Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Sunday, March 20, 2011

Hero Najis Kucing.

Hero. 

Selalu perkataan tu mesti equals to lelaki.

Tapi satu yang aku perasan sejak dulu, aku selalu berlagak nak jadi hero walaupun aku perempuan. Selalu nak mainkan peranan macam lelaki. Konon nak jadi hero. 

Bila orang tanya lelaki macam mana yang aku nak buat suami, jawapan aku mestilah aku nak yang pandai masak. Bonus kalau dia fasih gila buat karipap. Yang pandai kemas rumah, basuh baju, sidai baju, iron baju, dan boleh but semua kerja-kerja rumah. Biar aku yang keluar bekerja, tapi dia duduk rumah, menjaga kehormatan diri di rumah. Hehehe.

Dan bila bercinta, biar aku yang main gitar, dan lelaki itu yang menyanyi. Bukannya dia main gitar, aku menyanyi. No, no. Abso-freaking-lotuly no.

Bila naik kereta, aku suka kalau aku yang drive dan lelaki itu duduk di sebelah. Tak, bukan nak jadi permaisuri yang mengawal, tapi aku suka macam tu. Rasa best.Dan romantik. Hehe.

Lagi best, bila keluar makan ke, tengok movie ke, apa ke, aku tak suka lelaki yang bayarkan. Biar aku yang bayar. Kalau boleh setiap kali keluar, biar aku bayarkan semuanya. Sebab aku malu gila kalau lelaki yang bayarkan. Kalau diorang nak share sekalipun, aku dah rasa awkward. Tak percaya tanya la kawan-kawan lelaki yang pernah keluar dengan aku. 

Lelaki suka sangat bagi perempuan bunga. Dah tentu aku tak suka gila orang bagi bunga kat aku. Biar aku yang bagi. Kalau boleh hari-hari nak suruh florist buat delivery untuk lelaki itu. Satu ketika dulu aku selalu buatkan tuna sandwich untuk lelaki yang pernah aku sayang ni, siap ada love note, dan letak sekuntum bunga. Tak payah tanya la reaksi dia macam mana. Ni Fafa tau.

Lelaki selalu buat lagu letak nama perempuan. Laila Namamu Teratas, Taman Rasyidah Utama, Aspalela, Kamelia, Sofea Jane, Nigina, Isabella, Emilia, dan senaraikanlah entah berapa banyak lagi. Sebab tu ada satu lagu yang aku pernah buat ni, aku letak nama lelaki itu. "Telenovella Tentang Sulaiman". Sulaiman tu kira contohlah. Mana boleh bagitau nama sebenar lelaki tu. Tapi tu dulu la. Sekarang aku dah tak kuasa nak main lagu tu. Bila fikir balik, tak layak kot dia dapat penghargaan sampai aku buat lagu tentang dia. Tapi, yela, kau pernah dengar orang kata, kerana cinta aku turutkan?

Dulu masa kecik-kecik, bila tengok Awie bawak motor besar dan Erra duduk kat belakang, terus aku set dalam otak aku, kalau aku, aku takkan buat macam tu. Biar aku yang bawak, dan lelaki tu duduk di belakang. Tapi aku tak minat motor macam Awie tu. Aku minat superbike. Lagi cool. Lagi nampak kemas dan macho.


Kalau lelaki selalu buat statement diorang lemah dengan air mata perempuan, sumpah, aku pun macam tu. Bila kawan-kawan datang mengadu nasib diri dan permasalahan mereka yang lengkap dengan pakej air mata, memang aku jadi lemah. Rasa kaki aku lembik semacam bila tengok diorang menangis. Bab memujuk memang aku failed. Memang tak master dan tak kemas langsung. Tapi, contohlah kan, aku dah seminggu berjanji dengan si Lili untuk lepak-lepak sekali, tiba-tiba si Noni call menangis-nangis mengadu nasib dirinya, memang aku akan terus cancel plan dengan si Lili tu. Konon-konon atas dasar nak bersama dengan si Noni dan memujuk kesedihan hatinya, konon nak jadi hero, padahal tak reti langsung memujuk orang. Aku memang tak reti, tapi aku ingat arwah Jepp pernah cakap "Hang memang. Hang memang pandai bermain dengan kata-kata. Harap je hang ni tua setahun dari aku. Kalau tak memang hang jadi pilihan aku."   Ni aku tak tipu. Tak baik tipu pasal orang yang dah mati kan?

Orang selalu kata, boleh je perempuan pinang lelaki. Siapa kata tak boleh? Tengok Siti Khadijah, dia yang pinang Nabi. Tapi berapa ramai yang berani buat? Cuba cakap dengan aku? Perempuan kaya zaman sekarang pun memang takkan ada yang buat. Kalau ada pun, itu kes terpencil. Tapi sumpah, kalau aku ada duit, memang yang ini paling aku nak buat waktu sekarang ni. Sebab sekarang ni, walaupun aku tengah tak ada duit ni, aku teringin nak buat. Mas kahwin Pahang RM 22.50 je tu. Khamis ni dah dapat gaji, so boleh aje. Tapi, bila fikir balik, pinangan aku ni pasti akan direject memandangkan aku ni memang takde tokoh nak jadi isteri yang cemerlang. Ye la, ayat-ayat risikan aku mestilah berbunyi begini : "Saya tau anak makcik memang pandai masak. Kalau dia pandai masak, pandai menguruskan rumah, saya on je. Orang kata diam tandanya setuju.Hehehe."

Dah banyak situasi bila aku cuba nak jadi hero, memang agak berjaya menjadi hero, berkorban itu ini, tapi kesudahannya aku yang parah. Parah muka badan tak apa. Tapi yela, orang kata luka di tangan nampak darahnya, luka di hati tak siapa tahu... 

Pedih bukan?

Tapi dah aku yang nak sangat berlagak jadi hero, terima aje lah natijahnya.


1 comment:

  1. besar masalah ko nie...hehehehhehe...aku selalu nak lelaki buat mende2 tu sume kat aku..tp aku selalu dapat lelaki yg mcm ko nak..jenis kalau kuar dating, aku bawak keta, makanan aku bayarkan..hish....tp tu dulu la..once time ago.... sekarang aku jadi kedekut gile ngan lelaki. yg jadi mangsa suami aku la..hahahahha

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.