Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Wednesday, February 9, 2011

Cakaran budak.

Konsepnya, ni bukan cakaran tiger yang kononnya mampu mengeratkan hubungan suami isteri tu. Bukan.

Aku masuk 1 Excellent untuk subjek Muzik tadi. Bila semua dah ready untuk nyanyi dan buat gaya-gaya sekali, music dah on, baru excited buat gaya bagi peringkat intro, aku nampak Najmi dah terjerit-jerit kat belakang, sambil tangan dia berebut sesuatu daripada Zulhafiz. Terus aku pun jerkah, "Wehhh!!!" Dan off radio kejap.

Aku pergi kat diorang yang tetap jugak tarik-menarik pensel yang kelihatannya agak fancy, kaler biru itu. Najmi dah menangis-nangis sambil hentak kaki bila Zulhafiz berjaya merampas pensel tu. Semua dah berkerumun kat tempat kejadian.

Cikgu cool : Ni kenapa ni?? (Suara konon samseng)

Najmi : Tu pensel saya! Saya yang beli.

(Insyirah Mizana membelek pencil case Najmi dan tunjuk kat aku)

Insyirah Mizana : Ha'ah, cikgu, dah takde! (Merujuk kepada pensel tersebut)

Aku tak puas hati. Aku tanya sekali lagi.

Cikgu cool : Ni pensel siapa sebenarnya?

(Entah siapa entah yang tukang jawab beramai-ramai tu)

Jawapan dua tiga ekor budak kecik : Tu pensel Najmi. Tadi ada dalam bekas pensel dia.

Aku dah pandang Zulhafiz. Muka dia memang tak boleh blah. Macam dendam gila. Pastu si Shiqin yang berdiri kat sebelah Zulhafiz terus rampas pensel tu dari tangan Zulhafiz dan hulur pada Najmi. Najmi ambik pensel dari Shiqin tu.

Aku pegang muka Najmi.

Cikgu cool : Dah, Najmi jangan nanges.

Fergghhh, penyayang kan aku???

Aku pandang Zulhafiz yang dah macam seladang tengah marah kuis-kuis kaki.

Cikgu cool : Kenapa Zulhafiz buat macam tu? Tu kan pensel Najmi?

Dia tak jawab. Muka dia jadi makin bengis.

Cikgu cool : Kenapa buat macam tu? Tak baik ambik barang orang lain. Salam, mintak maaf dengan Najmi.

Dia mengundur sedikit, dengan muka masih penuh dendam.

Cikgu cool : Zulhafiz, cikgu kata salam dengan Najmi, mintak maaf sekarang jugak.

Okay, aku tau kita tak boleh paksa orang untuk bermaaf-maafan. Aku baru perasan yang budak-budak lain masih berkerumun.

Cikgu cool : Yang lain balik tempat masing-masing!

Baru setapak dua budak-budak tu melangkah, aku cuba pujuk Zulhafiz.

Cikgu cool : Dah, Zulhafiz. Cikgu tak marah kamu. Pergi balik tempat.

Masa tu aku nak pegang bahu dia, nak suruh dia balik tempat duduk dia, tapi dia buat keras tak nak berganjak, dan-dan tu jugak tangan dia melibas kat tangan kiri aku. Aku dah rasa perit-perit semacam. Terus aku selak lengan baju. Dah berbirat merah kat situ.



Cikgu cool : Kenapa buat cikgu macam ni? Tengok ni tangan cikgu dah merah. Sakit ni, tau tak?

Zulhafiz dah start menangis. Aku paling suka part ni. Aku paling suka part bila mana aku cakap dengan nada paling lembut, tapi berjaya buat budak menangis.Aku memang suka bila budak menangis camni.

Budak-budak lain yang baru nak duduk setelah berkerumun tadi, terus patah balik nak tengok lengan aku.

Aku lupa watak siapa : Eee, kesian cikgu. Tangan cikgu dah merahlah.

Watak lain beramai-ramai : Mana? Mana? Heee, ha'ah laa. Kesian cikgu.

Semua dah tengok Zulhafiz dengan muka tak puas hati.

Cikgu cool : (konon cuba berlagak relax lagi) Dah, Zulhafiz. Pergi balik tempat.

Zulhafiz buat keras, berdegil lagi.

Cikgu cool : Pergi la balik tempat.

Zulhafiz buat muka macam seladang lagi. Aku dah hangin.

Cikgu cool : Ahhh, suka ati kamu ahhhh!!!

Aku terus on radio dan bergegak-gempita dengan budak-budak lain. Lantaklah Zulhafiz kat tengah-tengah tu.

Loceng bunyi, diorang pergi rehat. Zulhafiz masih di situ.

Dah memang dasar penyayang, aku pergi dekat dia. Sambil peluk-peluk bahu dia.

Cikgu cool : Dah, Zulhafiz. Pergi makan. Nanti lapar.

Dia geleng kepala.

Cikgu cool : (dengan suara paling keibuan) Pergi laa. Nanti lapar. Ada duit tak? Cikgu bagi duit eh?

Saat itu aku dapat melihat anggukan kepala paling laju di dunia.









Skang cakap kat aku, siapa kata duit tak mampu beli hati manusia?

1 comment:

  1. ok aku takleh jadi cikgu sekolah rendah. kau jauh lagi penyabar dari aku. hahaa

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.