Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Friday, April 22, 2011

Dari jarak 500 meter lagi dah...

IPBA memang bukan satu tempat idaman aku. Maka apabila disumbatkan ke situ, aku cuba mencari hiburan yang agak rare. Tapi dah nak dekat final year baru jumpa.

Ya, aku memang orang seni. Aku tak kata semua benda cantik tu seni, tapi kadang-kadang kita tak nafikan benda yang cantik memang cantik. Nak kata apa lagi kan?

Kalau tak silap, masa tu dah nak dekat final year. Aku final year 2009. Masa 2008 tu ada sorang lecturer perempuan baru masuk. Department Kajian Sosial. Aku tak tau umur dia sebenar berapa. Aku bukan aje failed bab pujuk orang, tapi failed jugak bila bab nak teka umur orang. Tapi aku rasa dia tak sampai forty ataupun early forties. Tak kisahlah umur dia tu. Yang aku tau, dia hot. Lecturer paling hot kat IPBA. Mam Norliza nama dia. Aku tak nak selindung-selindung guna bukan nama sebenar whatever shit semua tu. Sebab bukan selalu aku reveal benda-benda sebenar ni kan? Aku dengar-dengar orang kata dia datin sebenarnya, tapi tak nak guna title tu. Biasalah tu, setakat datin-datin kat IPBA tu, memang biasalah.

Apa yang aku nak cakap ialah, dia memang lawa dan hot. Aku bukan lesbo dan aku yakin aku memang straight. Tu je nak cakap. Sumpah, nak dekat enam tahun aku kat IPBA, takde siapa boleh lawan dia punya lawa dan hot tu. Aku tak taula kalau 20 tahun dulu ada lecturer lagi lawa pernah ada kat situ ke apa ke, memang aku tak peduli. Sebab yang aku tau, dia memang sentiasa lawa pada pandangan mata aku.

Aku memang admire gila dengan kecantikan dia. Aku tak taulah macam mana lelaki lain atau students lelaki dia tengok dia, sebab aku yang perempuan ni pun memang terpesona abes menengokkan dia. Aku tak boleh bayangkan macam mana masa dia tengah mengajar. Mampu ke fokus? Dengan rambut blonde yang selalu disanggul kemas ala-ala model. Ni bukan sanggul setompok macam cerita-cerita klasik tu. Ni sanggul yang stail model-model tu. Tak main setakat sepit-sepit dengan sepit gigi buaya yang selalu pempuan-pempuan guna tu. Ni stail setting rambut yang seolah-olah dia ada hairdresser kat rumah untuk set rambut dia pagi-pagi sebelum datang IPBA tu. Dan walaupun rambut dia blonde, aku yakin yang amat sangat bahawa rambut dia tak keras dan bukan stok rambut rosak. Memang aku tak pernah pegang rambut dia tu, tapi aku taulah. Aku kan memang master bab observe perempuan cantik. Dengan fashion baju kurung yang sentiasa gorjess dan marvellous tu, dengan kasut-kasut dia tu, dan dia tak pun mekap tebal-tebal, ferghhhh... Memang, ferghhhh lah.... Kalau ditanya pada aku, dah tentu aku jawab tak boleh fokus kalau dia mengajar. Surely aku akan dok tengok dia je, bukannya sedut ilmu yang dia ajar.

Malangnya, dia tak mengajar kelas aku. Dia banyak ajar kelas junior. Selalunya kalau lepak kat kantin, tengah duduk semeja dengan kawan-kawan yang lain, tengah diorang dok tung tang tung tang bercerita, kalau dah ternampak kelibat Mam Norliza tu, memang aku dah tak dengar apa dah. Dari jarak 500 meter sekali pun, yang aku nampak cuma dia. Kau susunlah Farid Kamil, Remy Ishak mahu pun Fahrin Ahmad kat depan aku, memang aku tak nampak dah. Yang aku nampak cuma mam tu. Walaupun dari jarak 500 meter. Diulang, 500 meter. Heh heh heh...

Klasmet aku semua dah paham sangat dah. Selalunya kalau lepak makan kat kantin dengan Ah Wah atau Ain, diorang paling paham. Kalau dah tengok mata aku terpacak entah ke mana tu, diorang dah tau dah. Pernah ada sekali tu, ada event kat maktab. VIPs dari OUM dan BPG datang nak tengok artwork dan nak rasmikan bilik kelas kitorang. Kitorang memang dah penat masa tu. Berkejar sana-sini untuk uruskan macam-macam, dengan baju batik masa tu. Bila tiba part nak bergambar dengan VIPs ni semua kat foyer, masa lalu kat kantin tu, Mam Norliza ni panggil aku. Dia pegang bahu aku dan mintak aku tolong belikan mineral water. Mineral water tu nanti nak letak kat meja VIP. Waddehekk last minute baru nak prepare mineral water ni? Caterer yang serve makanan tu tak provide ke?

Aku perasan kawan-kawan aku semua mengelak daripada disuruh. Tapi ni Fafa tau. Memang cair bila Mam yang gorjess tu pegang bahu dan mintak tolong belikan air untuk VIPs tu semua. Bertambah-tambah dengan suara dia yang lembut tu, memang mata aku pun tak mampu nak berkelip masa tu. Okay, tu terlebih metafora. 

Kawan-kawan yang lain gelakkan aje bila tengok aku sudi pergi beli air untuk VIP tu. Diorang semua dah tak nak layan dah. Sebab dah penat berkejar sana-sini nak handle event tu. Tapi, padan muka diorang. Gelakkan aku lagi. Kesudahannya sesi bergambar tu jadi lambat sebab aku takde. Kan aku kena beli air untuk VIP. Kena tunggu cukup 20 orang baru amek gambar. Haha!

Masa aku sampai kat tempat nak bergambar tu, diorang semua bising. 

"Laaa, apa la Fafa ni. Mentang-mentanglah yang suruh tu Mam Norliza."

Haha, aku gelak je sambil cakap : "Nasib baik yang suruh tu lawo. Hehehe."

Bila sekarang aku ingat-ingat balik, yang mana aku memang takkan lupa pun makhluk gorjess macam tu, aku rasa best gila masa jadi student dulu tu. Especially masa lepak kat kantin dan observe masyarakat yang ada kat situ. Kantin memang tempat favourite aku. Kat situ jugalah aku lepak dengan Ah Wah main gitar lagu "I Dont Wanna Talk About It" - Rod Stewart. Aku memang suka lagu tu. Masa tu aku still dengan Yamaha classical aku tu. Dan pernah sekali masa aku main lagu tu, lelaki gay pujaan aku tu lalu sambil tersenyum-senyum tengok aku main gitar. Bukan dia sorang. Ramai je yang curi-curi tengok masa tu. Tapi aku tak pandang yang lain tu. Memang aku pandang yang sorang tu je lah. Masa tu lah. Mau taknya, 3 tahun aku ada hati kat dia. Dia fly pergi oversea dan dia balik sini semula, 2009 baru aku buang perasaan tu.

Lepas tu aku jual gitar tu kat junior aku, sebab tak tahan hidup dalam kenangan. 

Tapi tu cerita dulu. Pernah dengar orang kata anak sungai lagikan berubah? Aku decide untuk tak terus tunggu dia. Dan dia pun dah tak macam dulu. Maksud aku, dulu dia mesra, tapi bila dah balik dari oversea, dia tak berapa nak mesra sangat dengan aku.

Bila balik Kuantan, ada cerita lain pulak yang datang. 

Tu yang sekarang ni, saat ni, aku rasa banyak gila benda yang aku nak buang ataupun jual. 

Sebab tak tahan hidup dalam kenangan.
 

Sunday, April 17, 2011

Detik-detik Terunggul.

Sebenarnya hidup aku lebih banyak detik tak terunggul kalau nak dibandingkan dengan detik terunggul. Kalau nak kata kekesalan, dah tak boleh nak senaraikan. Habis semua nombor dalam dunia ni. 

Aku tak tipu bila aku kata detik paling unggul dalam hidup aku adalah ketika dapat result SPM. Masa tu 2003. Aku bukan budak pandai. Aku kena study hard, baru aku boleh dapat apa yang aku dapat pada hari tu. Dengan hanya 4A dan semua subjek adalah kredit, aku bersyukur, walaupun tak mampu nak dapat 20A macam budak-budak zaman sekarang. Tu je yang aku mampu bagi untuk mak. Dan diri aku sendiri.

Aku rasa memang kali terakhir aku betul-betul struggle adalah untuk SPM tu. Lepas pada tu, aku putus harapan. Aku buat untuk puaskan hati orang lain. Dan masa depan aku adalah suam-suam setan aje. Aku tak rasa hari konvo aku adalah detik terunggul, walaupun dua kali konvo. Satu untuk peringkat seluruh Malaysia, satu untuk peringkat IPBA. Kalaulah dulu aku mampu pertahankan cita-cita dan minat aku, dah tentu kalau aku hidup melarat sekalipun, aku takkan kesal. Sebab aku buat sesuatu yang aku impikan sejak dulu. Biar tali menjerut di leher sekalipun, aku akan teruskan walau hidup melarat. Tapi, yelah. Kita memang selalu tak dapat apa yang kita nak. Paling bagus pun orang kata kita tak bersyukur. Orang memang pandai bercakap kan?

Hidup aku lebih banyak heart-breaking event sebenarnya. Yang menjadikan aku jenis manusia yang hidup dalam kenangan. Yang susah nak move on. Yang rendah self esteem.

Dan 7 tahun lepas result SPM tu, aku dapat rasa satu lagi detik terunggul dalam hidup aku. Bila dia confessed dia sayang aku, aku katakan aku confirm 100% yang aku takde feeling pada dia. Tapi dia tak percaya. Pernah dengar orang kata bila buku bertemu ruas? Bila manusia yang ego berjumpa dengan manusia yang lebih ego? Macam tulah cerita dia.

Dulu memang tanah tu tak bertuan. Si benih nak aku tanam dia supaya menjadi pokok. Tapi masa tu aku kecewa sebab pokok yang aku tengah tanam masa tu tak membuahkan hasil. Jadi aku tak pedulikan pelawaan si benih tu. Sebab aku tengah kecewa. Dan aku ambik masa yang lama untuk move on. Setelah bertahun-tahun aku kembali semula, tanah tu dah bertuan. Ya, aku lambat. Aku tanam pokok tu bila tanah tu dah bertuan. Tapi aku nak buat macam mana? Sebab perasaan nak tanam pokok tu memang ada. Maka aku tanamkan juga. Walaupun di laman orang.

Nak cakap soal rasa bersalah, hari-hari hidup aku tak aman. Sebab tanam pokok bunga dalam laman orang. Hari-hari curi masuk laman tu sebab nak siram dan letak baja. Dan juga menghidu wangi baunya. Tapi, yelah. Sebanyak mana pun perhatian yang aku berikan untuk pokok yang aku tanam tu, aku tau aku takkan mampu bawak dia keluar dari laman orang tu. Kadang-kadang bukan soal mampu, tapi soal tak layak. Tak layak nak jadi sama aras dengan pemilik laman tu. Yelah, tengok ajelah laman dia tu. Memang menjanjikan masa depan yang baik untuk pokok bunga tu. Kalau pokok bunga tu nak berakar sampai seratus tahun tahun pun, memang ruang tanah tu cukup untuk pokok tu. Memang tuan tanah tu takkan buang pokok bunga tu. Dah memang pokok tu dalam laman dia, dah tentu dia takkan buang. Dah jadi hak milik dia. Aku tau tu.

Meskipun pokok bunga tu sudi bertuankan aku, tapi dia dah duduk dalam laman tu. Itu satu hakikat yang takde sesiapa pun boleh tolak. Yang memang terlalu pedih aku rasakan. Lebih pedih bila dah banyak susah senang sepanjang aku tanam pokok bunga tu. Sampai dia hasilkan bunga. Bunga yang selalu aku curi-curi hidu bau wanginya tu.

Tapi, yelah. Tak sah kalau takde heart-breaking event dalam hidup aku ni. Tak sah kalau takde dugaan. Semua tu bukan hanya ada dalam filem Hindustan. Dalam kehidupan sebenar pun ada. Tapi bagi sesiapa yang tak rasa, memang takkan faham.

Biarlah pokok bunga tu di situ.  Sebab selayaknya dia di situ. Aku rasa dia pun tau tempat dia memang di situ. Dalam laman itu. Kalau aku cabut dia keluar sekali pun, aku takde tanah untuk tanam pokok tu. Ya, aku takde apa-apa untuk dia. Aku tak macam tuan tanah tu. Yang dah tentu menjamin kebaikan pokok bunga tu. Aku memang takde apa-apa. Aku takde semua tu. Aku tak layak pun nak jadi sama macam tuan tanah tu. Memang tak layak. Aku boleh bayangkan macam mana kalau aku cabut pokok tu. Tuan tanah tu boleh jadi gila. Jadi, tak apalah. Aku yang jadi gila takpe, tapi jangan tuan tanah tu. 

Aku tak tau sama ada aku yang tersalah pilih atau aku muncul pada masa yang tak sesuai. Tapi tak apalah. Detik-detik terunggul ni takkan lagi jadi terunggul bila aku undur diri. Bila aku dah takde, keadaan takkan jadi rumit. 

Masa aku taip entry ni, dia mesej aku. Tanya aku di mana. 

Kalau dulu aku pernah hilang, aku rasa ada baiknya kalau aku menghilang sekali lagi.

Dulu masa aku melalui antara detik-detik tak terunggul dalam hidup aku, doktor naikkan dos ubat aku dari 5mg ke10mg dan sekarang dah jadi 15mg. Setau aku dos tertinggi adalah 20. Awesome bukan? 

Ironinya, orang yang kita sayang belum tentu boleh coolkan kita, seperti mana ubat-ubat tu buat pada aku. 

Ya, aku penghidap schizo. Aku tak malu nak mengaku tu.

Tapi, yelah. Orang hanya akan kata aku yang tak tau handle life sendiri. 

Memang betul bila aku kata ubat tu lagi pandai coolkan aku kan?

Tapi, yelah. Orang hanya akan kata aku ni bercakap macam takde Tuhan.


Tuesday, April 12, 2011

Pernah dengar orang kata suratan dan takdir?

Aku memang tak pernah cerita specifically apa cita-cita aku kan? Mungkin aku pernah sebut dalam mana-mana entry sebelum ni, tapi tak detail. Tapi bila dah jengah blog beberapa orang makhluk fayymuss (Cool tak eja famous camtu? Okaylah, tak cool) ni, aku insaf. Sebab diorang kata bila menulis ni, kita kena jujur. Tulis macam takde orang baca, sebab kalau kita tulis macam ada orang baca, kita dah tak jujur. Ya, dulu aku rasa aku jujur bila menulis. Okay, mungkin bukan dalam blog ni, tapi siapa-siapa yang dah kenal aku lama, diorang tau aku memang tulis dengan hati. 

Dulu masa sekolah rendah pun, cikgu aku selalu kata aku berfikir dengan hati dan jiwa. Sebab dia tau aku macam mana. Bukan sebab dia nak perli aku tak reti guna otak ke apa. Tak, bukan sebab tu. Sebab dia tau aku suka express myself dengan cara menulis. Seriously, bukan nak berlagak, tapi masa sekolah rendah, walaupun aku selalu duduk dalam nombor-nombor tercorot, tapi jarang ada orang boleh lawan markah paper penulisan aku. Masa tu boleh pilih soalan mana yang nak dijawab, dan aku selalu pilih soalan yang jenis cereka-cereka tu. Dan cikgu aku selalu cakap diorang suka ending karangan aku sebab selalu berakhir dengan misteri dan tanda tanya. Selalu score 95% untuk paper penulisan, walaupun paper lain macam haram J result nya. Aku ulang balik, bukan nak berlagak, tapi dari situ dah boleh nampak kecenderungan aku kan?

Tapi sekarang dah tak. Tu yang jadi masalahnya. Aku dah jadi banyak berkias. Sebab tak boleh nak jujur menulis. Okay, camni camni. Sebenarnya aku still jujur, cuma dengan cara tersendiri. Boleh tak? Defensive, bukan? Aku sendiri rasa dah tak cool dengan situasi ni. Tapi nak buat macam mana? Keadaan yang memaksa. Demi situasi. 

Kemalangan paling besar dalam hidup aku adalah apabila aku poyo mengisi borang UPU pada tahun 2003, iaitu selepas result SPM keluar. Masa tu aku jahil. Masa tu aku materialistik. Nama pun tak matang. Start form 4 kot aku rasa macam cool kalau dapat jadi penganalisis ekonomi ataupun remisier. Dengar pun dah cool bunyinya kan? Padahal dari kecik aku bercita-cita nak jadi macam A. Samad Said, macam Ahadiat Akashah. Nak tulis buku. Tentang dunia. Tentang manusia. Tentang hidup.

Konon-konon kalau kerja dengan KLSE, aku boleh jadi kaya. Boleh pakai Harrier. It was 2003, dan memang aku rasa pakai Harrier tu classy abes. Jangan cakap pasal Merce atau BM, memang aku tak minat. Memang citarasa aku besar. Abah pun selalu kata. Salesman kat Honda pun cakap aku ni taste besar masa ikut abah pergi show room dulu tu. Tapi memang dasar tak sedar diri lemah matematik, aku gentle gila letak Diploma Analisis Pelaburan sebagai pilihan pertama. Padahal aku patut letak screen writing kat pilihan pertama, sebab dah memang menulis tu cita-cita aku sejak kecik, tapi aku bagi alasan aku tak nak benda-benda yang ada konsep interview ni. Macam sial kan aku memusnahkan masa depan sendiri?

Takdir Tuhan, aku ada rezeki. Dapat masuk UiTM. Aku tak nak pergi, sebab nak stay form six. Masa tu aku form six kejap. Tapi abah hangen. Abah nak jugak aku masuk U. Maka aku turutkan. To oblige my dad.

First semester, result aku serious hell macam haram. Pertama, sebab masa tu aku frust. Ya, love frust. Aku tak malu nak mengaku yang result aku cukup-cukup makan sebab aku suffer gila mengemis cinta si dia yang tinggalkan aku macam tu je. Hina gila kan aku? Dah la jadi pengemis cinta, result cukup-cukup makan pulak tu. Test dan kuiz semenya macam haram aku buat. Dan doktor kat klinik kampus tu memang cukup hangen sebab aku asyik gastrik kronik, dan dia dok tertanya-tanya kenapa aku suka membiarkan diri sendiri kelaparan. Nama pun patah hati, takkan nak cerita kat doktor fizik kan?

Sebab yang kedua, aku memang tak boleh buat paper-paper yang melibatkan nombor seperti account dan maths. Aku pernah masukkan kepala ke dalam bag dalam kadar masa yang agak lama, sambil baring di atas katil, sebab tak berjaya membalancekan task account yang lecturer bagi. Roommate aku cuak gila tengok situasi tu. Loser gila kan aku? 

Second semester, enam hari sebelum final exam, aku quit. Alasan aku, aku tak nak orang kata aku kena tendang dari U kalau aku quit lepas final exam. Dan aku dah takde perasaan nak amek exam masa tu. Sebab aku frust gila dengan hidup aku yang seolah-olah tak nampak langsung masa depannya. Minggu sebelum tu aku dah balik discuss dengan mak dan abah. Ya, aku tau diorang frust. Aku tau, bila anak kau nak quit dari universiti, bunyinya macam nak keluar dari Islam je dahsyatnya. Tapi macam yang cikgu aku pernah kata, aku berfikir guna hati dan jiwa. Maka aku redahkan je.

Aku memang tak regret langsung aku quit dari U tu sebab aku sangat percaya bahawa meninggalkan course dan universiti itu adalah perkara yang sangat tepat memandangkan aku insaf bahawa aku tak layak jadi remisier sebab tengok nombor pun dah pening. Serius tak regret. Sampai sekarang. Sumpah tak.

Tapi, apa yang aku kesalkan ialah plan aku tidak menjadi. Aku cadang bila dah quit U tu, aku nak apply screen writing, second intake hujung tahun tu. Sebab coordinator masa kat UiTm pun suggest aku buat macam tu. Tapi yelah, pernah dengar orang kata suratan dan takdir? Ataupun kau cari pasal, kau buat hal, kau lah tanggung? Itulah yang terjadi. 

Berbulan menganggur kat rumah, kawan mak aku suggest kat mak aku supaya aku apply maktab. Sumpah, macam-macam aku buat demi menggagalkan rancangan itu. Gila ke hape nak suruh aku jadi cikgu? Memang bukan jiwa aku. Tolonglah paham. Tolonglah. Tapi bila pikir mak aku, tak sampai ati aku nak fake kan result SPM aku masa online tu. Sampailah masa interview pun, aku jawab soalan encik-encik tu sama macam budak tadika yang tak kenal dunia. Kalau ingat balik masa interview tu, memang aku tak layak gila jadi cikgu. Paling laju pun masa tu bila encik tu tanya apa yang aku suka, on je aku cerita pasal pRamlee, lagu-lagu dan filem-filem dia. Dan sepatutnya kalau dalam masa 30 hari offer letter tak sampai, maka memang tak layaklah masuk maktab. Aku dah plan, kalau surat tu sampai kat letter box, aku akan musnahkan surat tu sebelum sesiapa figure it out.

Tapi, yelah kan, pernah dengar orang kata suratan dan takdir?

Masuk hari ke-31, aku terbangun lewat, dan abah tiba-tiba ada kat rumah. Masa aku nak breakfast pada jam 12 tengah hari tu, abah sangat excited membawa masuk sekeping envelope besar. Dan abah sertakan sekali pakej soalan ala-ala saspen gitu kepada aku : "Cuba teka surat apa ni?"

Dan dengan itu, aku rasa akulah manusia paling tak berguna di dunia ni. Slow je aku cakap aku tak nak pergi sebab aku nak amek screen writing. Tapi, boleh bayangkan kehangenan abah macam mana? Sampaikan daging ayam yang aku tengah telan masa tu, rasa macam telan pasir. Terus aku tolak pinggan, tak jadi nak makan, sambil melangkah ke laman rumah, konon-konon nak tengok pokok-pokok, padahal mata dah berkaca.

Satu masalah aku, aku tak reti lawan cakap mak ayah. Nak tunjuk tak suka pun aku tak reti. Aku akui aku tak macam adik-adik aku. Diorang memang hebat gila mempertahankan life, kehendak, dan cita-cita diorang. Tapi aku tak boleh buat macam tu. Sebab aku rasa kalau tak ikut keputusan mak ayah, hidup memang tak selamat. Bila mengenangkan itu, terpaksa jugalah aku turutkan. 

Susah kan bila orang tak paham minat dan cita-cita kita? Tapi kita tak boleh lawan. Nanti tak cium bau syurga. Nanti hidup kat dunia pun tak selamat. Kalau nak kata tekanan perasaan, boleh bayangkan lima tahun setengah melakukan sesuatu yang kita tak suka? Memang aku amek visual art, memang aku suka jugak melukis dan berkarya-karya visual ni, tapi writing is always my top priority. My infiniti desire. Lebih memeritkan bila dah la nak dekat enam tahun dok kat maktab, pastu dah sign agreement dengan government, maka ada bond lagi dengan diorang selama empat tahun. Boleh bayangkan sembilan tahun melakukan sesuatu yang kita tak suka? Sembilan tahun tak dapat nak puaskan hati sendiri? Sembilan tahun terseksa tak dapat buat perkara yang paling we're capable to do the most? Unless aku ada lebih kurang dalam RM 100 000 untuk bayar ganti rugi pada kerajaan. Itu dalam agreement.

Katalah aku tak bersyukur, aku tak kisah. Bukan aku tak bersyukur dengan pekerjaan tetap aku sekarang, tapi kau paham tak betapa sengsaranya tak dapat lunaskan cita-cita kita dari kecik? Kau ada degree, ada kerja tetap, ada gaji tiap-tiap bulan, ada kereta, tapi kau tak bahagia langsung. Ibarat macam kau cintakan gila girlfriend kau, tapi kau terpaksa kawin dengan orang lain. Okay, tak. Metafora tu tak cukup sebenarnya. Tak cukup nak gambarkan perasaan aku. Serius tak.

Sebab aku tak boleh nak hidup dengan cara bercakap depan semua orang secara live, walaupun orang tu cuma kanak-kanak berusia 7 tahun hingga 12 tahun. Style aku ialah duduk diam dan tulis, atau taip apa yang ada dalam hati aku ni. Bukan bersuara secara live. Entahlah. Penatlah nak cakap benda ni banyak kali, sebab takde satu orang pun yang akan paham.

Semalam aku bukak balik almari yang dah lama aku tak bukak. Jumpa balik karya 2004 dan 2007 aku tu. Seingat aku dalam lapan karya yang aku buat sejak dari zaman sekolah, aku suka dua ni je. Tapi dua-dua tu terhasil masa aku dah habis sekolah. Dan yang paling aku suka ialah yang 2007 tu. Tu last aku berkarya panjang-panjang macam tu.

Sebenarnya yang 2004 tu, aku hantar kat satu company ni. Tapi kena reject sebab dia cakap cerita dah okay, tapi tak cukup standard jumlah page yang diorang nak. Susah kan? Nak berkarya pun kena ikut cakap orang, nak berapa banyak muka surat. Sebab tu aku decide the next one yang aku tulis, aku takkan hantar mana-mana. I'll keep it to myself. It was 2007. Aku print kat printer Fanee masa tu. Dia langsung tak kasi aku bayar, padahal aku dah print setebal buku telefon. Tapi aku bayar jugak sikit kat dia. Macam tak cool pulak kalau tak bayar langsung kan. Lagi best bila aku dah print sampai abes, aku tak ingat macam mana, tapi aku takde copy langsung. Hilang dari dalam laptop. Hilang dari pendrive. Bertambah awesome kan? Tapi, yelah, konon-konon nak keep it to myself. Padan muka.

Tapi lagi pedih bila aku baca balik yang 2007 tu, part Dhaniah berkorban undur diri tinggalkan Farid. Untuk kebahagiaan pihak-pihak tertentu, sedangkan dia menderita nak mampus. Aku sendiri tak tau macam mana aku boleh hasilkan sesuatu yang terlalu deep macam tu, sedangkan aku tak alami pun situasi tu masa tu. Patutlah Mohd Afdhal pun pernah letak note dalam salah satu novel aku dulu, mengatakan aku perempuan pertama yang berjaya buat dia menangis. Fanee sendiri pernah cakap aku memang suka bermain dengan emosi pembaca. Teringat balik arwah Jafni kata aku memang pandai bermain dengan kata-kata. Okaylah, saje nak emphasize kan memang tu satu je kelebihan yang Tuhan bagi kat aku. Memang takde kelebihan lain dah.Yang lain hancur.

Cuma aku nak tegaskan, tak cool gila bila cerita yang aku buat tu terkena pada diri sendiri. Rasa macam nak bakar je hasil-hasil kerja aku tu.

Tapi, yelah. Pernah dengar orang kata suratan dan takdir? Macam tu lah cerita dia.


Saturday, April 9, 2011

Lambat.

Kau pernah kata yang aku terlambat.

Aku senyum je bila kau cakap macam tu.

Sumpah, kalau aku tau, memang aku akan cuba memintas sesiapa sahaja.

Takkan bagi peluang langsung.







Tapi memang peluang untuk itu takkan ada kan?

Ya, untuk orang macam aku, memang takkan ada.





Aku sayang kau.
Dan kau?