Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Monday, February 14, 2011

Kaget.

Lokasi : Darjah 1 Excellent
Masa   : 11.50 pagi hingga 12.50 tengah hari
Subjek : Dunia Seni Visual

Watak Satu : Kenapa muka cikgu macam orang sakit? Cikgu sakit ke?

Seriously, hari ni je dah berapa ramai cakap muka aku pucat macam orang sakit. Tapi kat cikgu-cikgu lain aku jawablah sebenarnya aku ni kaki lepak, pukul berapa baru reti nak balik rumah.

Watak Dua : Ha'ah, tangan cikgu kurus sangat.

Cikgu cool : Ha'ah, cikgu sakit. Dah tak lama nak mati. Hehehe.

Watak Tiga, Empat, Lima, Enam dan seterusnya: Hahhhh???

Watak beramai-ramai : Cikgu, janganlah mati. Kita sayang cikgu!

Beramai-ramai datang peluk aku.

Aku kaget. Dah lama gila tak rasa kasih sayang jujur macam ni. Kalau tak sebab control macho, memang dah keluar air mata gamaknya.





*Best jugak menipu ni sebenarnya. Heh heh heh.

1 comment:

  1. Mak saya cakap, tak baik menipu tauuuu. Mak saya cikgu jugak ;p

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.