Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Thursday, December 9, 2010

Aku takde idea langsung diorang tu sape.

Aku nak ingatkan yang ibu-ibu mengandung atau sape-sape yang ada sakit jantung adalah tidak digalakkan membaca entry ini. Kanak-kanak di bawah umur sama ada yang belum bersunat atau pun dah, juga tidak digalakkan membaca entry ini, melainkan dengan bimbingan mak ayah. Okay?

Dunia ni ada macam-macam. Tapi ada satu perkara yang aku alami, yang aku masih tak paham. Hal ni dah jadi lama. Dan makin lama, semakin menjadi-jadi. Makan bertahun. Ya, bertahun-tahun. Ada la dalam tujuh tahun dah kalau ikot perkiraan aku. Tujuh tahun tu kalau ikot perkiraan berdasarkan kekerapan mende tu. Tapi sebelum tu ada berlaku, cuma selang bertahun-tahun. Jadi aku tak tau macam mana nak buat perkiraan. Kan aku dah kata aku lemah matematik? Tapi sampai skang aku tak tau diorang tu sape, dan apa yang diorang nak dari aku. Well, basically aku tau la diorang tu sape. Cuma aku tak paham apa yang diorang nak.

Kronologinya :

Aku tak ingat tahun bila. Tapi masa tu aku sekolah rendah. Dalam darjah dua atau tiga, camtu la. Masa tu ayah aku kerja dengan Jabatan Hutan. Jadi, dia selalu takde kat rumah. Selalu keluar masuk hutan. Aku dengan adik-adik tidur kat bilik mak. Tidur bawah, bentang tilam. Aku tidur paling dekat dengan almari baju mak abah. Almari tu belah kanan aku. Kira jaraknya dalam 2-3 jengkal je dari pembaringan aku. Malam tu aku ingat ayah aku balik masa tengah-tengah malam kitorang seme dah tidur. Sebab aku rasa macam dia berdiri kat tepi almari tu. Aku tak tau camne aku boleh terjaga, tapi dalam gelap-gelap tu aku nampak sepasang kaki yang mengadap almari tu. Tapi takde pergerakan. Cuma berdiri semata-mata. Esoknya, bila bangun pagi, aku tanya mak aku, ayah aku balik ke malam tadi, mak aku cakap ayah aku lambat lagi balik. Dalam hutan lagi. Herannya, aku sikit pon tak cerita kat mak aku apa yang aku nampak malam tu.

Masa arwah nenek aku ada, dia duduk dengan kitorang. Masa tu kitorang duduk kat Sungai Isap, rumah tu perumahan rumah kayu. Ala-ala rumah kampung, ada tangga sebagainya. Pastu aku ada dengar mak ayah aku macam gosip-gosip yang arwah nenek aku dengar orang mencangkul bawah rumah kitorang waktu tengah-tengah malam. Masa tu aku budak-budak, aku tak ambik pot sangat hal-hal dunia camtu.

Tahun 2000 pindah rumah. Ada beberapa kali masa tengah tidur malam, aku terjaga dan dalam kegelapan bilik tu, aku masih mampu nampak asap keluar dari dinding bilik di tepi katil aku, iaitu betul-betul dinding sebelah aku. Nak kata terbakar, api takde. Pon aku tak layan dan tak cerita pada sape-sape.

2002, mak ayah aku beli rumah baru. Pindah lagi. Tahun 2003 aku masuk UiTM Dungun. Ada sekali tu, masa kat hostel, aku get ready nak tidur. Bilik aku dah gelap. Rumet aku yang sorang tu dah tidur. Yang sorang lagi takde sebab pergi rombongan. Aku baca ayat kursi sebelum tidur, tapi aku tertidur masa tengah-tengah baca ayat kursi tu. Pastu aku tersedar, ada satu benda hitam dan agak besar, duduk kat tepi katil aku, dalam jarak sejengkal macam tu. Aku cuba untuk azan, tapi suara aku macam tak keluar. Aku cuba dan cuba, sampaila dia lesap macam tu je. Bila dia dah lesap, yang aku ingat, aku tercungap-cungap masa masa tu.

Aku quit UiTM enam hari sebelum final exam second sem, sebab aku dah fed up dengan subjek-subjek yang aku amek masa tu. Kalau quit lepas exam, nanti orang kata aku kene tendang dari universiti, maka biarlah aku yang blah dulu. Saje nak bagitau, sebab cerita berikutnya berlatarbelakangkan institut perguruan, kang korang pelik plak camne aku boleh tiba-tiba ada kat maktab plak. 

Aku masuk maktab tahun 2004. Tapi start 2005, hidup aku mula berubah dengan drastik. Masa tu aku takde rumet. Bilik tu aku dok sorang. Tiap malam ada je yang datang ziarah bilik aku. Terutamanya waktu aku baru-baru nak lelap mata. Ada sekali tu, ada kaki panjang berdiri atas katil. Kaki tu sangat kurus dan panjang, tapi aku tak tergamak nak pandang sampai ke atas.  Tu belum kira yang dok kat luar tingkap dan dia cakap dia datang dari jauh nak jumpa aku. Jangan tanya apa perasaan aku masa tu. paham-paham sendiri ajelah. Dan pernah ada perempuan datang berdiri hujung katil aku, rambut panjang, pakai baju putih, dia marah-marah. Aku tak paham apa yang dia marahkan. Tapi aku tau dia marah sampaikan bilik aku bergegar dan bunyi bising. Bila aku azan, dia ambik masa yang lama untuk blah. Pon aku tak paham. Macam-macam lagi la masa tu. Hostel kat maktab aku adalah satu-satunya hostel maktab yang berbentuk apartment. Herannya, dalam rumah tu, aku sorang je yang kena macam tu, kalau nak kata rumah tu berhantu. Ada sekali tu, aku tertidur kat hall rumah tu,  pastu aku terjaga bila ada budak kecik berlari keliling aku yang tengah baring kat situ. Main kejar-kejar ke apa, tu aku tak tau. Aku pergi amek exam MUET pon, aku rasa ada mende follow mana aku pergi. Aku balik Kuantan, abah suruh berubat.

2006, aku pindah bilik. Azu yang jugak klasmet aku, jadi rumet aku. Still rumah yang sama, tapi bilik lain. Pon macam-macam yang mendatangi aku. Semenye datang waktu aku baru-baru nak lelap. Kadang-kadang aku bengang sebab aku betul-betul tengah mengantuk, diorang datang dengan pelbagai bentuk dan rupa. Tu belum kira yang datang berdiri kat hujung kaki aku, atas katil, pastu nak main tarik-tarik aku dengan kain putih amende entah. Malas nak layan. Sekali aku azan, lesap. Tu pon ambik masa nak lesap. Pernah sekali tu kitorang sekelas pergi satu sekolah kat Kuala Tahan, sebab sekolah tu kira sekolah di bawah program maktab, ada program English Camp masa tu. Masa jalan ramai-ramai nak pergi toilet, aku sorang je nampak ada perempuan rambut panjang baju putih tengah duduk kat kerusi kat open hall sekolah tu.


2007, aku pindah rumah depan, kali ni ada dua orang rumet. Masih Azu dan ditambah dengan Dayah, yang jugak klasmet aku. Pon macam-macam yang datang waktu aku baru nak tidur. Setakat perempuan pakai kain sembahyang tu dah kira lali dah. Semenye stok berdiri tepi dan hujung katil. Kadang-kadang sian kat Azu dengan Dayah, sebab terjaga tengah tidur disebabkan dengar suara tersekat-sekat aku yang cuba untuk azan, tapi tak kedengaran dengan jelas. Bila diorang terjaga, mende tu pon lesap. 

2008, aku pindah blok. Saje-saje nak merasa dok blok lain plak. Sepanjang 2008 dan sampailah 2009, iaitu final year, lagi kencang mende-mende tu tunjukkan diri. Diorang ni pandai tau. Mula-mula diorang akan masuk dalam mimpi aku, tapi pastu bila aku terjaga, tengok-tengok memang dah ada kat tepi katil. Pernah jugak masa aku baru nak terlelap, aku degar pintu bilik aku macam kena tendang, sambil tu ada bunyi macam jerkahan. Sedar-sedar dia dah berdiri sebelah katil aku. Ada sekali tu, dia tumpang dok kat hujung katil aku, pastu dia gelak-gelak lahanat. Gelak-gelak jahat. Kalau setakat nak gelak-gelak kat hujung katil tu takpe lagi, ni dia suka-suka je gelak betul-betul kat depan muka aku. Saje nak bikin aku panas. Bila dia blah, aku cepat-cepat  berlari pergi bukak lampu bilik, sambil mencarut-mencarut. Tak main carut-carut bahasa melayu ni. Mencarut omputeh. Tak tau apesal, tapi bila mende-mende tu datang je, surely english proficiency aku up semacam je. Part mencarut je la. 

Tu belum kira yang dia berdiri depan loker aku, siap keluarkan entah angin ke apa, tapi keluar dari mulut dia, punyala lebat dan laju macam air dari paip bomba, straight angin tu tuju ke pintu bilik. Ala-ala kuasa abugit gitu, tapi kuar dari mulut. Masa tu bilik bergegar , sampai aku tak tau macam mana nak describe gegaran tu. Herannya, rumet aku si Sapikah tu relax je tidur. Aku tak tau apa motif dia tunjukkan kuasa-kuasa dia tu kat aku. Nak kata aku tertakjub, adela sikit, tapi aku tak tau apa motif dia buat camtu. Bila dia blah, macam biasa aku berlari pergi on kan suis lampu, sambil mulut mencarut-carut perkataan seperti shitted, asshole, stupid ass, ugly dick dan pelbagai lagi. Jahat kan diorang? Tak pasal-pasal aku jadi pencarut bila malam menjelang. Kadang-kadang, bila semua orang dalam rumah keluar, aku tau aku tak dok sorang. Aku tau ada mende lain yang temankan aku. Kadang-kadang aku tengah solat pon, aku tau ada mende dok belakang aku. Sama la bila aku baca quran. Mimpi-mimpi aku pon selalunya mimpi-mimpi ngeri, mimpi seram dan pelik-pelik. Mimpi kena kejar binatang buas, anjing, babi hutan, kala jengking, harimau, budak kecik. 

Akibat mulut aku yang suka mencarut setelah diziarah mereka, yelah, dah aku bengang kan? Maka yang paling aku tak boleh blah ialah, mende tu siap nak duduk atas muka aku lagi. I saw the ass. Serious hell ni. Aku tak tipu. Aku yang alami, aku tau la. Mungkin korang rasa klakar, tapi cuba korang alami sendiri, rasa sendiri. Tau la macam mana.

Kalau nak kira, macam-macam lagi yang dah jadi. dan macam-macam jugak yang aku carutkan. Tapi paling horror masa aku start kerja kat JB. Awal tahun 2010. Tahun ni. Baru posting. Masa tu aku stress kerja. Stress dengan orang atasan. Tengah-tengah aku mengajar, elok je ada observer kat belakang kelas. Rambut panjang, jubah hitam. Muka nampak tak nampak, tapi area mata dia macam hitam dan cengkung. Japgi kang dia lesap, pastu ada kat koridor luar bilik darjah plak. Ada sekali tu, tengah aku ajar muzik, tulis not-not kat whiteboard, aku perasan mende tu dah ada kat pintu kelas, aku toleh dan aku tengok. Aku perasan student aku yang dok kat depan tu tengok kelakuan aku, dan dia tanya "Cikgu tengok apa?". Bila malam plak dia muncul kat tepi aku masa tengah tidur. Kadang-kadang bila aku berjalan dalam kawasan sekolah, ada suara kat telinga aku, tanya aku nak pergi mana, nak buat apa. Tu belum kira dia rendahkan lagi self-esteem aku, bisik kat telinga aku dengan mengatakan aku ni tak berguna dan orang macam aku tak layak jadi cikgu. Aku bau mende-mende busuk. Tak tau nak cakap busuk macam mana, tapi memang busuk. Serious busuk. Macam tu la hari-hari. Sampaila aku kena jumpa psikiatris dan doktor classify aku schizophrenia. Google lah sendiri amende schizophrenia tu. Itu dari segi perubatan moden la. Kalau dari segi tradisional atau islamiknya, aku ni kira macam kena gangguan makhluk halus.

Dari zaman kat maktab, dah macam-macam ustaz aku jumpa. Dah berubat macam-macam cara. Tapi hanya dengan ustaz la. Sebab mak ayah aku tak percaya dengan bomoh pawang amende tu seme. Darus-syifa je dah banyak kali aku pergi. Kat tempat yang Harun Din tu pun aku dah pernah pergi. Macam biasala, kalau ustaz-ustaz ni, dia takkan nak bagitau detail sangat apa dan kenapa aku kena macam tu, atau angkara sape. Tapi diorang cuma cakap ada mende yang  nak menumpang dalam badan aku. 

Last aku berubat, dengan kawan ayah aku. Dan skang aku dah baik. Alhamdulillah la. Dan aku dah dapat transfer ke Kuantan bulan Julai aritu, atas surat doktor pakar psikiatris yang meminta supaya aku duduk berdekatan dengan family, maka kementerian luluskan. Aku dah tak nampak mende-mende tu seme. Dan aku dah tak boleh rasa kehadiran diorang. Kalau dulu, duduk sorang dalam bilik, aku tau aku tak dok sorang. Kalau dulu aku asek rasa ada orang perhatikan gerak-geri kehidupan aku, skang dah takde lagi dah. Kalau dulu tidur malam asek tak lena sebab diorang datang tengah-tengah malam, skang aku dah boleh tidur lena. Kalau dulu mimpi aku asek mimpi ngeri, skang dah tak ngeri dah.

Kalau ingat-ingat balik, aku memang dah lali dengan mende-mende tu, tapi sape kata aku tak takot? Takotttt. Cuma aku berlagak je macam relax. Berlagak cool tu penting okay! Sebab tu kalau tengok cerita hantu, aku takde hal. Aku relax je. Konon la. Sebab aku dah biasa alami yang depan mata, yang dalam real life.

Aku tak nafikan aku ada semacam satu perasaan rindu. Rindu nak tengok balik mende-mende yang selalu datang ziarah aku dulu tu. (Aku risau statement aku ni akan membuatkan diorang datang melawat aku ramai-ramai malam ni) 

Agak-agak diorang rindu aku tak? Hehe.

4 comments:

  1. ok..yg ko ckp ade nmpk benda kt open hall skolah kat kuantan tu..aku tak kate yg aku trnmpk tp ade org jgk yg gtau aku trnmpk smthing kat situ..aku tak sure sape..ko ke ek?
    dan ms blik dr skolah tu mmg bru tau yg ade antr kite trnmpk mende2 tu..kt toilet bwh yg kite mndi ade skali tu..aku tk igt sape yg tnmpk..

    and yes..aku tringt time ko tdo dlm blik aku tu..yg aku tido ats lntai,ko tdo ats ktil aku..mmg aku dgr pcbaan ko nk azan tu..nsb bek ain pon jns cpt tsdr jugak..cuak gk aku time tu sbnrnye..well, aku mmg penakot..nak2 gelap..so ble jd btl2 dlm blik aku tu maunye la tak cuak kan..tak yah la suh mende tu dtg lg..tk sggup tgk ko cgkung cm dlu..huhu..biala peha ko bsr cm babi pon..jnji aku nmpk ko sht dr dulu..hehe

    ReplyDelete
  2. aku cangkung? ni bile ni? seingat aku, aku x penah kene rasuk, hehe.

    ReplyDelete
  3. cengkung bengong! mmg la tak prnh kene..ehh pnh..dgn sorg pompuan yg manjeww...dn manish..nyawwwwww...hahahhaa

    ReplyDelete
  4. oh, menjawab persoalan ko, mmg yg nmpk mende kt skolah tu, orgnye ialah aku.

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.