Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Saturday, December 11, 2010

Aku nak kau sihat.

Rasa macam dah lama aku kenal kau.
Tapi sebenarnya baru tadi kau datang rumah aku dan kau duduk terlepek bawah kereta aku.

Aku bengang klinik kat Taman Guru tu doktornya tak masuk-masuk lagi. Aku menggelabah tak tau nak cari klinik kat mana. Nasib baik Babujhi teman aku, dok seat belakang tengok-tengokkan kau, dan tengok-tengokkan kiri kanan jalan, kot ada klinik. Sampai ke Jalan Beserah aku drive. Nasib baik dah hujung-hujung tu baru jumpa klinik. Masa tu dah nak dekat pukul 4.

Doktor terkejut tengok tapak kaki kau bengkak dan rompong. Kau patut masuk wad, tapi aku tak mampu memandangkan tiga hari kau masuk wad tu bersamaan dengan harga beberapa helai seluar Levi's. Maksud aku Levi's yang original. Yang kat butik dia tu. Ya, beberapa helai. Sumpah, aku tak mampu. Kalau aku mampu, aku tak kisah doktor nak tahan kau seminggu sekalipun. Aku tak kisah, walaupun aku baru kenal kau sejam yang lalu. Aku sedih sebab aku tak mampu.

Aku terus-terang dengan doktor yang aku cuma mampu kalau kosnya 200. Aku tau 200 tu tak membantu sangat pun. Doktor setakat cuci luka kau yang dahsyat tu, doktor inject kau, doktor shave sikit bulu kat kaki kau tu, supaya senang dia nak cuci luka tu, 2 jenis tablet untuk kau makan, iodin, dan doktor balut kaki kau. Aku sedih sebab aku mampu tolong part tu je.

Kau pengsan sebab injection tu. Doktor estimate kau akan sedar waktu maghrib. 

Aku tau aku kene berdepan dengan mak balik tu. Babujhi asyik tanya macam mana aku nak explain kat mak. Tapi aku relax je. Aku tak pikir pun. Yang aku tau, bila kau dah sihat nanti kau nak bawak haluan sendiri pun takpe. Asalkan masa kau sakit ni, aku jaga.

Tapi bila aku cakap kat mak apa jadi pada kaki kau, dan apa doktor cakap pasal kemungkinan-kemungkinan seperti kau mungkin akan dibedah tapi tak tau kau boleh survive ke tak, dan kaki kau mungkin akan terkurang satu, mak macam relax. Mak macam boleh nampak di mana relevennya aku bawak kau ke klinik dan bawak kau balik rumah. 

Aku sedih tengok kau lemah tak mampu bergerak. Kau terlepek je.



Aku tak pasti kau paham tak apa yang aku rasa sejak aku jumpa kau. Tapi aku paham kesakitan kau tu. Sebab aku pernah rasa.

Cuma satu je yang aku heran, masa berurusan dengan doktor tadi, aku cakap omputeh. Dengan fluentnya. Selalunya aku kena susun ayat dalam otak dulu, baru cakap kat mulut. Hehe. Aku tak tau dari mana datangnya seme tu. Tapi bila balik rumah, Babujhi siap cerita kat mak yang aku dengan doktor tu cakap omputeh. Aku rasa selama hampir sejam dengan doktor tadi, dua patah perkataan je yang aku cakap melayu. Serius aku tak tau apa dah jadi tadi. Tapi aku rasa magis itu datang dari kau.

Beberapa tahun yang lalu, aku kecewa bila doktor sahkan aku allergic terhadap kucing. Sebab aku sangat pencinta kucing. Dan aku akui, bila aku pegang kucing, mata aku rasa bisa, bengkak, berair dan akan tumbuh bintat kat muka aku. Tapi tadi, masa dengan kau, takde pun unsur-unsur allergic tu.

Dulu masa kecik-kecik, mak selalu kata, "Tu kan binatang kesayangan nabi."

Aku rasa kalau aku hilang ingatan sekalipun, aku takkan lupa part tu.



No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.