Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Sunday, April 17, 2011

Detik-detik Terunggul.

Sebenarnya hidup aku lebih banyak detik tak terunggul kalau nak dibandingkan dengan detik terunggul. Kalau nak kata kekesalan, dah tak boleh nak senaraikan. Habis semua nombor dalam dunia ni. 

Aku tak tipu bila aku kata detik paling unggul dalam hidup aku adalah ketika dapat result SPM. Masa tu 2003. Aku bukan budak pandai. Aku kena study hard, baru aku boleh dapat apa yang aku dapat pada hari tu. Dengan hanya 4A dan semua subjek adalah kredit, aku bersyukur, walaupun tak mampu nak dapat 20A macam budak-budak zaman sekarang. Tu je yang aku mampu bagi untuk mak. Dan diri aku sendiri.

Aku rasa memang kali terakhir aku betul-betul struggle adalah untuk SPM tu. Lepas pada tu, aku putus harapan. Aku buat untuk puaskan hati orang lain. Dan masa depan aku adalah suam-suam setan aje. Aku tak rasa hari konvo aku adalah detik terunggul, walaupun dua kali konvo. Satu untuk peringkat seluruh Malaysia, satu untuk peringkat IPBA. Kalaulah dulu aku mampu pertahankan cita-cita dan minat aku, dah tentu kalau aku hidup melarat sekalipun, aku takkan kesal. Sebab aku buat sesuatu yang aku impikan sejak dulu. Biar tali menjerut di leher sekalipun, aku akan teruskan walau hidup melarat. Tapi, yelah. Kita memang selalu tak dapat apa yang kita nak. Paling bagus pun orang kata kita tak bersyukur. Orang memang pandai bercakap kan?

Hidup aku lebih banyak heart-breaking event sebenarnya. Yang menjadikan aku jenis manusia yang hidup dalam kenangan. Yang susah nak move on. Yang rendah self esteem.

Dan 7 tahun lepas result SPM tu, aku dapat rasa satu lagi detik terunggul dalam hidup aku. Bila dia confessed dia sayang aku, aku katakan aku confirm 100% yang aku takde feeling pada dia. Tapi dia tak percaya. Pernah dengar orang kata bila buku bertemu ruas? Bila manusia yang ego berjumpa dengan manusia yang lebih ego? Macam tulah cerita dia.

Dulu memang tanah tu tak bertuan. Si benih nak aku tanam dia supaya menjadi pokok. Tapi masa tu aku kecewa sebab pokok yang aku tengah tanam masa tu tak membuahkan hasil. Jadi aku tak pedulikan pelawaan si benih tu. Sebab aku tengah kecewa. Dan aku ambik masa yang lama untuk move on. Setelah bertahun-tahun aku kembali semula, tanah tu dah bertuan. Ya, aku lambat. Aku tanam pokok tu bila tanah tu dah bertuan. Tapi aku nak buat macam mana? Sebab perasaan nak tanam pokok tu memang ada. Maka aku tanamkan juga. Walaupun di laman orang.

Nak cakap soal rasa bersalah, hari-hari hidup aku tak aman. Sebab tanam pokok bunga dalam laman orang. Hari-hari curi masuk laman tu sebab nak siram dan letak baja. Dan juga menghidu wangi baunya. Tapi, yelah. Sebanyak mana pun perhatian yang aku berikan untuk pokok yang aku tanam tu, aku tau aku takkan mampu bawak dia keluar dari laman orang tu. Kadang-kadang bukan soal mampu, tapi soal tak layak. Tak layak nak jadi sama aras dengan pemilik laman tu. Yelah, tengok ajelah laman dia tu. Memang menjanjikan masa depan yang baik untuk pokok bunga tu. Kalau pokok bunga tu nak berakar sampai seratus tahun tahun pun, memang ruang tanah tu cukup untuk pokok tu. Memang tuan tanah tu takkan buang pokok bunga tu. Dah memang pokok tu dalam laman dia, dah tentu dia takkan buang. Dah jadi hak milik dia. Aku tau tu.

Meskipun pokok bunga tu sudi bertuankan aku, tapi dia dah duduk dalam laman tu. Itu satu hakikat yang takde sesiapa pun boleh tolak. Yang memang terlalu pedih aku rasakan. Lebih pedih bila dah banyak susah senang sepanjang aku tanam pokok bunga tu. Sampai dia hasilkan bunga. Bunga yang selalu aku curi-curi hidu bau wanginya tu.

Tapi, yelah. Tak sah kalau takde heart-breaking event dalam hidup aku ni. Tak sah kalau takde dugaan. Semua tu bukan hanya ada dalam filem Hindustan. Dalam kehidupan sebenar pun ada. Tapi bagi sesiapa yang tak rasa, memang takkan faham.

Biarlah pokok bunga tu di situ.  Sebab selayaknya dia di situ. Aku rasa dia pun tau tempat dia memang di situ. Dalam laman itu. Kalau aku cabut dia keluar sekali pun, aku takde tanah untuk tanam pokok tu. Ya, aku takde apa-apa untuk dia. Aku tak macam tuan tanah tu. Yang dah tentu menjamin kebaikan pokok bunga tu. Aku memang takde apa-apa. Aku takde semua tu. Aku tak layak pun nak jadi sama macam tuan tanah tu. Memang tak layak. Aku boleh bayangkan macam mana kalau aku cabut pokok tu. Tuan tanah tu boleh jadi gila. Jadi, tak apalah. Aku yang jadi gila takpe, tapi jangan tuan tanah tu. 

Aku tak tau sama ada aku yang tersalah pilih atau aku muncul pada masa yang tak sesuai. Tapi tak apalah. Detik-detik terunggul ni takkan lagi jadi terunggul bila aku undur diri. Bila aku dah takde, keadaan takkan jadi rumit. 

Masa aku taip entry ni, dia mesej aku. Tanya aku di mana. 

Kalau dulu aku pernah hilang, aku rasa ada baiknya kalau aku menghilang sekali lagi.

Dulu masa aku melalui antara detik-detik tak terunggul dalam hidup aku, doktor naikkan dos ubat aku dari 5mg ke10mg dan sekarang dah jadi 15mg. Setau aku dos tertinggi adalah 20. Awesome bukan? 

Ironinya, orang yang kita sayang belum tentu boleh coolkan kita, seperti mana ubat-ubat tu buat pada aku. 

Ya, aku penghidap schizo. Aku tak malu nak mengaku tu.

Tapi, yelah. Orang hanya akan kata aku yang tak tau handle life sendiri. 

Memang betul bila aku kata ubat tu lagi pandai coolkan aku kan?

Tapi, yelah. Orang hanya akan kata aku ni bercakap macam takde Tuhan.


No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.