Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Saturday, February 19, 2011

Sangat perit ye.

1. Okay, adalah amat memeritkan bila pada hari Sabtu yang cemerlang macam ni, kau kena bangun pagi untuk pergi sekolah. Tak cool, okay.

2. Baru perasan kat follower tu dah jadi sepuluh. Hehe. Mekasih la.

3. Aku dah ikot jejak langkah Zhaa untuk mengabaikan facebook. Haha.

4. Dah lama tak merasa bihun sup hasil tangan anak-anak arwah Uncle Sukarni. Semalam dah nak pergi dah, tapi ada musibah pulak, so tak jadi.

5. Kak Dibah (cikgu kat sekolah) cakap dia dah pernah nampak aku dengan someone, tapi dia senyapkan aje. Haha, aku dah tau dah tu. Mesti nampak aku berjalan tanpa hala tuju dengan Tojo bungok tu. Dah kena explain. "Kak Dibah, tu bestfriend tu. Kawan sejak sekolah lagi. Dia dah ada girlfriend dah pun. Kalau Kak Dibah baik hati, Kak Dibah kasila si Fatihi tu kat saya. Hahaha."  Okay, Fatihi tu anak Kak Dibah. Baru darjah 6. Tapi chumel gellll. Fidofilia tak aku? Haha!

6. Aku janji nak cuci kereta, tapi aku tak cuci lagi. Errrkk, maksud aku, hantar carwash. Hehe.

7. Folio A dan Folio B panitia Muzik tak siap lagi. Kena setel 22 haribulan. Mati.

8. Tadi selamba gila, aku kasi budak-budak buat latihan sistem notasi, aku main gitar kat belakang. Tapi tu kira aku entertain diorang la. Diorang pun buat je kerja diam-diam.

9. Mural kat tembok pagar sekolah tu tinggal sikit lagi. Sketch border dia sikit, dah boleh colour dah.

10. Aku still tak siapkan laporan orientasi darjah satu hari tu. Gila tak? Dah sebulan lebih.

11. Dulu masa first-first aku struggle belajar main gitar, it was Yamaha classical. Tali memang lembut. Lembut-lembut pun, ternoda jari-jemari kudus I ni tawww. Masa tu lagu pertama yang aku berjaya main "Doa Buat Kekasih". Last-last aku jual gitar tu sebab banyak sangat kenangan. Aku kan jenis manusia yang tak mampu berdepan dengan kenyataan, maka memang tak mampu berdepan dengan kenangan, aku juallah gitar tu.

12. Apeezz nak kawin bulan 3 ni. Best gila!!!

13. Aku rasa aku lagi enjoy ajar darjah satu la. Camne ni? Dah jatuh cinta dengan pekerjaan sendiri.

14. Aku happy gila hari ni. Sebab anak-anak murid aku ramai suka lagu "Talking To The Moon" yang aku ajar kelmarin. Diorang request nyanyi lagi lagu tu next week.

15. Wehh, aku nak tanya. Korang pernah tak hantar mesej guna number sendiri, kepada number sendiri? Hehe, aku rasa dulu zaman-zaman bangang dulu aku dengan kawan aku pernah try buat. Macam best jugak dapat mesej daripada diri sendiri. Boleh dapat mesej-mesej yang berbunyi "Fafa cool", "Fafa best", "Fafa cemerlang" dan pelbagai lagi jenis mesej rasukan sendiri. Haha.

No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.