Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Monday, March 28, 2011

Apeezz Sudah Tidak Bujang Lagi.

Kau ingat tak masa first time kau bercakap dengan aku? Masa tu kat Scud. Kau makan dengan Syida. Aku menyinggah kejap kat meja korang. Aku borak dengan Syida je, sebab masa tu baru seminggu korang masuk IPBA, aku rasa kau kerek gila. Tu yang aku malas nak tegur kau tu. Masa aku mintak nombor tepon Syida tu, kau dengan relaxnya tanya aku : 

"Kau tak nak mintak nombor aku ke?"

Satu masalah kau kan, bila kau buat lawak, muka kau stern gila. Maka aku pun jawab balik :

"Kena ke mintak nombor kau?"

Hahaha. Kerut-kerut muka kau bila aku jawab macam tu. 

Yang aku ingat, first time kau mesej aku, lepas kita semua present apa mende entah, masa subjek Mam Sa'adah. Aku present pasal pRamlee. Haha, seme orang tau aku obses pRamlee. Aku tau kau mesej aku tu sebab nak kawan dengan aku. Mesti sebab kau rasa aku cool gila kan? Kalau tak, takkan la kau buat statement :

"Best gila siapa dapat kau. Kau dah la cool."

Haha, aku memang cool. Tapi perangai aku buruk la, Peezz. Sebab tu aku single sampai sekarang. Haha.

Banyak gila kenangan kita. Banyak gila. Kita pernah rapat gila. Dan bila masyarakat mula mencurigai friendship kita, kita bawak haluan masing-masing. Kawan still kawan. Kita tak gaduh. Banyak stage sepanjang bertahun-tahun kat IPBA. Jatuh bangun sesama sendiri, aku percaya kau tak lupa tu. Dan ada sampai satu stage masa dah final year tu, banyak jugak aktiviti melepak kita yang tak diketahui orang. Gile lah. Nak lepak sesama kawan pun kena sorok-sorok. Masa tu kita lepak kat Pelita Bangsar. Kau pinjam kereta June, ajak aku makan situ. Banyak cerita keluar, dan banyak luahan perasaan kau aku dengar. Masa tu baru kita sedar yang kita dah lama gila tak borak-borak. Tapi masa tu banyak kekangan, nak buat macam mana.

Tapi dalam banyak-banyak kenangan, aku paling sedih bila kenangan yang satu ni, aku tak berada di tempat kejadian.





Aku curi gambar ni dari sape entah.






Aku sedih sebab aku tak dapat berdiri sebaris dengan diorang tu. Okay, aku tak paham kenapa Pejal cuba membawa imej rapper pergi kenduri kawin kau. Haha. Kau perasan tak gambar ni tak centre? Sebab aku takde dalam gambar. Pastu nak bagi centre, aku kena berdiri sebelah Pejal. Kan? Sila iye kan.


Walaupun aku tak explain kenapa aku tak dapat datang, aku rasa kau tau aku sedang melakukan sesuatu untuk kemakmuran masyarakat. Okay tak ayat tu? Sumpah, masa kau call balik dan cakap "Walau kat mana kau berada sekarang ni, jaga diri, drive elok-elok, Faa.", masa tu memang dah menitik air mata. Serious hell aku sebak gila. Sebab Tuhan je tau aku dah berangan gila nak attend majlis kau tu.

Tapi, takpe lah. Takde rezeki aku. Lain kali kalau kau kawin lagi, aku datang eh. Confirm aku datang. I'll camp out, okay. (Bodoh punya Fafa buat ayat bangang camni.) Okaylah, okaylah! Main-main je. Jangan kawin banyak-banyak, Peezz. Atau pun jangan kawin banyak-banyak kali. We cannot juggle two things at the same time. Dua tahan lagi. Kalau empat? Lelaki berkaliber je mampu. Kau berkaliber tak? Hehe. Unless kau ada ilmu keras macam Ayah Pin.

Nanti kalau dapat anak, tak kiralah dia lelaki ke, perempuan ke, letaklah nama FAFA. Sangat charming nama tu kan??

Aku tak lupa esok birthday kau.

Sunday, March 20, 2011

Hero Najis Kucing.

Hero. 

Selalu perkataan tu mesti equals to lelaki.

Tapi satu yang aku perasan sejak dulu, aku selalu berlagak nak jadi hero walaupun aku perempuan. Selalu nak mainkan peranan macam lelaki. Konon nak jadi hero. 

Bila orang tanya lelaki macam mana yang aku nak buat suami, jawapan aku mestilah aku nak yang pandai masak. Bonus kalau dia fasih gila buat karipap. Yang pandai kemas rumah, basuh baju, sidai baju, iron baju, dan boleh but semua kerja-kerja rumah. Biar aku yang keluar bekerja, tapi dia duduk rumah, menjaga kehormatan diri di rumah. Hehehe.

Dan bila bercinta, biar aku yang main gitar, dan lelaki itu yang menyanyi. Bukannya dia main gitar, aku menyanyi. No, no. Abso-freaking-lotuly no.

Bila naik kereta, aku suka kalau aku yang drive dan lelaki itu duduk di sebelah. Tak, bukan nak jadi permaisuri yang mengawal, tapi aku suka macam tu. Rasa best.Dan romantik. Hehe.

Lagi best, bila keluar makan ke, tengok movie ke, apa ke, aku tak suka lelaki yang bayarkan. Biar aku yang bayar. Kalau boleh setiap kali keluar, biar aku bayarkan semuanya. Sebab aku malu gila kalau lelaki yang bayarkan. Kalau diorang nak share sekalipun, aku dah rasa awkward. Tak percaya tanya la kawan-kawan lelaki yang pernah keluar dengan aku. 

Lelaki suka sangat bagi perempuan bunga. Dah tentu aku tak suka gila orang bagi bunga kat aku. Biar aku yang bagi. Kalau boleh hari-hari nak suruh florist buat delivery untuk lelaki itu. Satu ketika dulu aku selalu buatkan tuna sandwich untuk lelaki yang pernah aku sayang ni, siap ada love note, dan letak sekuntum bunga. Tak payah tanya la reaksi dia macam mana. Ni Fafa tau.

Lelaki selalu buat lagu letak nama perempuan. Laila Namamu Teratas, Taman Rasyidah Utama, Aspalela, Kamelia, Sofea Jane, Nigina, Isabella, Emilia, dan senaraikanlah entah berapa banyak lagi. Sebab tu ada satu lagu yang aku pernah buat ni, aku letak nama lelaki itu. "Telenovella Tentang Sulaiman". Sulaiman tu kira contohlah. Mana boleh bagitau nama sebenar lelaki tu. Tapi tu dulu la. Sekarang aku dah tak kuasa nak main lagu tu. Bila fikir balik, tak layak kot dia dapat penghargaan sampai aku buat lagu tentang dia. Tapi, yela, kau pernah dengar orang kata, kerana cinta aku turutkan?

Dulu masa kecik-kecik, bila tengok Awie bawak motor besar dan Erra duduk kat belakang, terus aku set dalam otak aku, kalau aku, aku takkan buat macam tu. Biar aku yang bawak, dan lelaki tu duduk di belakang. Tapi aku tak minat motor macam Awie tu. Aku minat superbike. Lagi cool. Lagi nampak kemas dan macho.


Kalau lelaki selalu buat statement diorang lemah dengan air mata perempuan, sumpah, aku pun macam tu. Bila kawan-kawan datang mengadu nasib diri dan permasalahan mereka yang lengkap dengan pakej air mata, memang aku jadi lemah. Rasa kaki aku lembik semacam bila tengok diorang menangis. Bab memujuk memang aku failed. Memang tak master dan tak kemas langsung. Tapi, contohlah kan, aku dah seminggu berjanji dengan si Lili untuk lepak-lepak sekali, tiba-tiba si Noni call menangis-nangis mengadu nasib dirinya, memang aku akan terus cancel plan dengan si Lili tu. Konon-konon atas dasar nak bersama dengan si Noni dan memujuk kesedihan hatinya, konon nak jadi hero, padahal tak reti langsung memujuk orang. Aku memang tak reti, tapi aku ingat arwah Jepp pernah cakap "Hang memang. Hang memang pandai bermain dengan kata-kata. Harap je hang ni tua setahun dari aku. Kalau tak memang hang jadi pilihan aku."   Ni aku tak tipu. Tak baik tipu pasal orang yang dah mati kan?

Orang selalu kata, boleh je perempuan pinang lelaki. Siapa kata tak boleh? Tengok Siti Khadijah, dia yang pinang Nabi. Tapi berapa ramai yang berani buat? Cuba cakap dengan aku? Perempuan kaya zaman sekarang pun memang takkan ada yang buat. Kalau ada pun, itu kes terpencil. Tapi sumpah, kalau aku ada duit, memang yang ini paling aku nak buat waktu sekarang ni. Sebab sekarang ni, walaupun aku tengah tak ada duit ni, aku teringin nak buat. Mas kahwin Pahang RM 22.50 je tu. Khamis ni dah dapat gaji, so boleh aje. Tapi, bila fikir balik, pinangan aku ni pasti akan direject memandangkan aku ni memang takde tokoh nak jadi isteri yang cemerlang. Ye la, ayat-ayat risikan aku mestilah berbunyi begini : "Saya tau anak makcik memang pandai masak. Kalau dia pandai masak, pandai menguruskan rumah, saya on je. Orang kata diam tandanya setuju.Hehehe."

Dah banyak situasi bila aku cuba nak jadi hero, memang agak berjaya menjadi hero, berkorban itu ini, tapi kesudahannya aku yang parah. Parah muka badan tak apa. Tapi yela, orang kata luka di tangan nampak darahnya, luka di hati tak siapa tahu... 

Pedih bukan?

Tapi dah aku yang nak sangat berlagak jadi hero, terima aje lah natijahnya.


Sunday, March 13, 2011

Komitmen.

Aku pernah bincangkan isu greatest moment bila melibatkan orang kawin, dengan Zhaa. Zhaa cakap dia paling suka part akad nikah. Serious shit aku telan liur. Sebab bagi aku, itu scene paling scary

Okay, tak baik aku cakap macam tu, sebab besar gila pahalanya orang yang kawin ni. Tapi aku tak boleh elak. Memang dah ada dalam otak aku, once bila dah baca akad, saksi dah cakap "Sah!", bagi aku hidup kedua-dua lelaki dan perempuan tu dah berakhir. Dah. Habis. Takde life dah. Doomed. Dah tak boleh lepak kat mamak dengan kawan-kawan sampai pukul 2-3 pagi. Dah tak boleh bangun tidur pukul 1 tengah hari. Dah tak boleh suka-suka keluar rumah, start kereta nak makan kat luar bila rasa lapar. Dah tak boleh merayap tak tentu hala, especially bila dah ada anak. Part anak tu paling scary. Serius.

Okay, macam bangang kan aku? Tak, bukan otak aku sempit. Dah tentu hukum Tuhan tu besar yang amat sangat hikmah dan keajaiban dan keindahannya. Aku tau tu. Tapi, yelah. Mungkin sebab aku dah nampak banyak sangat benda-benda tak baik depan mata, maka itu aku jadikan satu pegangan, dan aku pegang contoh-contoh tu sampai menakutkan diri sendiri.

Bukanlah aku nak buat statement akhir zaman, statement tak sedar diri ni Islam, tapi seme ni jadi sebab aku takut. Serius takut. Takut dengan lelaki, dan takut dengan mende-mende yang melibatkan kawin. Sebab tu dulu aku pernah cakap kat Nurin, aku tak nak ada boyfriend. tak nak kawin. Aku cuma nak ada sorang lelaki yang boleh layan aku special, tapi aku bayar dia setiap bulan untuk itu. Tak pun open relationship. Asalkan tak payah ada komitmen. Nurin mengucap panjang masa aku cakap tu. Dah boleh agak lah tu, sebab buat statement macam tu depan Nurin yang sangat lemah lembut dan terpelihara orangnya. Hehe, student UIA kan? 

Pernah la ada dua tiga orang makhluk cuba yakinkan aku : "Faa, kawin, Faa. Kawin ni seronok."

Seingat aku, bila diorang cakap macam tu, aku senyum je. Sebab yang cakap tu semua muda-muda. Yang anak baru sorang dua. Yang baru kawin. Yang fresh lagi inainya. Yang pelamin pun belum tanggal lagi kat rumah. Yang rumah masih ada bau lauk ayam masak merah. 

Cuma ada sorang manusia je yang pernah yakinkan aku tentang kawin ni. Sampai aku yang benci masuk dapur ni, sanggup masuk dapur untuk belajar masak. Tapi, kesudahannya?

Aku ada sebab yang tersendiri kenapa aku takut dengan kawin. Dan jangan nak kata alasan aku tu tak berasas, sebab dunia dah nak akhir zaman ni, macam-macam jenis lelaki ada.



Maka, bersanding sekor-sekor pun cool apa?




Wednesday, March 9, 2011

Infection dan Super Mini Skirt Nurses.

Selepas 3 kali sedut wap-wap masin tu, tiada perubahan. Nafas tetap sama. Dia cakap dia dah discuss dengan boss dia, maka aku berakhir di sini. Dia pegang x-ray aku tinggi-tinggi.

Dia : Kalau tengok you punya x-ray ni, memang ada infection dalam paru-paru ni.

Aku pusingkan biji mata. Macam omputeh kata, rolling eyes. Tanda menyampah. Yang aku nampak cuma rangka-rangka aku kat situ. Kalau tak infection, mesti jangkitan. Kalau tak jangkitan, mesti infection. Tak pernahnya nak cakap nampak tanda-tanda aku akan jadi kaya ke, nampak taman bunga ke, pesta bunga api ke. Mesti infection.

Dia : You selsema ni sejak bila?

Aku : Last week. Last week demam. MC dua hari.

Dia : Heart rate you pun tak konsisten. Paru-paru bunyi bising.

Aku : Saya nervous kot. Doktor cantik sangat.

Okay, tu tipu. Tu jawapan dalam hati. Sebenarnya aku diam je.

Dia : Sejak bila you ada asthma ni?

Aku : Sejak kecik. Dalam umur 2-3 tahun macam tu.

Dia : Ada pakai inhaler?

Aku : Ada.

Dia : Smoke tak?

Aku : Ada jugak teringin.

Okay, tipu lagi. Tu jawapan dalam hati.

Aku : Tak. (Sambil geleng kepala. Konon-konon innocent.)

Dia : You ada stress apa-apa ke?Stress kerja ke?

Aku terdiam kejap. Dan dia macam tau-tau.

Dia : Ada susah hati ke, risau tentang apa-apa ke kebelakangan ni?

Aku diam lagi. Cuba nak susun ayat. Tapi tak tersusun.

Dia : Sebab kadang-kadang kesihatan kita ni boleh terganggu kalau ada kerisauan atau pun stress.

Pantas je aku jawab.

Aku : Tak, saya okay je. Saya rasa sebab saya banyak minum air batu. Lagipun last week cuaca panas sangat. Pastu tiba-tiba minggu ni sejuk sebab asyik hujan.

Dusta. Dusta. Tapi aku rasa ada jugak betulnya. Dia pandang aku lagi. Serious shit, aku rasa dia tengah scan hati aku masa tu. Kalau test heart rate aku, memang makin tak konsisten sekarang ni. Aku rasa dulu dia ni tak amek medic, tapi study ilmu-ilmu ghaib.

Dia : You ni tidur cukup tak? Mata you lebam. Macam tak cukup tidur.

Aku : Saya kaki lepak. Hari-hari melepak sampai 3-4 pagi.

Okaylah, aku tipu lagi. Talk about reputation.

Aku : Mata saya memang cepat lebam kalau tidur lambat sikit.

Dia angguk-angguk. Okay, she's buying it.

Dia : Kat sini duduk dengan siapa?

Aku : Family.

Dia : Ada allergic apa-apa tak?

Aku : Hama, egg yolk, kucing, madu.

Dia : Ada allergic ubat apa-apa?

Aku : Takde.

Start dari awal sesi temubual ni, dia asyik mencatit setiap jawapan aku. Rolling eyes lagi.

Dia : Okay. Nanti nurse akan pasang ubat kat plag tepi katil ni. Setiap beberapa jam you kena sedutlah.

Aku : Bila saya boleh balik?

Dia ketawa. Okay, aku tau baru je beberapa minit aku duduk atas katil ni. Tapi, aku tak boleh blah.

Dia : Kita tengok progression you macam mana nanti.Sekarang kita ambik darah dulu.

Dia berlalu pergi sambil meletakkan hasil catitannya di atas meja di hujung katil.

Nurse separa gorjess dah ready dengan segala equipment.

Aku tengok kiri kanan. Tak cool.

Kena buat panggilan terhadap mak dan abah. Mintak diorang pack apa-apa yang patut. Yang penting aku nak laptop. Tak cool langsung update blog guna henpon.

Kalau nurse-nurse kat sini macam dalam cerita pRamlee best jugak. Super mini skirt. Hehe!

Sunday, March 6, 2011

Pencuri dan Hasil Curiannya.

Ada seorang makhluk ni bagi quotation pada aku.

"Bila sudah kau curi hatiku, jangan pulangkan semula. Mana ada pencuri yang pulangkan hasil curiannya."

Dia siap letak ikon love kat tepi tu. Tapi aku cakap balik pada dia :

"Pencuri memang tak pulangkan hasil curiannya, tapi dia akan buang bersepah-sepah bila dah bosan."           
                                                                                                                                        (FafaCool, 2011)


Dan dia kata : "This is a sad one =( "


Aku senyum je. Sebab aku dah pernah rasa jadi mangsa curian tu. Dan aku tak tau kalau-kalau aku pernah jadi pencuri yang kejam tu. Entah. Tak layak jadi pencuri sehebat itu.


Aku rasa aku nak jadi polis. Tangkap pencuri tu.


Lagu ni memang laaa....






*Bergelak ketawa dengan orang yang baru kita rapat takkan sama dengan gelak ketawa dengan orang yang dah lama kita rapat. Sumpah, aku tak suka kenyataan yang satu ni.

Wednesday, March 2, 2011

Langkah Bendul.

Aku kat kelas 1 Excellent masa mesej tiba-tiba masuk. Seriously, aku tak suka conversation yang serius macam ni. Sebab konsep aku ialah aku sangat secretive dengan ahli keluarga sendiri. Dan aku tak suka membincangkan isu peribadi dengan family.

Tapi, yelah. Kadang-kadang aku rasa aku ni macam ada super power. I can predict what will happen next. Konon la. Nak bagi diri rasa best kejap.

Dia : Kalau saya langkah bendul, awak nak apa?

Ahhh sudaaaahhhh... Dalam hidup aku, ni dah dua kali dia tanya soalan dalam reka bentuk macam ni. Hakikatnya dia ni memang setiap tahun ada je konsep pertukaran boyfriend, tapi dulu masa dia serius dengan sorang mamat Neo CPS ni, dia pernah tanya soalan yang sama. Memang tak boleh blah langsung sebab masa tu umur dia tak sampai pun 20. Poyo gellll tanya soalan gitu. Padahal belum tentu. Ya, memang dari zaman sekolah dulu aku tau dia ni memang ada potensi besar nak langkah bendul, tapi come on la! Masa tu umur dia tak sampai 20. Macam geli-geli syaitan je cakap pasal kawin itu ini. Sekarang umur dia dah 22. Hellooo, baru 22.

Okay, berbalik pada mesej tadi tu. Aku berfikir kejap sebelum reply. Sebab dulu masa first time dia tanya dulu, dah tentu jawapan aku ialah aku nak satu set complete gitar Yamaha idaman aku tu, sekali dengan amplifier, storm and whatever shit lagi tu. Tapi tu dulu. Tu masa aku naif. Masa jiwa aku suci lagi. Sekarang dunia dah berubah, dan aku juga turut berubah.

Aku : Saya rasa dah dua kali awak tanya soalan ni. Bagi saya pikir jap. Maklum la, saya ni materialistik.

Dia : Ok lah. Bagitau cepat. Nak pergi survey harga.

Okay, sangat macam haram J bila dia jawab macam tu. Aku semakin tak boleh blah.

Aku : Saya nak duit. Boleh?

Dia : Boleh ke bagi duit?

Aku : Mestilah boleh. Dengan saya, tiada yang mustahil. Okay?

Dia : Tak pelik ke? Awak nak berapa? 

Aku : Bakal husband awak ni kaya gellll ke?

Dia : Tak kaya pun, tapi ada la duitnya sikit. Dia nak belikan Satria Neo sebagai hantaran.

Part ni aku dah rasa macam hidung, mulut, telinga dan kuku aku macam nak berdarah yang amat sangat. Tekak pun dan-dan rasa mual. Tapi aku tahankan. 

Aku : Macam hanjeng. Saya nak duiiiiittttttt!!!!!

Dia : Berapa? Cakap la.

Aku : Ishhh, tak boleh nak pikir pulak sekarang ni. Sebelas ribu boleh? Tapi macam sikit sangat tu. (Sambil meletakkan emoticon sengih lebar)

Dia : Bodoh. Hantaran pun saya letak 15 ribu. Main-main pulak. pikir la benda lain. Awak tak nak barang-barang ke?

Aku : Ala, nak duit.

Dia : Berapa?

Aku : Awak rasa berapa dia mampu? Maklum la, saya ni banyak komitmen. Bila banyak komitmen, banyak guna duit.

Dia : Nanti la saya tanya dia. Tapi jangan la banyak sangat.

Aku : Haha. Saya main-main je, tapi kalau dia nak kasi, saya lebih suka duit daripada barang. Kalau dia nak kasi barang jugak, nanti saya pikir. 


Isi kandungan konversasi seterusnya tak payahlah aku cerita. Lebih kepada benda-benda yang buat hidung, mulut, telinga dan kuku aku macam nak berdarah gila-gila. Dan memualkan tekak. Serius, aku memang rasa awkward nak mampus cakap benda-benda ni dengan adik aku. Sebab dari dulu, hal-hal privasi aku, aku tak pernah expose pada family. Sebab aku rasa mende tu sangat confidential. Kalau dah betul-betul sampai stage nak kawin, barula boleh expose. Lain la macam dia. Dia dengan cousins aku yang lain memang rapat dan bercerita hal boyfriend, tunang, suami dan pelbagai lagi hal-hal cenggitu. Tapi aku tak boleh.

Aku rasa macam gatal je nak sakat dia dan taip mesej : "Awak confirm ke awak akan langkah bendul? Awak bukan tau status saya."

Tapi aku batalkan je nawaitu aku tu sebab aku yakin, once aku tekan button send, berita tergempar tu akan tersebar. Dan dalam masa tak sampai seminit, ada kemungkinan cousin aku yang kat Rawang tu akan mesej aku dan menyoal siasat. Dan bila majlis kawin Azie next month, aku akan jadi sasaran soalan cepu tembaga makcik pakcik aku. 

And that's a death sentence. Tak cool. Tak best menipu. Macam biasa, aku kena bangga jadi single.

Lepas ni kalau kena attack dengan sedara-mara, terpaksala aku jawab aku ni mandul, tak boleh kawin.

Tak pun aku nak jawab boyfriend aku baru je beberapa hari meninggal. Dah sebelas tahun kami menjalinkan hubungan cinta, tapi tiba-tiba Tuhan ambil nyawa dia. dan aku masih bersedih dengan apa yang berlaku. Cool tak jawapan tu?

Okaylah, aku dah rasa geli-geleman dah ni. Bye.



*Akak kat kantin sekolah suruh simpan rambut panjang. Haha, aku jawab kalau dah jumpa yang aku berkenan, memang tak potong-potong rambut dah. Mata pun sanggup aku butakan.