Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Thursday, February 3, 2011

Dalam kereta.

Ya,aku dalam kereta ni. Tunggu Shikenn dengan Tojo yang nak tukar tiket bas balik KL. Tojo hangin Shiken beli tiket hari Sabtu. Lama dah aku tunggu dalam kereta ni. Aku tak tau apa yang lama sangat diorang buat kat dalam terminal tu. Dah join kerja jual tiket ataupun dah bertukar jadi bas Bulan Restu. Konsepnya, dah banyak gile blog orang yang aku jengah, sampai siap baca older pos, tapi makhluk dua ekor ni tak muncul-muncul. Aku risau. Bukan risau apa, tapi risau aku yang dok dalam kereta ni yang kena kidnap. Yela, muka comel macam I ni kang orang geram tak memasal, pecahkan cermin kereta dan terus tarik keluar. Haaaaaa..... (Okay,scene puji diri sendiri memang tak boleh blah).

Mana diorang ni? Serius dah lama gila aku dalam kereta ni. Enjin kereta Tojo ni on dari tadi. Membaziaqq minyak jerrr.

Bangun tidur tadi aku gosok gigi, pastu terus ngadap laptop untuk masukkan data SMM.SMM ialah sistem maklumat murid. Aku kena buat untuk darjah 3, 4, dan 5. Satu kelas ada la dalam 30 lebih budak, jadi bayangkan kalau aku kena buat untuk 12 kelas. Bunyi macam sikit, tapi lihatlah fail yang dah bertimbun-timbun dalam bilik aku. Tu belum tengok fail yang dalam kereta. Tapi jangan ingat aku tak mandi sampai saat ni. Aku mandi sebelum keluar ni tadi, okay.

Okay,makhluk dua ekor ni tak muncul-muncul lagi dari dalam terminal. Aku kena buat panggilan skang. Bye.

2 comments:

  1. fuh ni apdet guna fon ke apa?
    zaman skrg memang semua canggih-canggih kan?

    ReplyDelete
  2. hehe. tak lah. ade pc dlm kete kwn, hehehe!

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.