Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Tuesday, April 12, 2011

Pernah dengar orang kata suratan dan takdir?

Aku memang tak pernah cerita specifically apa cita-cita aku kan? Mungkin aku pernah sebut dalam mana-mana entry sebelum ni, tapi tak detail. Tapi bila dah jengah blog beberapa orang makhluk fayymuss (Cool tak eja famous camtu? Okaylah, tak cool) ni, aku insaf. Sebab diorang kata bila menulis ni, kita kena jujur. Tulis macam takde orang baca, sebab kalau kita tulis macam ada orang baca, kita dah tak jujur. Ya, dulu aku rasa aku jujur bila menulis. Okay, mungkin bukan dalam blog ni, tapi siapa-siapa yang dah kenal aku lama, diorang tau aku memang tulis dengan hati. 

Dulu masa sekolah rendah pun, cikgu aku selalu kata aku berfikir dengan hati dan jiwa. Sebab dia tau aku macam mana. Bukan sebab dia nak perli aku tak reti guna otak ke apa. Tak, bukan sebab tu. Sebab dia tau aku suka express myself dengan cara menulis. Seriously, bukan nak berlagak, tapi masa sekolah rendah, walaupun aku selalu duduk dalam nombor-nombor tercorot, tapi jarang ada orang boleh lawan markah paper penulisan aku. Masa tu boleh pilih soalan mana yang nak dijawab, dan aku selalu pilih soalan yang jenis cereka-cereka tu. Dan cikgu aku selalu cakap diorang suka ending karangan aku sebab selalu berakhir dengan misteri dan tanda tanya. Selalu score 95% untuk paper penulisan, walaupun paper lain macam haram J result nya. Aku ulang balik, bukan nak berlagak, tapi dari situ dah boleh nampak kecenderungan aku kan?

Tapi sekarang dah tak. Tu yang jadi masalahnya. Aku dah jadi banyak berkias. Sebab tak boleh nak jujur menulis. Okay, camni camni. Sebenarnya aku still jujur, cuma dengan cara tersendiri. Boleh tak? Defensive, bukan? Aku sendiri rasa dah tak cool dengan situasi ni. Tapi nak buat macam mana? Keadaan yang memaksa. Demi situasi. 

Kemalangan paling besar dalam hidup aku adalah apabila aku poyo mengisi borang UPU pada tahun 2003, iaitu selepas result SPM keluar. Masa tu aku jahil. Masa tu aku materialistik. Nama pun tak matang. Start form 4 kot aku rasa macam cool kalau dapat jadi penganalisis ekonomi ataupun remisier. Dengar pun dah cool bunyinya kan? Padahal dari kecik aku bercita-cita nak jadi macam A. Samad Said, macam Ahadiat Akashah. Nak tulis buku. Tentang dunia. Tentang manusia. Tentang hidup.

Konon-konon kalau kerja dengan KLSE, aku boleh jadi kaya. Boleh pakai Harrier. It was 2003, dan memang aku rasa pakai Harrier tu classy abes. Jangan cakap pasal Merce atau BM, memang aku tak minat. Memang citarasa aku besar. Abah pun selalu kata. Salesman kat Honda pun cakap aku ni taste besar masa ikut abah pergi show room dulu tu. Tapi memang dasar tak sedar diri lemah matematik, aku gentle gila letak Diploma Analisis Pelaburan sebagai pilihan pertama. Padahal aku patut letak screen writing kat pilihan pertama, sebab dah memang menulis tu cita-cita aku sejak kecik, tapi aku bagi alasan aku tak nak benda-benda yang ada konsep interview ni. Macam sial kan aku memusnahkan masa depan sendiri?

Takdir Tuhan, aku ada rezeki. Dapat masuk UiTM. Aku tak nak pergi, sebab nak stay form six. Masa tu aku form six kejap. Tapi abah hangen. Abah nak jugak aku masuk U. Maka aku turutkan. To oblige my dad.

First semester, result aku serious hell macam haram. Pertama, sebab masa tu aku frust. Ya, love frust. Aku tak malu nak mengaku yang result aku cukup-cukup makan sebab aku suffer gila mengemis cinta si dia yang tinggalkan aku macam tu je. Hina gila kan aku? Dah la jadi pengemis cinta, result cukup-cukup makan pulak tu. Test dan kuiz semenya macam haram aku buat. Dan doktor kat klinik kampus tu memang cukup hangen sebab aku asyik gastrik kronik, dan dia dok tertanya-tanya kenapa aku suka membiarkan diri sendiri kelaparan. Nama pun patah hati, takkan nak cerita kat doktor fizik kan?

Sebab yang kedua, aku memang tak boleh buat paper-paper yang melibatkan nombor seperti account dan maths. Aku pernah masukkan kepala ke dalam bag dalam kadar masa yang agak lama, sambil baring di atas katil, sebab tak berjaya membalancekan task account yang lecturer bagi. Roommate aku cuak gila tengok situasi tu. Loser gila kan aku? 

Second semester, enam hari sebelum final exam, aku quit. Alasan aku, aku tak nak orang kata aku kena tendang dari U kalau aku quit lepas final exam. Dan aku dah takde perasaan nak amek exam masa tu. Sebab aku frust gila dengan hidup aku yang seolah-olah tak nampak langsung masa depannya. Minggu sebelum tu aku dah balik discuss dengan mak dan abah. Ya, aku tau diorang frust. Aku tau, bila anak kau nak quit dari universiti, bunyinya macam nak keluar dari Islam je dahsyatnya. Tapi macam yang cikgu aku pernah kata, aku berfikir guna hati dan jiwa. Maka aku redahkan je.

Aku memang tak regret langsung aku quit dari U tu sebab aku sangat percaya bahawa meninggalkan course dan universiti itu adalah perkara yang sangat tepat memandangkan aku insaf bahawa aku tak layak jadi remisier sebab tengok nombor pun dah pening. Serius tak regret. Sampai sekarang. Sumpah tak.

Tapi, apa yang aku kesalkan ialah plan aku tidak menjadi. Aku cadang bila dah quit U tu, aku nak apply screen writing, second intake hujung tahun tu. Sebab coordinator masa kat UiTm pun suggest aku buat macam tu. Tapi yelah, pernah dengar orang kata suratan dan takdir? Ataupun kau cari pasal, kau buat hal, kau lah tanggung? Itulah yang terjadi. 

Berbulan menganggur kat rumah, kawan mak aku suggest kat mak aku supaya aku apply maktab. Sumpah, macam-macam aku buat demi menggagalkan rancangan itu. Gila ke hape nak suruh aku jadi cikgu? Memang bukan jiwa aku. Tolonglah paham. Tolonglah. Tapi bila pikir mak aku, tak sampai ati aku nak fake kan result SPM aku masa online tu. Sampailah masa interview pun, aku jawab soalan encik-encik tu sama macam budak tadika yang tak kenal dunia. Kalau ingat balik masa interview tu, memang aku tak layak gila jadi cikgu. Paling laju pun masa tu bila encik tu tanya apa yang aku suka, on je aku cerita pasal pRamlee, lagu-lagu dan filem-filem dia. Dan sepatutnya kalau dalam masa 30 hari offer letter tak sampai, maka memang tak layaklah masuk maktab. Aku dah plan, kalau surat tu sampai kat letter box, aku akan musnahkan surat tu sebelum sesiapa figure it out.

Tapi, yelah kan, pernah dengar orang kata suratan dan takdir?

Masuk hari ke-31, aku terbangun lewat, dan abah tiba-tiba ada kat rumah. Masa aku nak breakfast pada jam 12 tengah hari tu, abah sangat excited membawa masuk sekeping envelope besar. Dan abah sertakan sekali pakej soalan ala-ala saspen gitu kepada aku : "Cuba teka surat apa ni?"

Dan dengan itu, aku rasa akulah manusia paling tak berguna di dunia ni. Slow je aku cakap aku tak nak pergi sebab aku nak amek screen writing. Tapi, boleh bayangkan kehangenan abah macam mana? Sampaikan daging ayam yang aku tengah telan masa tu, rasa macam telan pasir. Terus aku tolak pinggan, tak jadi nak makan, sambil melangkah ke laman rumah, konon-konon nak tengok pokok-pokok, padahal mata dah berkaca.

Satu masalah aku, aku tak reti lawan cakap mak ayah. Nak tunjuk tak suka pun aku tak reti. Aku akui aku tak macam adik-adik aku. Diorang memang hebat gila mempertahankan life, kehendak, dan cita-cita diorang. Tapi aku tak boleh buat macam tu. Sebab aku rasa kalau tak ikut keputusan mak ayah, hidup memang tak selamat. Bila mengenangkan itu, terpaksa jugalah aku turutkan. 

Susah kan bila orang tak paham minat dan cita-cita kita? Tapi kita tak boleh lawan. Nanti tak cium bau syurga. Nanti hidup kat dunia pun tak selamat. Kalau nak kata tekanan perasaan, boleh bayangkan lima tahun setengah melakukan sesuatu yang kita tak suka? Memang aku amek visual art, memang aku suka jugak melukis dan berkarya-karya visual ni, tapi writing is always my top priority. My infiniti desire. Lebih memeritkan bila dah la nak dekat enam tahun dok kat maktab, pastu dah sign agreement dengan government, maka ada bond lagi dengan diorang selama empat tahun. Boleh bayangkan sembilan tahun melakukan sesuatu yang kita tak suka? Sembilan tahun tak dapat nak puaskan hati sendiri? Sembilan tahun terseksa tak dapat buat perkara yang paling we're capable to do the most? Unless aku ada lebih kurang dalam RM 100 000 untuk bayar ganti rugi pada kerajaan. Itu dalam agreement.

Katalah aku tak bersyukur, aku tak kisah. Bukan aku tak bersyukur dengan pekerjaan tetap aku sekarang, tapi kau paham tak betapa sengsaranya tak dapat lunaskan cita-cita kita dari kecik? Kau ada degree, ada kerja tetap, ada gaji tiap-tiap bulan, ada kereta, tapi kau tak bahagia langsung. Ibarat macam kau cintakan gila girlfriend kau, tapi kau terpaksa kawin dengan orang lain. Okay, tak. Metafora tu tak cukup sebenarnya. Tak cukup nak gambarkan perasaan aku. Serius tak.

Sebab aku tak boleh nak hidup dengan cara bercakap depan semua orang secara live, walaupun orang tu cuma kanak-kanak berusia 7 tahun hingga 12 tahun. Style aku ialah duduk diam dan tulis, atau taip apa yang ada dalam hati aku ni. Bukan bersuara secara live. Entahlah. Penatlah nak cakap benda ni banyak kali, sebab takde satu orang pun yang akan paham.

Semalam aku bukak balik almari yang dah lama aku tak bukak. Jumpa balik karya 2004 dan 2007 aku tu. Seingat aku dalam lapan karya yang aku buat sejak dari zaman sekolah, aku suka dua ni je. Tapi dua-dua tu terhasil masa aku dah habis sekolah. Dan yang paling aku suka ialah yang 2007 tu. Tu last aku berkarya panjang-panjang macam tu.

Sebenarnya yang 2004 tu, aku hantar kat satu company ni. Tapi kena reject sebab dia cakap cerita dah okay, tapi tak cukup standard jumlah page yang diorang nak. Susah kan? Nak berkarya pun kena ikut cakap orang, nak berapa banyak muka surat. Sebab tu aku decide the next one yang aku tulis, aku takkan hantar mana-mana. I'll keep it to myself. It was 2007. Aku print kat printer Fanee masa tu. Dia langsung tak kasi aku bayar, padahal aku dah print setebal buku telefon. Tapi aku bayar jugak sikit kat dia. Macam tak cool pulak kalau tak bayar langsung kan. Lagi best bila aku dah print sampai abes, aku tak ingat macam mana, tapi aku takde copy langsung. Hilang dari dalam laptop. Hilang dari pendrive. Bertambah awesome kan? Tapi, yelah, konon-konon nak keep it to myself. Padan muka.

Tapi lagi pedih bila aku baca balik yang 2007 tu, part Dhaniah berkorban undur diri tinggalkan Farid. Untuk kebahagiaan pihak-pihak tertentu, sedangkan dia menderita nak mampus. Aku sendiri tak tau macam mana aku boleh hasilkan sesuatu yang terlalu deep macam tu, sedangkan aku tak alami pun situasi tu masa tu. Patutlah Mohd Afdhal pun pernah letak note dalam salah satu novel aku dulu, mengatakan aku perempuan pertama yang berjaya buat dia menangis. Fanee sendiri pernah cakap aku memang suka bermain dengan emosi pembaca. Teringat balik arwah Jafni kata aku memang pandai bermain dengan kata-kata. Okaylah, saje nak emphasize kan memang tu satu je kelebihan yang Tuhan bagi kat aku. Memang takde kelebihan lain dah.Yang lain hancur.

Cuma aku nak tegaskan, tak cool gila bila cerita yang aku buat tu terkena pada diri sendiri. Rasa macam nak bakar je hasil-hasil kerja aku tu.

Tapi, yelah. Pernah dengar orang kata suratan dan takdir? Macam tu lah cerita dia.


No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.