Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Saturday, February 26, 2011

Mari menampal gambar tanpa menggunakan gam.

IPBA used to be a wonderful place. Maktab paling kecik dalam Malaysia ni. Tapi paling besar kesannya. Bagi aku.

Ni yang malas ni. Asal pagi-pagi camni aku rasa melankoli gila.


 Dalam bas paling lagenda. Masa ni nak pergi assignment trip ke Melaka. It was the best trip ever. Dah final year masa tu. Beg aku tu ada sain autograf Dato' Jins Shamsudin.



Masa ni gitar aku suci gila. Aku tak lukis apa-apa lagi atas body dia. Tu jugak t-shirt favourite aku. Junior aku yang bernama Syed selalu mintak t-shirt ni. Ada satu lagi colour putih. Ni t-shirt masa aku buat part time dengan Creative Corner. Sebelah tu Azu. Bulan depan dah nak bertunang. Masa cepat sangat berlalu.



Open house kat rumah Fanee. Tengok tangan kiri aku tu. Masa ni aku baru je pas discharge dari wad. Tu yang baju dan seluar aku paling rare dalam majlis tu. T-shirt tu t-shirt mak. Mak amek cuti dan datang dari Kuantan, teman aku kat hospital. Abah pun datang. Masa tu memang best gila. Sebab sakit-sakit camtu la ramai orang kasi attention. Kawan-kawan setiap hari datang melawat. Dalam wad tu aku famous sebab aku paling ramai pelawat setiap hari. Dapatla merasa makan bersuap. Hehe.



Ni basuh ayam sempena open house gabungan cohort aku dengan cohort 3. Masa tu aku dengan Uzerr yang handle part basuh-membasuh ni. Ni aku baru beberapa hari pas discharge dari wad. Tu t-shirt favourite jugak. T-shirt rumah merah masa kat IPBA. Pergi Midvalley pakai t-shirt tu pun rasa best dah. Aku tolong part basuh pinggan mangkuk sudu cawan periuk kuali je. Tak kuasa nak tolong bahagian memasak ni. Aku rela tangan aku kecut kena air dari tengah hari membawak ke senja, daripada kena memasak. Luka kesan cucuk jarum pun berlambak lagi kat atas tangan masa ni. Tapi aku enjoy je. Malam tu sesak nafas balik sebab banyak main air.



Ni OUM buat makan-makan kat PWTC beberapa hari sebelum bulan puasa final year tu. Masa majlis ni la Jins Shamsudin sain atas beg kartun aku tu. Orang lain pakai baju batik, aku selamba pakai baju kurung motif bunga-bunga biasa. Hehe. Apeezz dah nak kawin bulan 3 ni. Aku nak kena kumpul duit untuk budget journey ke Segamat. Haihh, Apeezz yang kawin, aku pulak kena kumpul duit.



Ni berkelah kat mana entah. Tak ingat nama. Tapi kat area KL Selangor gitu lah. Belah kiri aku tu Farouqq. Aku paling suka cucuk perut dia. Dia akan menjerit gila-gila punya sambil cakap, "Faa, janganlah, Faa."  Haha! Tu pun t-shirt favourite aku. Tapi sekarang dah ghaib entah ke mana.





Ni dalam dua minggu pas posting kat JB. Lepak kat Jusco Bukit Indah. Masing-masing cerita pasal stress kerja kat sekolah. Majority guru besar kat JB adelah perempuan. Paham-paham ajelah. Nasib baik aku dah tukar Kuantan skang. Gile lah, rambut aku dah macam Noh Hujan masa ni.





Ni raya tahun 2009. Raya tahun tu jugaklah yang mendorong aku masuk wad sebab aku banyak minum air batu dan air gas. Yang bulat biru tu muka aku, yang empat segi merah tu adik aku. Kitorang 4 tahun beza. Tapi setiap kali raya, dia surely hangin gila sebab sedara-mara yang jarang jumpa kitorang selalu ingat aku ni adik dan dialah kakak. So, tak payahlah aku explain kesimpulannya kan? Heh heh.


Ni cousin aku. Dia tua tiga tahun daripada aku. Kitorang banyak persamaan sejak kecik lagi. Antaranya, kitorang memang minat motor besar dan kereta mewah. Asal jumpa je, surely keluar topik pasal motor dan kereta. At least dia pernah merasa pakai Kawasaki sebelum dia tukar Neo hitam yang dia pakai sekarang. Aku? Bila aku suarakan pada mak pasal motor besar, mak asyik remind kan pasal keturunan kitorang yang dah ramai mati accident. So, tak boleh nak kata apa.



Ni Adam. Anak sedara aku. Budak-budak kalau datang rumah aku, mesti nak usik keyboard aku ni. Tu baru tengok keyboard, belum tengok tuan dia lagi. Haaaa..... Anak-anak cousin aku seme panggil aku Mak Long. Aku sebenarnya nak diorang panggil aku Mak Tam, sebab kulit aku yang hitam ni, tapi cadangan aku tu dibangkang oleh semua lapisan ahli keluarga. Ayat biasa orang Pekan, "Ehh, aok ni. Mana boleh panggil Mak Tam. Tak pernoh dibuat orang, anak sulung panggil Mak Tam."



Dan, jeng jeng jeng...... Hehe! Ni gambar baru balik dari sekolah, aku menyinggah kat Megamall. Usha-usha apa yang patut. Try baju sana sini. Ni first time aku amek gamba syok sendiri dalam fitting room. Pasni boleh la buat lagi. Hehe.



Ishh, penat pulak tampal gambar dengan caption panjang-panjang ni. Hehe.



*Okayla, Pai Syahira. saya try la ikot cakap awak tu. Hehe.

 

Wednesday, February 23, 2011

Cikgu, kenapa lelaki tak boleh peluk lelaki?

Scene 1

Munir peluk Adam dari belakang.

Cikgu cool : Hey, Munir! Lelaki mana boleh peluk lelaki!

Munir : (tersengih-sengih) Kenapa tak boleh, cikgu?

Cikgu cool : Yela, sesama lelaki. Mana boleh. Tuhan kan cipta lelaki untuk perempuan.

Munir : Kalau peluk perempuan boleh la?

Cikgu cool : Tengok keadaan la.

Munir : Tengok keadaan macam mana?

Cikgu cool : Kalau kamu dah kawin dengan perempuan tu boleh la kot.

Munir sengih-sengih lagi. Okay, tak boleh handle.


Scene 2

Nabila : Cikgu, kenapa cikgu macam diam je? Dah berapa hari dah.

Cikgu cool : Mana ada.

Nabila : Ada. Cikgu sakit ke? Ke cikgu ada masalah?

Cikgu cool : Ha'ah, cikgu sakit. Kan cikgu cakap aritu cikgu dah nak mati.

Imran Hazry tiba-tiba menyampuk.

Imran Hazry : Tapi cikgu tak mati pun?

Cikgu cool : Ok lah, esok cikgu matilah, tak datang sekolah dah.


Scene 3

Koridor kat luar kelas 1 Excellent. Beratur untuk check gigi.

Zulhafiz : Cikgu, nanti berdarah tak?

Cikgu cool : Mestilah berdarah. Baru best!

Imran Hazry : (sambil tunjukkan gigi) Cikgu, gigi kita cantik tak?

Cikgu cool : Boleh la.

Imran Hazry : Kalau gigi cantik, doktor tak cabut kan?

Cikgu cool : Kalau cantik lagi la doktor suka cabut. Kasi berdarah banyak. Darah tu nanti boleh derma kat hospital.

Imran Hazry : Eeeeee, cikgu ni jahatlah!


Scene 4

Lokasi : Padang
Aktiviti : Training bola baling


Intan Sakinah : Cikgu ni rock lah!

Cikgu cool : Nak buat camne kan? Hehe.

Intan Sakinah : Cikgu, kalau cikgu pergi dinner ke, hi-tea ke, mana-mana ke, cikgu tak pernah make up ke?

Cikgu cool : Leceh la.

Intan Sakinah : Leceh apa nya?

Cikgu cool : Ye la, leceh la. Semua tu sementara je. Takde yang kekal dalam dunia ni. Hehe.

Intan Sakinah : Cikgu pergi sekolah pun tak make up. Cikgu make up la, mesti cantik.

Cikgo cool : Tu yang cikgu malas tu. Nanti kamu tak boleh belajar. Asek nak tengok cikgu je. Hehe.

Intan Sakinah : Alaaa, hari tu cikgu pakai kebaya yang macam baju cina tu cantik la. Make up la. Cikgu pakai blusher tau, cikgu!

Cikgu cool : Ok lah, kang cikgu pegi beli. Okay?


 Meja paling rare. Dah seminggu lebih keadaan meja ni camtu. Tak terurus. Macam tuan dia.


Tamak tak ash tray sampai dua? Padahal duduk seketul je. Takde function.
 

Gambar ni yang aku kasi kat kerani untuk borang sah lantikan hari tu. Aku tak tau la orang SPP nak cakap apa. Sama ada "Eh, cool gila budak ni. Kena cepat-cepat sah lantikan dia ni." atau pun "Call guru besar SK Tok Sera cepat! Ni cikgu ke apa ni?"






*Ntah apa-apa milo ais kat Taj tadi. Tosey lembik semacam. Pernah dengar lagu Dewa nyanyi tak? Di dalam keramaian aku masih merasa sepi, sendiri memikirkan kamu... Okay, tak cool

Monday, February 21, 2011

SMS dan MMS.

Macam-macam SMS aku dapat hari ni. Haha.


Ain : Jom gi KL nak?

Ni memang tak memasal. Haha, ni rindu ajak melawat IPBA tercinta la ni.


Tojo : Rasa macam nak makan la.

Ni lapar tak tentu hala. Shikenn, tolongla masuk meminang dia ni cepat sket. Haha!



Tapi paling tak boleh blah bila dapat MMS daripada boxing champion ni.

Jangan buat muka seksi camtu boleh tak? Mak tergoda tau, nokksss!! Hahaha! Dahla amek gamba muka sekerat-sekerat.

Haaa, nak sangat jadi Tom Selleck kan? Haha, aku kan memang punya minat mendalam bab melukis conteng-conteng ni, maka jadilah kau Tom Selleck yang kau agungkan sangat tu.


Suka hati kau je sign autograf atas gitar aku tu. Morello laa sangat. Kau ingat sekali kau main lagu-lagu favourite kau tu, Starbucks nak hire kau laa??? Memang taaakkk laa kan. Haha!


Man, balik cepat okay. Lambatnya Rabu. Sorry tadi tak boleh teman kau lunch sebelum kau gerak pergi. Kau ingat kau je rindu aku? I miss you too, dudd! Siap MMS gambar tu yang tak boleh handle tu. Haha! Balik la cepaaaattttttt!!!



*Okay, kerja melambak ni. Kereta tak cuci lagi. Gaji, tolonglah segera datang!

Saturday, February 19, 2011

Sangat perit ye.

1. Okay, adalah amat memeritkan bila pada hari Sabtu yang cemerlang macam ni, kau kena bangun pagi untuk pergi sekolah. Tak cool, okay.

2. Baru perasan kat follower tu dah jadi sepuluh. Hehe. Mekasih la.

3. Aku dah ikot jejak langkah Zhaa untuk mengabaikan facebook. Haha.

4. Dah lama tak merasa bihun sup hasil tangan anak-anak arwah Uncle Sukarni. Semalam dah nak pergi dah, tapi ada musibah pulak, so tak jadi.

5. Kak Dibah (cikgu kat sekolah) cakap dia dah pernah nampak aku dengan someone, tapi dia senyapkan aje. Haha, aku dah tau dah tu. Mesti nampak aku berjalan tanpa hala tuju dengan Tojo bungok tu. Dah kena explain. "Kak Dibah, tu bestfriend tu. Kawan sejak sekolah lagi. Dia dah ada girlfriend dah pun. Kalau Kak Dibah baik hati, Kak Dibah kasila si Fatihi tu kat saya. Hahaha."  Okay, Fatihi tu anak Kak Dibah. Baru darjah 6. Tapi chumel gellll. Fidofilia tak aku? Haha!

6. Aku janji nak cuci kereta, tapi aku tak cuci lagi. Errrkk, maksud aku, hantar carwash. Hehe.

7. Folio A dan Folio B panitia Muzik tak siap lagi. Kena setel 22 haribulan. Mati.

8. Tadi selamba gila, aku kasi budak-budak buat latihan sistem notasi, aku main gitar kat belakang. Tapi tu kira aku entertain diorang la. Diorang pun buat je kerja diam-diam.

9. Mural kat tembok pagar sekolah tu tinggal sikit lagi. Sketch border dia sikit, dah boleh colour dah.

10. Aku still tak siapkan laporan orientasi darjah satu hari tu. Gila tak? Dah sebulan lebih.

11. Dulu masa first-first aku struggle belajar main gitar, it was Yamaha classical. Tali memang lembut. Lembut-lembut pun, ternoda jari-jemari kudus I ni tawww. Masa tu lagu pertama yang aku berjaya main "Doa Buat Kekasih". Last-last aku jual gitar tu sebab banyak sangat kenangan. Aku kan jenis manusia yang tak mampu berdepan dengan kenyataan, maka memang tak mampu berdepan dengan kenangan, aku juallah gitar tu.

12. Apeezz nak kawin bulan 3 ni. Best gila!!!

13. Aku rasa aku lagi enjoy ajar darjah satu la. Camne ni? Dah jatuh cinta dengan pekerjaan sendiri.

14. Aku happy gila hari ni. Sebab anak-anak murid aku ramai suka lagu "Talking To The Moon" yang aku ajar kelmarin. Diorang request nyanyi lagi lagu tu next week.

15. Wehh, aku nak tanya. Korang pernah tak hantar mesej guna number sendiri, kepada number sendiri? Hehe, aku rasa dulu zaman-zaman bangang dulu aku dengan kawan aku pernah try buat. Macam best jugak dapat mesej daripada diri sendiri. Boleh dapat mesej-mesej yang berbunyi "Fafa cool", "Fafa best", "Fafa cemerlang" dan pelbagai lagi jenis mesej rasukan sendiri. Haha.

Friday, February 18, 2011

Takkaaannn laa tak boleh.

Lokasi : Dataran perhimpunan
Barisan kelas 1 Excellent


Budak-budak ni semua pakai baju melayu dan baju kurung, sempena sambutan Maulidur Rasul hari ni.

Cikgu cool : Imtiyaz, baju Imtiyaz cantikla. Cikgu nak pinjam boleh?

Imtiyaz : *Sengih-sengih*

Harith : Mana muat cikgu pakai.

Cikgu cool : Muat la.

Harith : Tak muatla. Kalau anak cikgu muatla.

Cikgu cool : Cikgu takde anak la.

Harith : Cikgu belum kawin? Cikgu kena kawin la, baru boleh dapat anak.

Cikgu cool : Tak kawin pun boleh je dapat anak.

Harith : Haaaa? Boleh ke?

Cikgu cool : Eh, takkaaaaaannn laa tak boleh. Hehe.





Okay, beberapa minit lepas tu baru aku terfikir balik yang tadi tu aku bercakap dengan budak darjah satu. Mati aku kalau diorang cerita kat parents diorang.

Thursday, February 17, 2011

Kaya ke??

Lokasi : Depan kelas 1 Excellent


Aku nak ambik barang kat dalam kereta kalau tak silap masa tu. Aku bukak pintu kereta, dan masa aku nak tutup balik tu, Insyirah Mizana tegur dari dalam kelas dia.

Insyirah Mizana : Tu kereta cikgu ke?

Cikgu cool : Yela, takkan kereta kamu pulak.

Insyirah Mizana : Kayanya cikgu pakai kereta tu.

Okay, pakai Persona kaya? Macam mana pulak Kak Pah yang drive BM pegi sekolah tu? Tu belum kira kereta Datin Harlina.

Lepas ni aku nak try bawak Cagiva Raptor pulak datang sekolah.

Wednesday, February 16, 2011

Please, please, please.

Muka dia dah lain macam.

"Faa, please, Faa... Jangan buat aku macam ni, Faa."

Ni yang aku lemah ni. Scene merayu-rayu. Aku pandang dia lagi.

"Jangan buat aku macam ni, Faa. Kau dah tak sayang aku lagi ke?"

Okay, ni lagi tak boleh handle. Dah sampai tahap meragui ketulusan hati aku.

"Bila aku cakap aku tak sayang kau?"

"Habis tu, kenapa kau buat macam ni? Seolah-olah kau tak nak bertanggungjawab. Aku rasa diri aku ni kotor, jijik!"

Aku senyum. "Aku terima kau seadanya. Aku tak kisah. Lagi kau kotor, lagi aku suka."

"Kau fikir apa yang kau suka je. Kau tak fikir apa orang lain cakap. Aku malu!"

"Biarlah orang nak kata apa. Dah aku suka kau macam tu, nak buat macam mana?"

"Faa, please, Faa..." Dia buat suara manja mengada-ngada lagi. "Aku sedar aku ni bukan pilihan sebenar kau."

Okay, ni bertambah-tambah tak boleh handle.

"Jangan nak cakap soal pilihan sebenar ke tak. Aku dah pilih kau. Aku terima kau seadanya."

"Tapi, Faa, aku rasa diri aku ni kotor sangat. Aku tau orang pandang serong pada aku."

"Itu orang lain. Aku lain. Jangan samakan aku dengan diorang. Sekotor mana pun kau, hati aku takkan berubah. Aku akui kau memang bukan pilihan sebenar aku, tapi aku rasa makin lama aku makin sayang kau."

"Tapi kau pernah ada niat nak cari lain kan?"

Aku telan liur.

"Okay, memang la aku pernah ada niat nak cari lain. Ye laa, aku ni kan mata keranjang. Tapi itu aku niat je. Malaikat pun, kalau kita niat nak buat mende tak baik, dia takkan tulis dulu. Bila kita dah buat baru dia tulis."

"See?? Kau memang dah tak sayang aku!"

"Kau ni kan... Kau saje je kan keluarkan isu ni?"

"Dah memang kau tak sayang aku!"

"Pernah ke aku cakap?"

"Memang kau tak pernah cakap. Tapi perlakuan kau tu."

Aku mengeluh. "Aku kan ego. Kau kena faham tu. Tak sama cara tak bermakna tak sama hati. Tu polisi aku."

"To hell with your policy! Buktikan yang kau memang sayang aku!"

Aku gigit bibir. Bab nak buktikan ni memang lemah. Memang menduga.

"Ahhh, yelah, yelah! Esok pas sekolah aku hantar kau pergi car wash kat belakang Megamall tu. Dah, tak payah nak membebel diri kau kotor la, jijik la. Esok diorang polish kau cantik-cantik. Cool?"

Dia dah senyum lebar.


Ya, bila dengan kau, aku rasa alive gila!Nanti aku dapat gaji kita tukar plat depan yang dah retak tu eh? Kita betulkan allignment, lagi apa lagi yang kau nak aku buat?



Monday, February 14, 2011

Kaget.

Lokasi : Darjah 1 Excellent
Masa   : 11.50 pagi hingga 12.50 tengah hari
Subjek : Dunia Seni Visual

Watak Satu : Kenapa muka cikgu macam orang sakit? Cikgu sakit ke?

Seriously, hari ni je dah berapa ramai cakap muka aku pucat macam orang sakit. Tapi kat cikgu-cikgu lain aku jawablah sebenarnya aku ni kaki lepak, pukul berapa baru reti nak balik rumah.

Watak Dua : Ha'ah, tangan cikgu kurus sangat.

Cikgu cool : Ha'ah, cikgu sakit. Dah tak lama nak mati. Hehehe.

Watak Tiga, Empat, Lima, Enam dan seterusnya: Hahhhh???

Watak beramai-ramai : Cikgu, janganlah mati. Kita sayang cikgu!

Beramai-ramai datang peluk aku.

Aku kaget. Dah lama gila tak rasa kasih sayang jujur macam ni. Kalau tak sebab control macho, memang dah keluar air mata gamaknya.





*Best jugak menipu ni sebenarnya. Heh heh heh.

Wednesday, February 9, 2011

Cakaran budak.

Konsepnya, ni bukan cakaran tiger yang kononnya mampu mengeratkan hubungan suami isteri tu. Bukan.

Aku masuk 1 Excellent untuk subjek Muzik tadi. Bila semua dah ready untuk nyanyi dan buat gaya-gaya sekali, music dah on, baru excited buat gaya bagi peringkat intro, aku nampak Najmi dah terjerit-jerit kat belakang, sambil tangan dia berebut sesuatu daripada Zulhafiz. Terus aku pun jerkah, "Wehhh!!!" Dan off radio kejap.

Aku pergi kat diorang yang tetap jugak tarik-menarik pensel yang kelihatannya agak fancy, kaler biru itu. Najmi dah menangis-nangis sambil hentak kaki bila Zulhafiz berjaya merampas pensel tu. Semua dah berkerumun kat tempat kejadian.

Cikgu cool : Ni kenapa ni?? (Suara konon samseng)

Najmi : Tu pensel saya! Saya yang beli.

(Insyirah Mizana membelek pencil case Najmi dan tunjuk kat aku)

Insyirah Mizana : Ha'ah, cikgu, dah takde! (Merujuk kepada pensel tersebut)

Aku tak puas hati. Aku tanya sekali lagi.

Cikgu cool : Ni pensel siapa sebenarnya?

(Entah siapa entah yang tukang jawab beramai-ramai tu)

Jawapan dua tiga ekor budak kecik : Tu pensel Najmi. Tadi ada dalam bekas pensel dia.

Aku dah pandang Zulhafiz. Muka dia memang tak boleh blah. Macam dendam gila. Pastu si Shiqin yang berdiri kat sebelah Zulhafiz terus rampas pensel tu dari tangan Zulhafiz dan hulur pada Najmi. Najmi ambik pensel dari Shiqin tu.

Aku pegang muka Najmi.

Cikgu cool : Dah, Najmi jangan nanges.

Fergghhh, penyayang kan aku???

Aku pandang Zulhafiz yang dah macam seladang tengah marah kuis-kuis kaki.

Cikgu cool : Kenapa Zulhafiz buat macam tu? Tu kan pensel Najmi?

Dia tak jawab. Muka dia jadi makin bengis.

Cikgu cool : Kenapa buat macam tu? Tak baik ambik barang orang lain. Salam, mintak maaf dengan Najmi.

Dia mengundur sedikit, dengan muka masih penuh dendam.

Cikgu cool : Zulhafiz, cikgu kata salam dengan Najmi, mintak maaf sekarang jugak.

Okay, aku tau kita tak boleh paksa orang untuk bermaaf-maafan. Aku baru perasan yang budak-budak lain masih berkerumun.

Cikgu cool : Yang lain balik tempat masing-masing!

Baru setapak dua budak-budak tu melangkah, aku cuba pujuk Zulhafiz.

Cikgu cool : Dah, Zulhafiz. Cikgu tak marah kamu. Pergi balik tempat.

Masa tu aku nak pegang bahu dia, nak suruh dia balik tempat duduk dia, tapi dia buat keras tak nak berganjak, dan-dan tu jugak tangan dia melibas kat tangan kiri aku. Aku dah rasa perit-perit semacam. Terus aku selak lengan baju. Dah berbirat merah kat situ.



Cikgu cool : Kenapa buat cikgu macam ni? Tengok ni tangan cikgu dah merah. Sakit ni, tau tak?

Zulhafiz dah start menangis. Aku paling suka part ni. Aku paling suka part bila mana aku cakap dengan nada paling lembut, tapi berjaya buat budak menangis.Aku memang suka bila budak menangis camni.

Budak-budak lain yang baru nak duduk setelah berkerumun tadi, terus patah balik nak tengok lengan aku.

Aku lupa watak siapa : Eee, kesian cikgu. Tangan cikgu dah merahlah.

Watak lain beramai-ramai : Mana? Mana? Heee, ha'ah laa. Kesian cikgu.

Semua dah tengok Zulhafiz dengan muka tak puas hati.

Cikgu cool : (konon cuba berlagak relax lagi) Dah, Zulhafiz. Pergi balik tempat.

Zulhafiz buat keras, berdegil lagi.

Cikgu cool : Pergi la balik tempat.

Zulhafiz buat muka macam seladang lagi. Aku dah hangin.

Cikgu cool : Ahhh, suka ati kamu ahhhh!!!

Aku terus on radio dan bergegak-gempita dengan budak-budak lain. Lantaklah Zulhafiz kat tengah-tengah tu.

Loceng bunyi, diorang pergi rehat. Zulhafiz masih di situ.

Dah memang dasar penyayang, aku pergi dekat dia. Sambil peluk-peluk bahu dia.

Cikgu cool : Dah, Zulhafiz. Pergi makan. Nanti lapar.

Dia geleng kepala.

Cikgu cool : (dengan suara paling keibuan) Pergi laa. Nanti lapar. Ada duit tak? Cikgu bagi duit eh?

Saat itu aku dapat melihat anggukan kepala paling laju di dunia.









Skang cakap kat aku, siapa kata duit tak mampu beli hati manusia?

Monday, February 7, 2011

Memang cemerlanglah.

Lokasi : Darjah 1 Excellent
Masa   : 11.50 pagi - 12.50 tengah hari
Mata pelajaran : Dunia Seni Visual

Scene Satu

Insyirah Mizana : Cikgu, cikgu ada anak tak?

Cikgu cool : Cikgu belum kawin laa.

(Tiba-tiba Nabila menyampuk dari jauh)

Nabila : Abes tu bila cikgu nak kawin nya?

Cikgu cool : Bila-bila je lah. Bila cikgu kaya.

Insyirah : Takkan la takde orang suka cikgu?

Cikgu cool : Takde.

(Tiba-tiba Munir kat depan menyampuk)

Munir : Takde??? Kesiannyeeee cikgu. (Nada macam sarkastik gila)



Scene Dua

Sadia Balqis : Cikgu, tadi kan, time Bahasa Melayu tadi kan, Munir cakap dia suka cikgu.

(Munir di sebelah sudah menyorokkan kepala di bawah meja)

Cikgu cool : Munir suka cikgu ke, Munir??

Munir : Mana ada. (Muka masih disorokkan di bawah meja)

Cikgu cool : Kalau tak suka, tak payahlah sorok-sorok muka kat bawah meja. 

Sadia Balqis : Dia cakap cikgu macam mak dia.

Sama ada aku nampak seperti mak-mak yang dah tua, atau Munir yang hanya berusia 7 tahun itu merasakan aku sangat baik, cool, dan penyayang seperti emaknya?? Aku pilih tekaan kedua. Ok?


(Tiba-tiba Insyirah Mizana datang dan menyampuk)


Insyirah Mizana : Kita suka cikgu sebab cikgu CANTIK. (maaf, tercaps lock dan terbold plak)

Cikgu cool : Cikgu tak cantiklah. Jangan cakap cikgu cantik, cakapla cikgu cool.

Insyirah Mizana : Cool tu apa?

Cikgu cool : Cool tu macam best la lebih kurang.


Scene Tiga

Amirul : Cikgu, kenapa rambut cikgu macam merah-merah? Cikgu kaler rambut ke?

Cikgu cool : Taklah. Memang cikgu lahir-lahir je rambut cikgu dah macam tu

Amirul : Hebatnya rambut cikgu! (Sambil tersenyum, bersama sinaran mata yang jujur)


Pemegang watak Munir. Sarkastik gila budak ni.

Imtiyaz. Aku asyik berkejar ke kereta semata-mata nak bagi dia tisu lap hingus. Tadi aku bagi dia satu pack terus.


Shiqin. Bila pagi-pagi aku sampai sekolah dan parking depan kelas dia, dia akan berdiri depan kereta aku dengan muka terkemut-kemut macam ni.

Amirul yang bertanya perihal rambut.

Bersama peminat. Tukang ambik gambar ialan Imran Hazry. "Cikgu, ayah saya pun pakai blackbeghy. Saya tau nak ambik gambar guna blackbeghy."





Balik ke sekolah, ambik my best buddy dan menuju ke shopping complex. Sempena mencuci kereta kat belakang Megamall. Dan jugak aktiviti makan.
 
 
 Lokasi budak-budak ponteng sekolah. Haihh, budak-budak ni.


Erkkk, cikgu buat apa kat sini?






*Kereta dah berkilat luar dalam. Tapi bonet bersepah. Macam harrr.

Sunday, February 6, 2011

Nasik dan perempuan cantik.

Nasik ni macam perempuan cantik bagi lelaki. Irresistable.

Tojo condemn aku tak makan nasik. So, gua tak makan nasik, gua okay. Gua tak lesbo. Okay, Tojo??

Memang dah lama gila aku tak makan nasik.

Ohh, aku ingat nak upload gambar Tojo masa form six, memandangkan Shikenn pon gelak gila bila bukak muka surat yang memaparkan wajah Tojo dulu tu. Tapi nanti lah. Kasi chance sama Tojo. Kan Shikenn kan?




*Tadi salam dengan Fynn Jamal kt TC. Dia friendly gila.=)

Thursday, February 3, 2011

Dalam kereta.

Ya,aku dalam kereta ni. Tunggu Shikenn dengan Tojo yang nak tukar tiket bas balik KL. Tojo hangin Shiken beli tiket hari Sabtu. Lama dah aku tunggu dalam kereta ni. Aku tak tau apa yang lama sangat diorang buat kat dalam terminal tu. Dah join kerja jual tiket ataupun dah bertukar jadi bas Bulan Restu. Konsepnya, dah banyak gile blog orang yang aku jengah, sampai siap baca older pos, tapi makhluk dua ekor ni tak muncul-muncul. Aku risau. Bukan risau apa, tapi risau aku yang dok dalam kereta ni yang kena kidnap. Yela, muka comel macam I ni kang orang geram tak memasal, pecahkan cermin kereta dan terus tarik keluar. Haaaaaa..... (Okay,scene puji diri sendiri memang tak boleh blah).

Mana diorang ni? Serius dah lama gila aku dalam kereta ni. Enjin kereta Tojo ni on dari tadi. Membaziaqq minyak jerrr.

Bangun tidur tadi aku gosok gigi, pastu terus ngadap laptop untuk masukkan data SMM.SMM ialah sistem maklumat murid. Aku kena buat untuk darjah 3, 4, dan 5. Satu kelas ada la dalam 30 lebih budak, jadi bayangkan kalau aku kena buat untuk 12 kelas. Bunyi macam sikit, tapi lihatlah fail yang dah bertimbun-timbun dalam bilik aku. Tu belum tengok fail yang dalam kereta. Tapi jangan ingat aku tak mandi sampai saat ni. Aku mandi sebelum keluar ni tadi, okay.

Okay,makhluk dua ekor ni tak muncul-muncul lagi dari dalam terminal. Aku kena buat panggilan skang. Bye.