Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Sunday, March 13, 2011

Komitmen.

Aku pernah bincangkan isu greatest moment bila melibatkan orang kawin, dengan Zhaa. Zhaa cakap dia paling suka part akad nikah. Serious shit aku telan liur. Sebab bagi aku, itu scene paling scary

Okay, tak baik aku cakap macam tu, sebab besar gila pahalanya orang yang kawin ni. Tapi aku tak boleh elak. Memang dah ada dalam otak aku, once bila dah baca akad, saksi dah cakap "Sah!", bagi aku hidup kedua-dua lelaki dan perempuan tu dah berakhir. Dah. Habis. Takde life dah. Doomed. Dah tak boleh lepak kat mamak dengan kawan-kawan sampai pukul 2-3 pagi. Dah tak boleh bangun tidur pukul 1 tengah hari. Dah tak boleh suka-suka keluar rumah, start kereta nak makan kat luar bila rasa lapar. Dah tak boleh merayap tak tentu hala, especially bila dah ada anak. Part anak tu paling scary. Serius.

Okay, macam bangang kan aku? Tak, bukan otak aku sempit. Dah tentu hukum Tuhan tu besar yang amat sangat hikmah dan keajaiban dan keindahannya. Aku tau tu. Tapi, yelah. Mungkin sebab aku dah nampak banyak sangat benda-benda tak baik depan mata, maka itu aku jadikan satu pegangan, dan aku pegang contoh-contoh tu sampai menakutkan diri sendiri.

Bukanlah aku nak buat statement akhir zaman, statement tak sedar diri ni Islam, tapi seme ni jadi sebab aku takut. Serius takut. Takut dengan lelaki, dan takut dengan mende-mende yang melibatkan kawin. Sebab tu dulu aku pernah cakap kat Nurin, aku tak nak ada boyfriend. tak nak kawin. Aku cuma nak ada sorang lelaki yang boleh layan aku special, tapi aku bayar dia setiap bulan untuk itu. Tak pun open relationship. Asalkan tak payah ada komitmen. Nurin mengucap panjang masa aku cakap tu. Dah boleh agak lah tu, sebab buat statement macam tu depan Nurin yang sangat lemah lembut dan terpelihara orangnya. Hehe, student UIA kan? 

Pernah la ada dua tiga orang makhluk cuba yakinkan aku : "Faa, kawin, Faa. Kawin ni seronok."

Seingat aku, bila diorang cakap macam tu, aku senyum je. Sebab yang cakap tu semua muda-muda. Yang anak baru sorang dua. Yang baru kawin. Yang fresh lagi inainya. Yang pelamin pun belum tanggal lagi kat rumah. Yang rumah masih ada bau lauk ayam masak merah. 

Cuma ada sorang manusia je yang pernah yakinkan aku tentang kawin ni. Sampai aku yang benci masuk dapur ni, sanggup masuk dapur untuk belajar masak. Tapi, kesudahannya?

Aku ada sebab yang tersendiri kenapa aku takut dengan kawin. Dan jangan nak kata alasan aku tu tak berasas, sebab dunia dah nak akhir zaman ni, macam-macam jenis lelaki ada.



Maka, bersanding sekor-sekor pun cool apa?




3 comments:

  1. memandangkan aku dah kawen, aku nak komen sket..
    hehehhe...

    serius mcm ko ckcp tu bila dah kawen, everything is changed. totally change. banyak sangat benda nak kena pikir... kalau tak kuat mmg boleh tunggang langgang la rumahtangga tu.. dapat pulak pasangan yang attitude dia beza ngan kita, nak co cop tu susah sangat..amek masa. serius! lepas tu kalau kawen, kita bukan kawen dengan dia je. dengan family dia skali.. dan kena ingat, family dia tak sama dengan kita.... dulu kan, masa bujang benda ni la paling aku takut... nak ngam ngan family dia..sampai aku terfikir nak kawen ngan anak yatim piatu je...tapi kan, once ur jodoh dah sampai ko akan pejam mata je ngan sume tu.. and yes, tak semestinya rumahtangga yang dibina tu akan bahagia je ever after..sume tu bullshit...setakat gaduh2 tak sefahaman tu biasa sangat...

    aku yg baru kawen 5 bulan ni dah rasa la semua tu..yang penting kena kuat..kena banyak-banyak banyak sabar...huhuhu...

    aku bukan nak takutkan ko tp once kita dah kwen, memang kita dah langsung tak boleh diri sendiri..lagi2 la pompuan ni..kena utamakan suami..pastu kalau de anak, anak pulak...uwaaaaa....

    tp kan aku ngan laki aku sempoi je...boleh je lepak mamak 2-3 pagi...bangun kul 1 tengahari.. hihi..tapi serius tak sama mcm bujang dulu la.. kena pk hujung minggu nak blk umah mertua hehehe..

    yang penting kan, kawen dengan lelaki yg betul2 boleh ngam kita.... jenis yang bukan typikal malay man..kekampungan punya mind...yang anggap pompuan ni kena buat semua kerja...yang jenis balik kerja penat2 pun nak soh bini masak... yang jenis hujung minggu kena dok umah kemas umah je..bosan dowh lelaki camtu... siyes...jangan kawen ngan lelaki mcm tu.. sengsara hidup ko..hehehhehe...

    pasal kawen itu best sebenarnya masa kawen tu memang la best..lepas dah kawen takde la best mana pun..biasa2 je..best lagi dok ngan mak..hahahhahah... yang bestnya dah kawen ni hidup takde la rasa sunyi je... takde la rasa kosong...

    ya allah panjangnye komen aku..komen ke entry blog ni...hahahhaha

    weh, jangan takut kawen..langgar je..at least ko rasa la kawen tu camne...hehehehhe

    ReplyDelete
  2. okay, mmg panjang komen ni. adela jugak mcm entry. haha. aku nk like, tp x tau nk klik kt mane. nk cari yg bkn typical malay man tu yg payah tu. mmg aku x kn kawin dgn yg typical2 cmni. haihh.

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.