis. Last aku menangis teruk gila bila tengok orang meninggal adalah pada masa Anwar Rashidi meninggal. It was 2007. Pun sebab accident.  Masa Along Borhan meninggal pun aku cuma mampu tengok orang semua bersedih sambil sabarkan Makndak. 

Aku tau aku selalu lupakan Tuhan. Tapi aku harap sangat-sangat supaya Tuhan dengar doa aku ni dan jangan bagi Awekk jadi tak tentu arah. Baby dalam perut dia tu lambang kasih sayang diorang. Okay, gila cliche ayat. Aku harap bila Tuhan uji awekk macam ni, aku harap Tuhan bagi dia sesuatu yang lebih bermakna lagi nanti. 

Sebenarnya mana lebih perit, orang yang kita sayang pergi diambil Tuhan, atau dia pergi tinggalkan kita sebab dah tak sayang lagi?



Sunday, May 15, 2011

Kongratulasi.

So I've heard what the job has to offer you.

Kongratulasi, kawan. Aku gembira kau dapat kerja yang kau mahukan.

=)

Saturday, May 14, 2011

Sempena lagi 170 hari.

Aku serius tak suka celebrate birthday aku sendiri. Mungkin sebab aku tak nampak mana relevennya. Atau mungkin sebab setiap kali tarikh itu, aku mengharapkan sesuatu yang magnificent, tapi akhirnya tiada. Tapi, yelah, aku ni manusia biasa. Ada harapan dan ada sesuatu yang aku harapkan setiap kali tarikh tu muncul.  Dalam diam-diam, aku tulis perkataan MAGNIFICENT dalam ruang tarikh itu dalam planner atau diary aku.

Semalam aku tak dapat  tidur dan aku senaraikan wish list aku. Semuanya berbentuk material. Berbentuk duniawi semata-mata. 
 
Tapi, jauh dalam hati, aku mengharapkan sesuatu yang lebih dari itu. Aku tak tau bila senarai-senarai itu akan menjadi sempurna, sebab hidup aku sukar mencapai tahap memuaskan, inikan pula sempurna.