Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Wednesday, February 16, 2011

Please, please, please.

Muka dia dah lain macam.

"Faa, please, Faa... Jangan buat aku macam ni, Faa."

Ni yang aku lemah ni. Scene merayu-rayu. Aku pandang dia lagi.

"Jangan buat aku macam ni, Faa. Kau dah tak sayang aku lagi ke?"

Okay, ni lagi tak boleh handle. Dah sampai tahap meragui ketulusan hati aku.

"Bila aku cakap aku tak sayang kau?"

"Habis tu, kenapa kau buat macam ni? Seolah-olah kau tak nak bertanggungjawab. Aku rasa diri aku ni kotor, jijik!"

Aku senyum. "Aku terima kau seadanya. Aku tak kisah. Lagi kau kotor, lagi aku suka."

"Kau fikir apa yang kau suka je. Kau tak fikir apa orang lain cakap. Aku malu!"

"Biarlah orang nak kata apa. Dah aku suka kau macam tu, nak buat macam mana?"

"Faa, please, Faa..." Dia buat suara manja mengada-ngada lagi. "Aku sedar aku ni bukan pilihan sebenar kau."

Okay, ni bertambah-tambah tak boleh handle.

"Jangan nak cakap soal pilihan sebenar ke tak. Aku dah pilih kau. Aku terima kau seadanya."

"Tapi, Faa, aku rasa diri aku ni kotor sangat. Aku tau orang pandang serong pada aku."

"Itu orang lain. Aku lain. Jangan samakan aku dengan diorang. Sekotor mana pun kau, hati aku takkan berubah. Aku akui kau memang bukan pilihan sebenar aku, tapi aku rasa makin lama aku makin sayang kau."

"Tapi kau pernah ada niat nak cari lain kan?"

Aku telan liur.

"Okay, memang la aku pernah ada niat nak cari lain. Ye laa, aku ni kan mata keranjang. Tapi itu aku niat je. Malaikat pun, kalau kita niat nak buat mende tak baik, dia takkan tulis dulu. Bila kita dah buat baru dia tulis."

"See?? Kau memang dah tak sayang aku!"

"Kau ni kan... Kau saje je kan keluarkan isu ni?"

"Dah memang kau tak sayang aku!"

"Pernah ke aku cakap?"

"Memang kau tak pernah cakap. Tapi perlakuan kau tu."

Aku mengeluh. "Aku kan ego. Kau kena faham tu. Tak sama cara tak bermakna tak sama hati. Tu polisi aku."

"To hell with your policy! Buktikan yang kau memang sayang aku!"

Aku gigit bibir. Bab nak buktikan ni memang lemah. Memang menduga.

"Ahhh, yelah, yelah! Esok pas sekolah aku hantar kau pergi car wash kat belakang Megamall tu. Dah, tak payah nak membebel diri kau kotor la, jijik la. Esok diorang polish kau cantik-cantik. Cool?"

Dia dah senyum lebar.


Ya, bila dengan kau, aku rasa alive gila!Nanti aku dapat gaji kita tukar plat depan yang dah retak tu eh? Kita betulkan allignment, lagi apa lagi yang kau nak aku buat?



No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.