Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Wednesday, February 23, 2011

Cikgu, kenapa lelaki tak boleh peluk lelaki?

Scene 1

Munir peluk Adam dari belakang.

Cikgu cool : Hey, Munir! Lelaki mana boleh peluk lelaki!

Munir : (tersengih-sengih) Kenapa tak boleh, cikgu?

Cikgu cool : Yela, sesama lelaki. Mana boleh. Tuhan kan cipta lelaki untuk perempuan.

Munir : Kalau peluk perempuan boleh la?

Cikgu cool : Tengok keadaan la.

Munir : Tengok keadaan macam mana?

Cikgu cool : Kalau kamu dah kawin dengan perempuan tu boleh la kot.

Munir sengih-sengih lagi. Okay, tak boleh handle.


Scene 2

Nabila : Cikgu, kenapa cikgu macam diam je? Dah berapa hari dah.

Cikgu cool : Mana ada.

Nabila : Ada. Cikgu sakit ke? Ke cikgu ada masalah?

Cikgu cool : Ha'ah, cikgu sakit. Kan cikgu cakap aritu cikgu dah nak mati.

Imran Hazry tiba-tiba menyampuk.

Imran Hazry : Tapi cikgu tak mati pun?

Cikgu cool : Ok lah, esok cikgu matilah, tak datang sekolah dah.


Scene 3

Koridor kat luar kelas 1 Excellent. Beratur untuk check gigi.

Zulhafiz : Cikgu, nanti berdarah tak?

Cikgu cool : Mestilah berdarah. Baru best!

Imran Hazry : (sambil tunjukkan gigi) Cikgu, gigi kita cantik tak?

Cikgu cool : Boleh la.

Imran Hazry : Kalau gigi cantik, doktor tak cabut kan?

Cikgu cool : Kalau cantik lagi la doktor suka cabut. Kasi berdarah banyak. Darah tu nanti boleh derma kat hospital.

Imran Hazry : Eeeeee, cikgu ni jahatlah!


Scene 4

Lokasi : Padang
Aktiviti : Training bola baling


Intan Sakinah : Cikgu ni rock lah!

Cikgu cool : Nak buat camne kan? Hehe.

Intan Sakinah : Cikgu, kalau cikgu pergi dinner ke, hi-tea ke, mana-mana ke, cikgu tak pernah make up ke?

Cikgu cool : Leceh la.

Intan Sakinah : Leceh apa nya?

Cikgu cool : Ye la, leceh la. Semua tu sementara je. Takde yang kekal dalam dunia ni. Hehe.

Intan Sakinah : Cikgu pergi sekolah pun tak make up. Cikgu make up la, mesti cantik.

Cikgo cool : Tu yang cikgu malas tu. Nanti kamu tak boleh belajar. Asek nak tengok cikgu je. Hehe.

Intan Sakinah : Alaaa, hari tu cikgu pakai kebaya yang macam baju cina tu cantik la. Make up la. Cikgu pakai blusher tau, cikgu!

Cikgu cool : Ok lah, kang cikgu pegi beli. Okay?


 Meja paling rare. Dah seminggu lebih keadaan meja ni camtu. Tak terurus. Macam tuan dia.


Tamak tak ash tray sampai dua? Padahal duduk seketul je. Takde function.
 

Gambar ni yang aku kasi kat kerani untuk borang sah lantikan hari tu. Aku tak tau la orang SPP nak cakap apa. Sama ada "Eh, cool gila budak ni. Kena cepat-cepat sah lantikan dia ni." atau pun "Call guru besar SK Tok Sera cepat! Ni cikgu ke apa ni?"






*Ntah apa-apa milo ais kat Taj tadi. Tosey lembik semacam. Pernah dengar lagu Dewa nyanyi tak? Di dalam keramaian aku masih merasa sepi, sendiri memikirkan kamu... Okay, tak cool

No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.