Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Saturday, February 26, 2011

Mari menampal gambar tanpa menggunakan gam.

IPBA used to be a wonderful place. Maktab paling kecik dalam Malaysia ni. Tapi paling besar kesannya. Bagi aku.

Ni yang malas ni. Asal pagi-pagi camni aku rasa melankoli gila.


 Dalam bas paling lagenda. Masa ni nak pergi assignment trip ke Melaka. It was the best trip ever. Dah final year masa tu. Beg aku tu ada sain autograf Dato' Jins Shamsudin.



Masa ni gitar aku suci gila. Aku tak lukis apa-apa lagi atas body dia. Tu jugak t-shirt favourite aku. Junior aku yang bernama Syed selalu mintak t-shirt ni. Ada satu lagi colour putih. Ni t-shirt masa aku buat part time dengan Creative Corner. Sebelah tu Azu. Bulan depan dah nak bertunang. Masa cepat sangat berlalu.



Open house kat rumah Fanee. Tengok tangan kiri aku tu. Masa ni aku baru je pas discharge dari wad. Tu yang baju dan seluar aku paling rare dalam majlis tu. T-shirt tu t-shirt mak. Mak amek cuti dan datang dari Kuantan, teman aku kat hospital. Abah pun datang. Masa tu memang best gila. Sebab sakit-sakit camtu la ramai orang kasi attention. Kawan-kawan setiap hari datang melawat. Dalam wad tu aku famous sebab aku paling ramai pelawat setiap hari. Dapatla merasa makan bersuap. Hehe.



Ni basuh ayam sempena open house gabungan cohort aku dengan cohort 3. Masa tu aku dengan Uzerr yang handle part basuh-membasuh ni. Ni aku baru beberapa hari pas discharge dari wad. Tu t-shirt favourite jugak. T-shirt rumah merah masa kat IPBA. Pergi Midvalley pakai t-shirt tu pun rasa best dah. Aku tolong part basuh pinggan mangkuk sudu cawan periuk kuali je. Tak kuasa nak tolong bahagian memasak ni. Aku rela tangan aku kecut kena air dari tengah hari membawak ke senja, daripada kena memasak. Luka kesan cucuk jarum pun berlambak lagi kat atas tangan masa ni. Tapi aku enjoy je. Malam tu sesak nafas balik sebab banyak main air.



Ni OUM buat makan-makan kat PWTC beberapa hari sebelum bulan puasa final year tu. Masa majlis ni la Jins Shamsudin sain atas beg kartun aku tu. Orang lain pakai baju batik, aku selamba pakai baju kurung motif bunga-bunga biasa. Hehe. Apeezz dah nak kawin bulan 3 ni. Aku nak kena kumpul duit untuk budget journey ke Segamat. Haihh, Apeezz yang kawin, aku pulak kena kumpul duit.



Ni berkelah kat mana entah. Tak ingat nama. Tapi kat area KL Selangor gitu lah. Belah kiri aku tu Farouqq. Aku paling suka cucuk perut dia. Dia akan menjerit gila-gila punya sambil cakap, "Faa, janganlah, Faa."  Haha! Tu pun t-shirt favourite aku. Tapi sekarang dah ghaib entah ke mana.





Ni dalam dua minggu pas posting kat JB. Lepak kat Jusco Bukit Indah. Masing-masing cerita pasal stress kerja kat sekolah. Majority guru besar kat JB adelah perempuan. Paham-paham ajelah. Nasib baik aku dah tukar Kuantan skang. Gile lah, rambut aku dah macam Noh Hujan masa ni.





Ni raya tahun 2009. Raya tahun tu jugaklah yang mendorong aku masuk wad sebab aku banyak minum air batu dan air gas. Yang bulat biru tu muka aku, yang empat segi merah tu adik aku. Kitorang 4 tahun beza. Tapi setiap kali raya, dia surely hangin gila sebab sedara-mara yang jarang jumpa kitorang selalu ingat aku ni adik dan dialah kakak. So, tak payahlah aku explain kesimpulannya kan? Heh heh.


Ni cousin aku. Dia tua tiga tahun daripada aku. Kitorang banyak persamaan sejak kecik lagi. Antaranya, kitorang memang minat motor besar dan kereta mewah. Asal jumpa je, surely keluar topik pasal motor dan kereta. At least dia pernah merasa pakai Kawasaki sebelum dia tukar Neo hitam yang dia pakai sekarang. Aku? Bila aku suarakan pada mak pasal motor besar, mak asyik remind kan pasal keturunan kitorang yang dah ramai mati accident. So, tak boleh nak kata apa.



Ni Adam. Anak sedara aku. Budak-budak kalau datang rumah aku, mesti nak usik keyboard aku ni. Tu baru tengok keyboard, belum tengok tuan dia lagi. Haaaa..... Anak-anak cousin aku seme panggil aku Mak Long. Aku sebenarnya nak diorang panggil aku Mak Tam, sebab kulit aku yang hitam ni, tapi cadangan aku tu dibangkang oleh semua lapisan ahli keluarga. Ayat biasa orang Pekan, "Ehh, aok ni. Mana boleh panggil Mak Tam. Tak pernoh dibuat orang, anak sulung panggil Mak Tam."



Dan, jeng jeng jeng...... Hehe! Ni gambar baru balik dari sekolah, aku menyinggah kat Megamall. Usha-usha apa yang patut. Try baju sana sini. Ni first time aku amek gamba syok sendiri dalam fitting room. Pasni boleh la buat lagi. Hehe.



Ishh, penat pulak tampal gambar dengan caption panjang-panjang ni. Hehe.



*Okayla, Pai Syahira. saya try la ikot cakap awak tu. Hehe.

 

2 comments:

  1. aku punya bukak. ingat cara nak tampal gambar kat kertas xyah gam. haha.

    ReplyDelete
  2. haha. tajuk kena rare laa sket. tak gitu?

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.