Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Friday, December 31, 2010

Dah last minute ni.



Apa yang aku buat pada hari terakhir 2010 ini ialah pegi gunting rambut. Aku nak alter sikit-sikit je tapi amoi tu alter lebih-lebih plak, maka aku dah tak mampu nak halang dia sebab segalanya berlaku begitu pantas, maka hasilnya memang rambut macam jantan. Tak feminin langsung. Pastu amoi tu membebel cakap aku ni asyik rambut pendek je, tiap kali datang suruh potong. Aku sengihkan aje. Pastu dia dok tanye apa aktiviti aku malam new year, aku jawab takde apa, dok umah je. Dia cakap malam ni ada event apa entah kat megamall ni haa. Aku sengih lagi.

Aku takde harapan apa-apa sangat pun sempena 2011 ni. Ohh, ada. Mungkin aku patut buat plastic surgery. Haha. Okay, tak kelakar.

Aku tunggu perkhabaran gembira dari bank ni. Semoga cepat duit bonus aku masuk.

2 comments:

  1. Semuga biasiswa aku jugak diluluskan. Sila sbut 40x. Okay semua mesti pasal duit eh? Haha.

    ReplyDelete
  2. Hehe, sebab duit tu adalah nikmat dunia.

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.