Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Friday, February 18, 2011

Takkaaannn laa tak boleh.

Lokasi : Dataran perhimpunan
Barisan kelas 1 Excellent


Budak-budak ni semua pakai baju melayu dan baju kurung, sempena sambutan Maulidur Rasul hari ni.

Cikgu cool : Imtiyaz, baju Imtiyaz cantikla. Cikgu nak pinjam boleh?

Imtiyaz : *Sengih-sengih*

Harith : Mana muat cikgu pakai.

Cikgu cool : Muat la.

Harith : Tak muatla. Kalau anak cikgu muatla.

Cikgu cool : Cikgu takde anak la.

Harith : Cikgu belum kawin? Cikgu kena kawin la, baru boleh dapat anak.

Cikgu cool : Tak kawin pun boleh je dapat anak.

Harith : Haaaa? Boleh ke?

Cikgu cool : Eh, takkaaaaaannn laa tak boleh. Hehe.





Okay, beberapa minit lepas tu baru aku terfikir balik yang tadi tu aku bercakap dengan budak darjah satu. Mati aku kalau diorang cerita kat parents diorang.

No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.