Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Friday, December 31, 2010

Dah last minute ni.



Apa yang aku buat pada hari terakhir 2010 ini ialah pegi gunting rambut. Aku nak alter sikit-sikit je tapi amoi tu alter lebih-lebih plak, maka aku dah tak mampu nak halang dia sebab segalanya berlaku begitu pantas, maka hasilnya memang rambut macam jantan. Tak feminin langsung. Pastu amoi tu membebel cakap aku ni asyik rambut pendek je, tiap kali datang suruh potong. Aku sengihkan aje. Pastu dia dok tanye apa aktiviti aku malam new year, aku jawab takde apa, dok umah je. Dia cakap malam ni ada event apa entah kat megamall ni haa. Aku sengih lagi.

Aku takde harapan apa-apa sangat pun sempena 2011 ni. Ohh, ada. Mungkin aku patut buat plastic surgery. Haha. Okay, tak kelakar.

Aku tunggu perkhabaran gembira dari bank ni. Semoga cepat duit bonus aku masuk.

Tuesday, December 28, 2010

Kadang-kadang, jarang-jarang.

Aku dah jarang update. Semangat aku hilang sejak Nyeoww takde. Jangan nak kata aku poyo.

Lately aku asek usha-usha kucing. Untuk dibuat teman. Sebab aku terlalu rindukan Nyeoww. Pernah dengar lelaki yang kematian isteri pastu cepat-cepat cari ganti? Bukan, bukan sebab dah nak menggatal. Tapi sukarnya hidup tanpa teman. Dan yang lebih sukar bila kita cari pengganti, kita nak sama macam yang dah pergi tu.

Aku nak kucing macam Nyeoww. Baik dan manja. Jantan. Kalau betina nanti dia mengandung pastu beranak-pinak tambahkan generasi kat rumah ni. Tak boleh. Aku tak boleh banyak komitmen. Cukup seekor. Macam Nyeoww.

Maka, petang-petang aku round dengan kereta, mencari kalau-kalau ada kucing tak bertuan. Ada beberapa ekor yang aku jumpa, tengah selongkar tong sampah rumah orang, dan bila aku berentikan kereta, bukak pintu dan panggil-panggil, malangnya, mereka lari. Tak mesra. Reject. Atau aku yang being rejected oleh mereka ni? Entah.

Oleh itu, secara tak memasalnya, aku nak letak gamba dalam entry ni. Gamba yang takde kena-mengena dengan apa-apa pun. Katalah aku poyo pun, takpe. Tak kisah.





Gambar yang last sekali tu aku nak salahkan fotografer sebab menyebabkan aku nampak begitu rentung, walaupun sememangnya aku rentung.

Gitar tu baru tukar tali. Tapi aku memang takde mood sangat nak main.



Nape aku rasa aku takde life ni??

Saturday, December 25, 2010

Aku rasa kecewa.

Sebab banyak perkara dalam hidup aku.

Dan jugak orang keliling aku.











Aku kadang-kadang rasa Nyeoww mati sebab aku tak bawak dia pergi klinik awal-awal. Tapi masa tu duit aku tak cukup.  

 =(

Tuesday, December 21, 2010

Kau dalam kenangan.

Ni hari pertama kau datang rumah aku, 10 Disember 2010. Terus aku bawak kau pergi klinik. Tak sanggup aku tengok kaki kau. Masa ni kau baru sedar dari pengsan pas kena injection.

Kau dah pandai pandang kamera.


Aku suka gambar ni. Walaupun kau tengah sakit, tapi pandai kau bergaya.


Aku je yang poyo amek gamba tersengih-sengih. Kau relax je.


Satu yang aku tak paham, bila kau dah duduk beberapa sentimeter je dari aku, tapi kau akan bangun dan berganjak untuk duduk rapat serta bersandar kat badan aku. Kau buat aku rasa disayangi. Kau cuma haiwan, tapi kau tau macam mana nak tunjukkan kasih sayang.

Aku paling suka gambar ni. Kau suka teman aku tidur kat hall rumah. Sejak kau ada, aku tak suka tidur dalam bilik. Aku tidur kat hall supaya senang nak tengok-tengokkan kau. Aku suka bila tengok kau tidur. Kau suka tidur berbantalkan lengan kau. Dan bila kau tidur, mata kau tak tutup betul. Aku kadang-kadang pening, kau ni tidur ke tak.


Aku pun suka bila kau duduk atas riba aku, pastu kau akan terlena.

Comel weh muka kau. Feature muka kau tak macam jantan.


Masa meeting kat sekolah tadi, aku tak sabar-sabar nak ambik kau dari klinik. Aku gembira sangat sebab dah boleh ambik kau. Aku singgah kat Shell sebab nak withdraw duit untuk setelkan bil klinik dan lepas tu boleh ambik kau. Aku dah siapkan kain dalam kereta, supaya boleh letak kau nanti.

Semalam doktor cakap aku boleh datang ambik kau dalam pukul 3 petang. Tapi aku tak boleh bila kau takde. Jadi aku ingat nak call dulu klinik dan tanya kalau-kalau aku boleh ambik kau awal. Masa tu baru pukul 11 lebih. Tapi bila aku call klinik, kau tahu apa jawapan doktor?

Mula-mula mata aku berkaca je, setakat bertakung jernih-jernih gitu. Tapi aku ni dah meningkat usia, Nyeoww. Makin aku tua, aku jadi makin sensitif. Tak payah lah aku cerita macam mana teruknya aku menangis masa on the way nak pergi klinik tu. Tapi sebelum masuk dalam klinik, aku kesat dulu air mata aku, takot doktor nampak.

Bila dah sampai kat klinik, doktor keluarkan kau dari plastik hitam. Aku pegang badan kau yang dah kaku, sejuk dan keras tu. Mata kau terbukak. Doctor said sorry. Doktor tanya aku ada any other pet tak. Aku jawabla yang last time aku ada pet, it was like 15 years ago, and after years kau datang  ke rumah aku, terbaring bawah kereta dan aku jaga kau. Barulah doktor tau how we met, Nyeoww. Dan doktor cakap kalau aku berminat nak adopt mana-mana kucing, just let him know.

Aku pegang kau dengan perasaan yang Tuhan aje yang tau, Nyeoww. Bila aku dah masuk kereta, aku menangis lagi. Macam yang aku cakap tadi, tak payahlah aku cerita macam mana teruknya aku menangis masa drive balik tu.

Dalam hujan rintik-rintik, Babujhi cangkul tanah. Aku? Menangis. Menangis bila tengok muka kau untuk kali terakhir. Masa kambus kau tu pun, aku kambus bahagian badan dulu. Kepala kau last sekali aku kambus dengan tanah, supaya sambil kambus tu aku masih boleh tengok muka kau.

Sebenarnya aku nak berterima kasih dengan kau. Sejak kau datang, aku jadi manusia yang bertanggungjawab dan penuh kasih sayang. Aku bangun awal pagi sebab nak cuci luka kau dan balut kaki kau, pastu boleh peluk-peluk kau. Bagi kau makan friskies dan minum air yassin. Part nak bagi kau makan ubatla yang paling susah. Tapi last-last kau telan jugak pil tu. Malam-malam aku tak boleh tidur lena sebab aku risau kau lapar dahaga atau kau nak kencing tengah-tengah malam.

Selama sebelas hari kau ada kat rumah ni, aku nak keluar pergi 7E pun risau nak tinggalkan kau. Aku semangat belikan makanan kau, beli pasir kumbahan untuk kau. Sampaikan mak aku yang selama ni tak bagi bela kucing tu pun, siap belikan kau ikan kat pasar tani. Mak siap rebus-rebuskan untuk kau. Pastu aku dengan Babujhi plan nak pasang rantai yang ada nama kat leher kau. Nak buat kat Sinma, guna kiub-kiub huruf tu. tapi bila Babujhi tanya nak letak kau nama apa, aku jadi tak kreatif. Aku hilang idea nak bagi nama apa. yang aku tau, aku dok panggil-panggil kau Nyeoww je.Sebab tiap kali aku panggil kau Nyeoww, kau akan menyahut balik dengan ngiauan.

Bila aku bentang tilam kat depan tv, kaulah akan naik dulu ats tilam tu. Dok betul-betul tengah tilam. Habis tu, aku nak baring macam mana?

Sebelas hari dengan kau, aku memang sayangkan kau.

Tadi masa nak ambik duit kat machine ATM, aku perasan ada Sinma kat tepi tu. Dalam otak aku terus "Haa, Sinma! Boleh buat rantai nama untuk Nyeoww!" Tapi pastu aku tersedar balik. Kau dah takde.

Aku rasa, last aku buat painting atas stretched canvas adalah dalam dua-tiga minggu lepas. Tapi masa kau ada, aku ingat nak buat water colour painting based on gambar kau yang kepala tergeliat atas karpet tu. Tapi bila pikir balik, aku lebih suka naive art, nampak ceria dan childish sikit. Sebab aku memang tak suka konsep realisme. Maka aku pun hasilkan painting bodoh kat bawah ni.



Tak gaya langsung muka kau, Nyeoww. macam burung hantu plak aku tengok. tapi takpe, konsep naive art kan memang macam ni. Kalau sama sebijik dengan muka kau, tu dah kira realisme.






Aku doa pada Allah kalau satu masa nanti aku layak masuk syurga Dia, aku harap Allah jumpakan kita kat sana...


Sunday, December 19, 2010

Wilayah sendiri.

Aku cuma teringin nak ada bilik aku sendiri. Ya, bilik tidur sendiri, iaitu setiap ruang di dalamnya adalah wilayah aku. Supaya aku bebas berkarya dan bersepah-sepahan dan sebagainya, sila fikir sendiri. Sebab kalau start aku berkarya, dengan berus, surat kabar, akrilik, bekas air dan entah apa-apa lagi tu, surely orang tak selesa kalau aku share bilik tu dengan sape-sape. Dan kalau aku poyo nak merapu dengan gitar dan set amplifier tu, dan disertakan lagi keinginan merekod show perasan sendiri itu, taklah ade sape-sape akan menyampah nanti. 

Aku suka yang ni. Nak-nak kaler dia tu. Ada banyak bookshelf plak tu. Buku aku banyak, boleh la letak kat situ.


Aku memang suka konsep katil tepi tingkap. Macam masa hostel kat IPBA dulu. Masa tu katil aku kat blok 6, pandang luar tingkap beberapa meter tu terus Pantai Medical Centre. Shit ah, rindu plak kat bilik tu!


Tapi, paling aku suka adalah yang ni. Sebab ada gitar tu kot, haha. Dan aku bleh tampal macam-macam kat dinding bilik aku tu. Aku suka tampal gambar banyak-banyak. Dan kadang-kadang aku suka tampal hasil karya aku.Walaupun karya-karya aku tu tak cantik, tapi aku tampal untuk kepuasan sendiri.




Aku bukan nak bilik besar sangat. Janji ada space untuk aku letak koleksi buku-buku aku, space untuk buat painting, untuk tidur, dan letak almari baju. Ohh, dan cermin panjang. Dan juga space untuk jamming syok sendiri. Kalau ada bathroom dan toilet sekali, tu kira bonus.

Meh la sama-sama berdoa supaya aku dapat bilik idaman aku ni.

Friday, December 17, 2010

Simptom-simptom mintak dilempang.

Lempangan boleh diberi secara percuma terhadap suspek yang terlibat apabila :

  1. Kau punya rajin beratur panjang-panjang, tapi ada orang potong queue.
  2. Kawan kau janji nak keluar dengan kau, kau dah siap, lagi best kalau stok yang mekap-mekap heavy dan tudung kena belit banyak-banyak layer, kasut dah kiwi malam tadi, tiba-tiba lagi 5 minit waktu yang dijanjikan, kawan kau mesej cakap tak jadi.
  3. Orang yang buat lawak, tapi tak up to your standard. Pastu dia gelak gile-gile dengan lawak dia yang tak lawak tu.
  4. Mamat yang berjalan dengan girlfriend dia, siap pegang-pegang tangan, peluk erat mesra macam kembar siam, dan bila lalu dekat dengan kau, tak nak ke tepi langsung padahal sebelah dia ada ruang nak lalu, dia langgar kau camtu je, pastu buat muka konon kau yang salah. Macam babi yang takde tamadun. Sepak terajang adelah bonus tambahan.
  5. Suspek membelek-belek henpon kau dan bertanya dengan nada paling sarkastik tapi buat-buat muka manis dan innocent : "Setakat ni je ke function henpon kau?"
  6. Kalau couple yang tengok cerita seram atau hantu kat cinema, yang boyfriendnya suka konon nak ejek atau bergurau dengan girlfriend, konon-konon dia pun takut dengan scenes dalam cerita tu dan menjerit-jerit macam pondan tua nak kena rogol, pastu gelak-gelak. Sila lempang boyfriend nya tu.
  7. Orang yang buat baik supaya kita rasa terhutang budi dan dia berharap kita akan sentiasa buat baik dan layan dia, walaupun dia buat perangai macam syaitonn. Kalau kita tak buat baik dengan dia, dia akan cakap "Hari tu aku tolong hantar dia pergi hospital, aku selalu ajak dia pergi makan naik kereta aku, tapi tak sangka dia tak nak tolong aku."
  8. Lokasi : cyber cafe. Orang yang pakai headphone, dan bukak lagu atau video, dan kemudian menyanyi dengan riangnya ikut lagu yang dia dengar tu, dengan kadar suara yang hebat dan tinggi sekali macam dia sorang je terdampar kat pulau yang takde orang.
  9. Kalau kau perempuan, kau tengah berjalan di suatu tempat dan ade lelaki usha-usha kau, tapi kau tak layan. Pastu lelaki-lelaki tu tiba-tiba je tak puas hati sambil cakap "Hek eleh, sombong gila! Kau ingat kau cantik sangat ke?" Yang ni harus dilempang berdas-das.
  10. Orang yang meludah kat tangga atau dalam shopping complex.
  11. Tapi, paling aku tak boleh handle kalau budak kecik yang kurang ajar. Malas nak bagi contoh.

Okay, selamat melempang. Bye.

Thursday, December 16, 2010

Mimpi dan Maut.

Dalam family aku, ramai yang meninggal sebab road accident.

  • 1968 - Mak kepada mak aku meninggal pada usia muda. Masa tu mak aku darjah 2. Motor.
  • 2003 - Abang Beni. Meninggal pada usia muda. Masuk paper. Kereta.
  • 2006 - Wife Abang Wan. Meninggal masa baru sebulan kawin. Masuk paper. Kereta.
  • 2007 - Anwar Rashidi. Meninggal pada usia 19 tahun. Kereta.
  • 2008 - Along Borhan. Meninggal pada usia 26 tahun. Masuk paper. Motor.

Sejak kecik, aku selalu mimpi bila aku drive, kereta tu akan crash.

Mimpi aje kan?

Wednesday, December 15, 2010

Tak cool.

Aku tau aku TAK cool, sebab :

  1. Aku tak suka main bowling. Bila kawan-kawan kata nak keluar tengok movie, makan-makan, aku on. Tapi bila ada aktiviti main bowling, its a turn off.
  2. Aku tak layan karoke. Kalau aku ada sekali pun dalam bilik karoke tu, aku hanya seorang penyibuk yang busy memilih menu apa untuk dimakan. Plus, suara aku tak best.
  3. Aku tak makan semua jenis laksa. Aku tak suka.
  4. Aku tak suka ikan bakar. 
  5. Aku tak pernah pergi mana-mana gig.
  6. Aku suka gila cheese. Kalau makan spageti, penuh cheese aku letak. Kalau makan burger, cheese aku berlapis-lapis. Tapi aku tak suka cheese cake. Aku tak boleh terima cheese dalam bentuk kek.
  7. Aku tak suka lauk asam pedas.
  8. Kenapa aku rasa list ni lebih menjurus ke arah makanan?
  9. Aku takut air. Bukan bermakna aku tak mandi la, bongok. Tapi aku takut tempat-tempat macam laut, sungai dan swimming pool.
  10. Aku tak reti bawak motor.
  11. Aku ego. Sorang lelaki pernah cakap ego aku tinggi. Konon lagi tinggi dari ego lelaki. Tapi aku pernah leburkan ego aku tu untuk benda-benda bodoh.
  12. Aku slow.
  13. Handphone aku takde kamera, takde bluetooth, takde 3G, takde wifi, takde benda-benda yang canggih.
  14. Aku tak suka tengok action movie.
  15. Aku tak tahan sejuk.
  16. Aku tak layan Korea. Maksud aku movie, lagu dan artis mereka.
  17. Aku tak suka pakai perfume
  18. Aku bukan hamba Allah yang baik........................ 
  19.  

    Saturday, December 11, 2010

    Aku nak kau sihat.

    Rasa macam dah lama aku kenal kau.
    Tapi sebenarnya baru tadi kau datang rumah aku dan kau duduk terlepek bawah kereta aku.

    Aku bengang klinik kat Taman Guru tu doktornya tak masuk-masuk lagi. Aku menggelabah tak tau nak cari klinik kat mana. Nasib baik Babujhi teman aku, dok seat belakang tengok-tengokkan kau, dan tengok-tengokkan kiri kanan jalan, kot ada klinik. Sampai ke Jalan Beserah aku drive. Nasib baik dah hujung-hujung tu baru jumpa klinik. Masa tu dah nak dekat pukul 4.

    Doktor terkejut tengok tapak kaki kau bengkak dan rompong. Kau patut masuk wad, tapi aku tak mampu memandangkan tiga hari kau masuk wad tu bersamaan dengan harga beberapa helai seluar Levi's. Maksud aku Levi's yang original. Yang kat butik dia tu. Ya, beberapa helai. Sumpah, aku tak mampu. Kalau aku mampu, aku tak kisah doktor nak tahan kau seminggu sekalipun. Aku tak kisah, walaupun aku baru kenal kau sejam yang lalu. Aku sedih sebab aku tak mampu.

    Aku terus-terang dengan doktor yang aku cuma mampu kalau kosnya 200. Aku tau 200 tu tak membantu sangat pun. Doktor setakat cuci luka kau yang dahsyat tu, doktor inject kau, doktor shave sikit bulu kat kaki kau tu, supaya senang dia nak cuci luka tu, 2 jenis tablet untuk kau makan, iodin, dan doktor balut kaki kau. Aku sedih sebab aku mampu tolong part tu je.

    Kau pengsan sebab injection tu. Doktor estimate kau akan sedar waktu maghrib. 

    Aku tau aku kene berdepan dengan mak balik tu. Babujhi asyik tanya macam mana aku nak explain kat mak. Tapi aku relax je. Aku tak pikir pun. Yang aku tau, bila kau dah sihat nanti kau nak bawak haluan sendiri pun takpe. Asalkan masa kau sakit ni, aku jaga.

    Tapi bila aku cakap kat mak apa jadi pada kaki kau, dan apa doktor cakap pasal kemungkinan-kemungkinan seperti kau mungkin akan dibedah tapi tak tau kau boleh survive ke tak, dan kaki kau mungkin akan terkurang satu, mak macam relax. Mak macam boleh nampak di mana relevennya aku bawak kau ke klinik dan bawak kau balik rumah. 

    Aku sedih tengok kau lemah tak mampu bergerak. Kau terlepek je.



    Aku tak pasti kau paham tak apa yang aku rasa sejak aku jumpa kau. Tapi aku paham kesakitan kau tu. Sebab aku pernah rasa.

    Cuma satu je yang aku heran, masa berurusan dengan doktor tadi, aku cakap omputeh. Dengan fluentnya. Selalunya aku kena susun ayat dalam otak dulu, baru cakap kat mulut. Hehe. Aku tak tau dari mana datangnya seme tu. Tapi bila balik rumah, Babujhi siap cerita kat mak yang aku dengan doktor tu cakap omputeh. Aku rasa selama hampir sejam dengan doktor tadi, dua patah perkataan je yang aku cakap melayu. Serius aku tak tau apa dah jadi tadi. Tapi aku rasa magis itu datang dari kau.

    Beberapa tahun yang lalu, aku kecewa bila doktor sahkan aku allergic terhadap kucing. Sebab aku sangat pencinta kucing. Dan aku akui, bila aku pegang kucing, mata aku rasa bisa, bengkak, berair dan akan tumbuh bintat kat muka aku. Tapi tadi, masa dengan kau, takde pun unsur-unsur allergic tu.

    Dulu masa kecik-kecik, mak selalu kata, "Tu kan binatang kesayangan nabi."

    Aku rasa kalau aku hilang ingatan sekalipun, aku takkan lupa part tu.



    Thursday, December 9, 2010

    Aku takde idea langsung diorang tu sape.

    Aku nak ingatkan yang ibu-ibu mengandung atau sape-sape yang ada sakit jantung adalah tidak digalakkan membaca entry ini. Kanak-kanak di bawah umur sama ada yang belum bersunat atau pun dah, juga tidak digalakkan membaca entry ini, melainkan dengan bimbingan mak ayah. Okay?

    Dunia ni ada macam-macam. Tapi ada satu perkara yang aku alami, yang aku masih tak paham. Hal ni dah jadi lama. Dan makin lama, semakin menjadi-jadi. Makan bertahun. Ya, bertahun-tahun. Ada la dalam tujuh tahun dah kalau ikot perkiraan aku. Tujuh tahun tu kalau ikot perkiraan berdasarkan kekerapan mende tu. Tapi sebelum tu ada berlaku, cuma selang bertahun-tahun. Jadi aku tak tau macam mana nak buat perkiraan. Kan aku dah kata aku lemah matematik? Tapi sampai skang aku tak tau diorang tu sape, dan apa yang diorang nak dari aku. Well, basically aku tau la diorang tu sape. Cuma aku tak paham apa yang diorang nak.

    Kronologinya :

    Aku tak ingat tahun bila. Tapi masa tu aku sekolah rendah. Dalam darjah dua atau tiga, camtu la. Masa tu ayah aku kerja dengan Jabatan Hutan. Jadi, dia selalu takde kat rumah. Selalu keluar masuk hutan. Aku dengan adik-adik tidur kat bilik mak. Tidur bawah, bentang tilam. Aku tidur paling dekat dengan almari baju mak abah. Almari tu belah kanan aku. Kira jaraknya dalam 2-3 jengkal je dari pembaringan aku. Malam tu aku ingat ayah aku balik masa tengah-tengah malam kitorang seme dah tidur. Sebab aku rasa macam dia berdiri kat tepi almari tu. Aku tak tau camne aku boleh terjaga, tapi dalam gelap-gelap tu aku nampak sepasang kaki yang mengadap almari tu. Tapi takde pergerakan. Cuma berdiri semata-mata. Esoknya, bila bangun pagi, aku tanya mak aku, ayah aku balik ke malam tadi, mak aku cakap ayah aku lambat lagi balik. Dalam hutan lagi. Herannya, aku sikit pon tak cerita kat mak aku apa yang aku nampak malam tu.

    Masa arwah nenek aku ada, dia duduk dengan kitorang. Masa tu kitorang duduk kat Sungai Isap, rumah tu perumahan rumah kayu. Ala-ala rumah kampung, ada tangga sebagainya. Pastu aku ada dengar mak ayah aku macam gosip-gosip yang arwah nenek aku dengar orang mencangkul bawah rumah kitorang waktu tengah-tengah malam. Masa tu aku budak-budak, aku tak ambik pot sangat hal-hal dunia camtu.

    Tahun 2000 pindah rumah. Ada beberapa kali masa tengah tidur malam, aku terjaga dan dalam kegelapan bilik tu, aku masih mampu nampak asap keluar dari dinding bilik di tepi katil aku, iaitu betul-betul dinding sebelah aku. Nak kata terbakar, api takde. Pon aku tak layan dan tak cerita pada sape-sape.

    2002, mak ayah aku beli rumah baru. Pindah lagi. Tahun 2003 aku masuk UiTM Dungun. Ada sekali tu, masa kat hostel, aku get ready nak tidur. Bilik aku dah gelap. Rumet aku yang sorang tu dah tidur. Yang sorang lagi takde sebab pergi rombongan. Aku baca ayat kursi sebelum tidur, tapi aku tertidur masa tengah-tengah baca ayat kursi tu. Pastu aku tersedar, ada satu benda hitam dan agak besar, duduk kat tepi katil aku, dalam jarak sejengkal macam tu. Aku cuba untuk azan, tapi suara aku macam tak keluar. Aku cuba dan cuba, sampaila dia lesap macam tu je. Bila dia dah lesap, yang aku ingat, aku tercungap-cungap masa masa tu.

    Aku quit UiTM enam hari sebelum final exam second sem, sebab aku dah fed up dengan subjek-subjek yang aku amek masa tu. Kalau quit lepas exam, nanti orang kata aku kene tendang dari universiti, maka biarlah aku yang blah dulu. Saje nak bagitau, sebab cerita berikutnya berlatarbelakangkan institut perguruan, kang korang pelik plak camne aku boleh tiba-tiba ada kat maktab plak. 

    Aku masuk maktab tahun 2004. Tapi start 2005, hidup aku mula berubah dengan drastik. Masa tu aku takde rumet. Bilik tu aku dok sorang. Tiap malam ada je yang datang ziarah bilik aku. Terutamanya waktu aku baru-baru nak lelap mata. Ada sekali tu, ada kaki panjang berdiri atas katil. Kaki tu sangat kurus dan panjang, tapi aku tak tergamak nak pandang sampai ke atas.  Tu belum kira yang dok kat luar tingkap dan dia cakap dia datang dari jauh nak jumpa aku. Jangan tanya apa perasaan aku masa tu. paham-paham sendiri ajelah. Dan pernah ada perempuan datang berdiri hujung katil aku, rambut panjang, pakai baju putih, dia marah-marah. Aku tak paham apa yang dia marahkan. Tapi aku tau dia marah sampaikan bilik aku bergegar dan bunyi bising. Bila aku azan, dia ambik masa yang lama untuk blah. Pon aku tak paham. Macam-macam lagi la masa tu. Hostel kat maktab aku adalah satu-satunya hostel maktab yang berbentuk apartment. Herannya, dalam rumah tu, aku sorang je yang kena macam tu, kalau nak kata rumah tu berhantu. Ada sekali tu, aku tertidur kat hall rumah tu,  pastu aku terjaga bila ada budak kecik berlari keliling aku yang tengah baring kat situ. Main kejar-kejar ke apa, tu aku tak tau. Aku pergi amek exam MUET pon, aku rasa ada mende follow mana aku pergi. Aku balik Kuantan, abah suruh berubat.

    2006, aku pindah bilik. Azu yang jugak klasmet aku, jadi rumet aku. Still rumah yang sama, tapi bilik lain. Pon macam-macam yang mendatangi aku. Semenye datang waktu aku baru-baru nak lelap. Kadang-kadang aku bengang sebab aku betul-betul tengah mengantuk, diorang datang dengan pelbagai bentuk dan rupa. Tu belum kira yang datang berdiri kat hujung kaki aku, atas katil, pastu nak main tarik-tarik aku dengan kain putih amende entah. Malas nak layan. Sekali aku azan, lesap. Tu pon ambik masa nak lesap. Pernah sekali tu kitorang sekelas pergi satu sekolah kat Kuala Tahan, sebab sekolah tu kira sekolah di bawah program maktab, ada program English Camp masa tu. Masa jalan ramai-ramai nak pergi toilet, aku sorang je nampak ada perempuan rambut panjang baju putih tengah duduk kat kerusi kat open hall sekolah tu.


    2007, aku pindah rumah depan, kali ni ada dua orang rumet. Masih Azu dan ditambah dengan Dayah, yang jugak klasmet aku. Pon macam-macam yang datang waktu aku baru nak tidur. Setakat perempuan pakai kain sembahyang tu dah kira lali dah. Semenye stok berdiri tepi dan hujung katil. Kadang-kadang sian kat Azu dengan Dayah, sebab terjaga tengah tidur disebabkan dengar suara tersekat-sekat aku yang cuba untuk azan, tapi tak kedengaran dengan jelas. Bila diorang terjaga, mende tu pon lesap. 

    2008, aku pindah blok. Saje-saje nak merasa dok blok lain plak. Sepanjang 2008 dan sampailah 2009, iaitu final year, lagi kencang mende-mende tu tunjukkan diri. Diorang ni pandai tau. Mula-mula diorang akan masuk dalam mimpi aku, tapi pastu bila aku terjaga, tengok-tengok memang dah ada kat tepi katil. Pernah jugak masa aku baru nak terlelap, aku degar pintu bilik aku macam kena tendang, sambil tu ada bunyi macam jerkahan. Sedar-sedar dia dah berdiri sebelah katil aku. Ada sekali tu, dia tumpang dok kat hujung katil aku, pastu dia gelak-gelak lahanat. Gelak-gelak jahat. Kalau setakat nak gelak-gelak kat hujung katil tu takpe lagi, ni dia suka-suka je gelak betul-betul kat depan muka aku. Saje nak bikin aku panas. Bila dia blah, aku cepat-cepat  berlari pergi bukak lampu bilik, sambil mencarut-mencarut. Tak main carut-carut bahasa melayu ni. Mencarut omputeh. Tak tau apesal, tapi bila mende-mende tu datang je, surely english proficiency aku up semacam je. Part mencarut je la. 

    Tu belum kira yang dia berdiri depan loker aku, siap keluarkan entah angin ke apa, tapi keluar dari mulut dia, punyala lebat dan laju macam air dari paip bomba, straight angin tu tuju ke pintu bilik. Ala-ala kuasa abugit gitu, tapi kuar dari mulut. Masa tu bilik bergegar , sampai aku tak tau macam mana nak describe gegaran tu. Herannya, rumet aku si Sapikah tu relax je tidur. Aku tak tau apa motif dia tunjukkan kuasa-kuasa dia tu kat aku. Nak kata aku tertakjub, adela sikit, tapi aku tak tau apa motif dia buat camtu. Bila dia blah, macam biasa aku berlari pergi on kan suis lampu, sambil mulut mencarut-carut perkataan seperti shitted, asshole, stupid ass, ugly dick dan pelbagai lagi. Jahat kan diorang? Tak pasal-pasal aku jadi pencarut bila malam menjelang. Kadang-kadang, bila semua orang dalam rumah keluar, aku tau aku tak dok sorang. Aku tau ada mende lain yang temankan aku. Kadang-kadang aku tengah solat pon, aku tau ada mende dok belakang aku. Sama la bila aku baca quran. Mimpi-mimpi aku pon selalunya mimpi-mimpi ngeri, mimpi seram dan pelik-pelik. Mimpi kena kejar binatang buas, anjing, babi hutan, kala jengking, harimau, budak kecik. 

    Akibat mulut aku yang suka mencarut setelah diziarah mereka, yelah, dah aku bengang kan? Maka yang paling aku tak boleh blah ialah, mende tu siap nak duduk atas muka aku lagi. I saw the ass. Serious hell ni. Aku tak tipu. Aku yang alami, aku tau la. Mungkin korang rasa klakar, tapi cuba korang alami sendiri, rasa sendiri. Tau la macam mana.

    Kalau nak kira, macam-macam lagi yang dah jadi. dan macam-macam jugak yang aku carutkan. Tapi paling horror masa aku start kerja kat JB. Awal tahun 2010. Tahun ni. Baru posting. Masa tu aku stress kerja. Stress dengan orang atasan. Tengah-tengah aku mengajar, elok je ada observer kat belakang kelas. Rambut panjang, jubah hitam. Muka nampak tak nampak, tapi area mata dia macam hitam dan cengkung. Japgi kang dia lesap, pastu ada kat koridor luar bilik darjah plak. Ada sekali tu, tengah aku ajar muzik, tulis not-not kat whiteboard, aku perasan mende tu dah ada kat pintu kelas, aku toleh dan aku tengok. Aku perasan student aku yang dok kat depan tu tengok kelakuan aku, dan dia tanya "Cikgu tengok apa?". Bila malam plak dia muncul kat tepi aku masa tengah tidur. Kadang-kadang bila aku berjalan dalam kawasan sekolah, ada suara kat telinga aku, tanya aku nak pergi mana, nak buat apa. Tu belum kira dia rendahkan lagi self-esteem aku, bisik kat telinga aku dengan mengatakan aku ni tak berguna dan orang macam aku tak layak jadi cikgu. Aku bau mende-mende busuk. Tak tau nak cakap busuk macam mana, tapi memang busuk. Serious busuk. Macam tu la hari-hari. Sampaila aku kena jumpa psikiatris dan doktor classify aku schizophrenia. Google lah sendiri amende schizophrenia tu. Itu dari segi perubatan moden la. Kalau dari segi tradisional atau islamiknya, aku ni kira macam kena gangguan makhluk halus.

    Dari zaman kat maktab, dah macam-macam ustaz aku jumpa. Dah berubat macam-macam cara. Tapi hanya dengan ustaz la. Sebab mak ayah aku tak percaya dengan bomoh pawang amende tu seme. Darus-syifa je dah banyak kali aku pergi. Kat tempat yang Harun Din tu pun aku dah pernah pergi. Macam biasala, kalau ustaz-ustaz ni, dia takkan nak bagitau detail sangat apa dan kenapa aku kena macam tu, atau angkara sape. Tapi diorang cuma cakap ada mende yang  nak menumpang dalam badan aku. 

    Last aku berubat, dengan kawan ayah aku. Dan skang aku dah baik. Alhamdulillah la. Dan aku dah dapat transfer ke Kuantan bulan Julai aritu, atas surat doktor pakar psikiatris yang meminta supaya aku duduk berdekatan dengan family, maka kementerian luluskan. Aku dah tak nampak mende-mende tu seme. Dan aku dah tak boleh rasa kehadiran diorang. Kalau dulu, duduk sorang dalam bilik, aku tau aku tak dok sorang. Kalau dulu aku asek rasa ada orang perhatikan gerak-geri kehidupan aku, skang dah takde lagi dah. Kalau dulu tidur malam asek tak lena sebab diorang datang tengah-tengah malam, skang aku dah boleh tidur lena. Kalau dulu mimpi aku asek mimpi ngeri, skang dah tak ngeri dah.

    Kalau ingat-ingat balik, aku memang dah lali dengan mende-mende tu, tapi sape kata aku tak takot? Takotttt. Cuma aku berlagak je macam relax. Berlagak cool tu penting okay! Sebab tu kalau tengok cerita hantu, aku takde hal. Aku relax je. Konon la. Sebab aku dah biasa alami yang depan mata, yang dalam real life.

    Aku tak nafikan aku ada semacam satu perasaan rindu. Rindu nak tengok balik mende-mende yang selalu datang ziarah aku dulu tu. (Aku risau statement aku ni akan membuatkan diorang datang melawat aku ramai-ramai malam ni) 

    Agak-agak diorang rindu aku tak? Hehe.

    Wednesday, December 8, 2010

    Kalau aku rasa nak buang masa, kau nak kata apa???

    Kalau tak nak buang masa, jangan baca.

    Eh, nape kau baca jugak?


    Sila persyaitonnkan unsur-unsur huru-hara yang terdapat di belakang subjek. Bilik orang bujang kan, biase la.


    Saje geli-geli nak bagitau yang t-shirt milo tu t-shirt favourite aku. Baju tu dah berbintik-bintik dengan tahi lalat, dan jahitannya yang dua tiga lapis tu pon ade yang dah terbukak. Tapi aku tak peduli. Sebab t-shirt ni best gile bile pakai.

    Aku memang suka pakai t-shirt buruk dan besar. So??? Sotong. Kan aku dah kata, jangan baca kalau kau rasa entry ni buang masa. Hehehehe.

    Okay dah. Baii.

    Big brother yawww!

    I always wish for a big brother.

    1. The one yang boleh main gitar or any other instrument. Boleh buat band.
    2. Yang boleh buat geng. The one I can hang out with. I know big brother usually thinks its not cool hanging out with their little sister, but I want one who doesn't mind at all.
    3. The one with a cool girlfriend. So that when he's busy doing his stuff, I can hang out and count on his girlfriend. Nampak tak yang aku ni memang takde life?
    4. The one who can cook delicious meals.
    5. I love imagining he knocks my door and ask me having breakfast with him at mamak's.
    6. Celebrating his birthday, which means celebrating someone who is older than me, other than my mum and dad.
    7. Having serious yet cool conversations about our family. To mend our broken family situation. 
    8. The one who enjoys shopping very much. Sape kata lelaki tak suka shopping? Aku penah jumpa yang suka shopping tauuu. Bukan nyah, bukan gay. A straight one.
    9. The one who is not fussy, stingy and lazy ass.
    10. Yang urban, tapi tak abaikan agama.
    11. Our family is his priority.
    12. He introduces me to his cool and handsome buddies. (Okay, part ni melampau.)
    Okay, aku tengah busan. Dan aku tak tau kenapa banyak ayat aku terdiri daripada bahasa omputeh ni. Perasan terer inglish laa tu.



    *Al-fatihah tribute to arwah Along. I'll never ride motorcycles.

    Sunday, December 5, 2010

    Ketamadunan manusia. Ini bukan subjek sejarah.

    Dulu masa zaman study, aku suka lepak Times Square. Motif? Kat situ banyak kedai baju yang menarik. Ya, aku tak malu nak mengaku yang aku beli baju-baju kat situ. Mungkin pada anda kedai-kedai tu tak branded, but seriously, I dont give a damn. Memang aku miskin, memang aku tak mampu nak shopping kat Prada, LV and whatever shit lagi tu. So???? Sotong! Okay, emo tak memasal. 

    Aku rasa aku dah lari tajuk dah ni.

    Ada sekali tu, aku lepak kt McD. Aku perasan ada satu meja depan aku ni, ada macam family yang bukan Melayu. Aku tau diorang bukan Melayu berdasarkan rupa bentuk muka diorang, bahasa yang diorang guna dan tak perlulah aku explain banyak-banyak. Kalau korang jadi aku pon, korang akan tau sendiri yang diorang tu Chinese. Paham? Okay, dah paham, bagus.

    Ada antara diorang tu yang pakai sleeveless. Tau tak sleeveless tu apa? Okay, sila google skang jugak. Dah dapat? Dah tau? Haa, bagos. 

    Aku tak ingat masa tu aku makan Mc Chicken ke Double Cheese entah. Pada saat burger tu nak masuk dalam mulut aku, aku ternampak yang salah sorang pempuan depan aku ni tadi, angkat tangan dia sikit. Sikit je, tak banyak dia angkat tu. Tapi jelas untuk memperlihatkan juntaian bulu-bulu sepanjang jari manusia yang keluar dari ketiak dia tu. Bukan aku pergi dekat dia dan ukur guna jari-jari aku, bukan. Tapi aku dapat agak lah, kalau dah memang mende tu jelas pada pandangan aku kan. Aku pandang muka perempuan tu. Aku tengok dada dia plak, untuk pengesahan kedua. Sah, dia memang perempuan. Aku tengok balik kat lengan dia dan juntaian bulu-bulu itu. Sah, bukan imaginasi aku.

    Aku rasa nak baring kat situ jugak sambil mencarut panjang-panjang.




    * Kau nak pakai sleeveles, pakaila. ramai orang pakai. Aku pon pakai kadang-kadang, tapi tolong laaaaaaaa... Tolong la buang juntaian-juntaian ituuuuuuu!!!!

    Saturday, December 4, 2010

    Perempuan dan hari ulang tahun kelahiran.

    Dulu aku ada sorang rumet. Dia tua beberapa tahun dari aku. Cantik. Agresif jugak kadang-kadang.

    Ada sekali tu, birthday dia.

    Biasala, bila sampai je pukul 12 malam, orang akan berpusu-pusu wish birthday untuk dia. Tapi aku tidak. Aku kan tak tipikal. Aku kan rare. Aku buat tak tau je. Aku mana layan mende-mende birthday ni. Celebrate ke, wish ke, takde, takde. Aku masuk tido macam biasa tanpa menghiraukan dia. 

    Pagi tu aku pergi kelas macam biasa. Dia pon sama. dia diam je masa bersiap-siap nak pergi kelas. Aku pergi kelas dan dia pon gerak pergi kelas dia. Kat kantin aku tak terserempak dengan dia. 

    Balik bilik, dia buat hal dia, aku buat hal aku. Dia tak bercakap pon dengan aku. Aku relax je. 

    Pastu waktu aku tengah solat, henpon aku berbunyi. Mesej masuk. Henpon aku tu henpon Nokia. Jadi, selagi lagu tu tak habis, selagi tu la henpon tu berbunyi, walaupon setakat mesej. Tak macam henpon Sony yang akan berlagu beberapa saat je bila mesej masuk. Dia ada dalam bilik tu, tapi dia tak tolong pon press kan any button supaya henpon aku tu diam. Dia biarkan aje. Selalunya dia akan tolong diamkan henpon aku tu.  Memang tak kusyuk dah masa tu. Tapi aku relax lagi. Teruskan aje solat tu, dengan background lagu. Aku tak ingat masa tu aku set lagu apa.

    Sampai pas waktu maghrib, aku perasan atas meja dia dah penuh dengan macam-macam bungkusan hadiah. Dia masih seperti itu. Dingin. Tak bercakap dengan aku.

    Pastu aku keluar dengan kawan aku, pergi Amcorp. Konon-konon nak buangkan masa. Aku balik dari Amcorp, dia takde kat bilik. Rasa nak jengah kawan-kawan kat rumah depan (hostel aku konsep apartment, satu floor ade dua rumah). Masa aku nak keluar menuju pintu depan, dia masuk. Bertembung. Diam. Tak bercakap apa pun. Aku agak-agak dia dah masuk dalam bilik dan menyedari ada kelainan di atas mejanya, dan aku pulak baru nak pulas tombol pintu depan, aku dengar dia menjerit :

    "FAFAAAAAAAAAA!!!!!" 

    Aku tau dia tengah baca kad kecik yang ditampal pada hadiah yang aku kasi tu. Aku sengih je. Buat-buat relax dan membiarkan dia histeria sorang-sorang.

    Perkara-perkara berbangkit :
    1. Dia bengang aku tak wish birthday dia.
    2. Dia siap call boyfriend dia, cerita yang aku ignore birthday dia. Boyfriend dia defend aku, cakap yang aku mungkin terlupa atau aku saja-saja nak kasi surprise.
    3. Dia memang sengaja tak nak tolong diamkan henpon aku masa aku tengah solat tu.
    4. Dia memang sengaja tak nak bercakap dengan aku.
    5. Dia sengaja letak hadiah-hadiah yang dia dapat daripada kawan-kawan dia tu atas meja, nak bagi aku nampak dengan harapan aku akan wish birthday dia. Perempuan pon nakkan attention aku. Nampak tak tu?
    6. Dia terkejut bila nampak hadiah yang aku bagi tu atas meja dia, sebab dia ingat aku memang lupa birthday dia, sehingga mendorong dia menjerit nama aku.
    7. Sweet tak aku? Sengaja letak kaler pink, kasi girlish sket. Boleh??




    Thursday, December 2, 2010

    Zouli Karina. Ya, memang nama orang.

    Masa mula-mula masuk first year, ramai kawan-kawan aku terpaksa ditukarkan ke maktab lain, ikot subjek major yang akan masing-masing ambik. Rombakan semua maktab seluruh Malaysia masa tu. Tapi aku bernasib baik dapat stay IPBA (Inst. Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa). Maka ada jugak la budak-budak dari maktab lain akan masuk maktab aku. 
    Ceritanya, dulu klasmet aku 3 orang je lelaki. Dasuki, Akem dan Ah Wah. Tapi last-last Akem kena tukar maktab lain. Tinggal la Dasuki dengan Ah Wah je. 

    Hari pertama nak mendaftar sebagai student first year tu, aku jengah list nama yang tertampal kat luar bilik pendaftaran. Aku eager gile nak tau berapa orang budak laki yang ada. Aku tengok. Ada lagi dua orang, selain nama Ah Wah dan Dasuki. Ada nama Hafiz. Ceh, nama ni dah tak rare. Dah biase. Tolak tepi. Aku baca lagi. Ada nama Zulkarnain. Wahh, nama macam macho dan gagah ni haa!!

    Dan, bila sampai masa mengenali empunya nama Zulkarnain tu, aku tertunduk lesu. Bukannya tertunduk sebab tersipu-sipu malu sambil kaki kuis-kuis pasir. Tidak, ya, tidak, Tertunduk lesu kerana empunya nama Zulkarnain itu sangat patah riuk. Sila paham sendiri bila aku maksudkan patah riuk.

    Aku tak ingat start bila aku baik dengan dia. Yang aku tau kitorang rapat. Dah jadi besfren. Meriah weh ada kawan macam ni. Ya, dia memang kategori lelaki lembut. Aku bagi nama Zouli Karina kat dia, hehehe! Nokk, I tau you suka nama tu, okkayy, hehe!

    Serius hidup aku meriah ada kawan macam dia ni. Bukan aku sorang je rasa camtu, satu kelas rasa meriah tu. Dengan dia, aku belajar macam-macam. Tak kurang jugak pasal life. Dia banyak share hal-hal personal dia. Tapi yang banyaknya ilmu merapu laa yang dia turunkan kat aku. Aku pon layankan je, haha!

    Dia famous. Satu maktab kenal dia. Junior-junior kitorang panggil dia Kak Mala. Janda berhias gittewww!! 

    Dia suka bawak cermin bila pergi kelas. Kadang-kadang selambe je bile lecturer tengah mengajar, dia ngadap cermin tu. Cermin kecik ada, cermin yang besar muka tu pon dia penah bawak pergi kelas. Haaa.... Pastu japgi dia akan tanya cermin tu "Wahai cermin sakti cermin hikmat, siapakah yang paling cantik di dalam IPBA?"... Dan dia akan jawab sendiri, "Jawapannya... Malaaa..."  Tak larat, dowhh, layan perangai-perangai dia ni, haha!

    Kat mana-mana aje, dia suka nyanyi lagu Ziana Zain, siap dengan gaya-gaya tangan yang macam Ziana Zain selalu buat tu. Dengar getar-getar suara sekali.

    Dia ajar satu kaedah bahasa baru ni. Bahasa cik-cik. Aku bagi contoh ye. Bila kitorang kat kedai makan yang kat area hostel tu, bila ada lelaki lalu, dia akan kata : "Wahh, cik top!" Okay, aku translate balik. Ni kalau google kat google translate ni memang takde kat situ. Maksud ayat dia tu : "Wahh, meletop!" Ayat tu dia tujukan pada leaki yang kahchak pada pandangan mata dia. Tapi selalunya pada pandangan mata dia je la. Pada pandangan mata aku, memang tak laa kan. Contoh perkataan lain yang selalu kitorang gunakan ialah cik curr (pelacur). Dan banyak lagi. Semenye ambik suku kata kedua dan tambah perkataan cik tu kat depan.

    Penah sekali tu, nak pergi bengkel seni kalau tak silap. Aku jalan depan sekali. Dia jalan belakang aku, dalam jarak 2 meter camtu laa. Belakang dia plak ada Azu dengan Gg. Azu dan Gg sound dia dari belakang. "Hoi, orang depan! Jalan tu cuba jangan melenggang. Bagi jantan sket!" Aku buat tak tau je la, sebab aku dah biasa dengar dia kena sound camtu. Pastu kan, tak memasal, aku dengar si Zoull ni sound aku plak, "Haa, yang depan tuu! Jalan bersepah, macam jantan!"  Ehhh, aku plak yang kenaaa???

    Tu belom kira masa kitorang jalan kat Midvalley, bertembung dengan mamat lembut mana entah. Pastu si Zoull ni terus je menjeling tajam, sambil berkata : "Huh, pondannn!!"  Aku plak pandang dia dan bertanya : "Abes tu kau tu apa?" Terus dia jawab, "Wahh, sentap, okkayy!!" Hahaha, memang aku gelak macam haram punya masa tu.

    Dia selalu berebut dengan Fanee, bila nampak lelaki yang menarek sket. 

    Fanee: "Aku nampak dulu, okkayy!!" 
    Dia : "Tak, aku nampak dulu!" 
    Fanee : "Excuse me??? Aku yang nampak dulu!" 
    Dia : (Masa ni mulut dia dah terkumat-kamit baca jampi serapah konon nak bomohkan Fanee)

    Haa, camtu la dia berebut dengan Fanee.

    Aku penah sekali tu, aku tak dengar dia panggil aku. Pastu banyak kali dia panggil lagi aku, aku tak dengar. Last-last dia menjerit, "Heyy, sundal!! Kau pekak ke?" Serius, wehh, kau takkan marah punya walaupun perkataan-perkataan seperti itu keluar dari mulut dia. Kau nak gelak lagi ada la.

    Banyak laa scene-secene havoc yang dia dah buat. Yang buat tulang-tulang aku reput sebab banyak ketawa. Tu yang banyak ilmu keluar tu. 

    Aku paling suka buat dia sentap. Aku suka gurau-gurau kasar dengan dia, Pastu dia akan sentap, merajuk, dan terus nak balik. Pastu kau akan tengok ayat-ayat kat status facebook dia memang tacing-tacing. Tapi aku gelakkan je. Lagi aku sakat adelaa. Tapi sentap dia tu tak lama. Dia mana boleh hidup kalau aku takde. Aku je yang suka layan dia, haha!

    Bila time exam, kitorang suka study kat shopping complex. Discuss bab-bab dalam modul. Selalunya KLCC la. Dia ni kaki menghapal isi kandungan buku. Dia punya hapal tu, memang perghh,,hebat. Perkataan sebijik-sebijik. (Nokk, Quran you hapal tak? Hehe, sentap tak soalan I?) Bila dah penat discuss, kitorang award diri masing-masing dengan cara tengok movie. Tapi aku suka buat discussion dengan dia. Best.

    Banyak kenangan-kenangan yang kitorang share. Tak terkira. Terlalu amat sangat banyak. Because he can tell me anything, and vice versa.

    Aku pantang gila, bila aku jalan atau keluar makan dengan dia, lelaki-lelaki akan tengok dia dengan pandangan yang semacam sambil sengih-sengih sumbing. Sumpah aku rasa nak tumbuk dan sepak terajang anu diorang. Aku tak suka orang kutuk-kutuk dia, sebab dia kawan aku.

    Paling aku suka, discuss isu gay dengan dia. Dengan dia jugak aku cerita pasal crush aku pada sorang mamat gay ni. Yang aku cerita kat entry dulu tu.

    Sebenarnya kalau cerita kat blog ni, macam tak real. Sebab kalau kau jumpa dan kenal sendiri dia, kau akan tau betapa kelakarnya dia. Betapa meriah dan fun ada kawan macam dia dalam hidup kau. Walaupun dia lembut, tapi bagi aku dia tetap kawan yang baik. Aku terima dia seadanya sebab pegangan aku, we dont judge friends. Apa-apa sentap ke, tak puas hati ke, cakap direct je. Dan dia pun stok anak yang baik. Yang berbakti pada family. Dia boleh diharap, walaupun orang selalu kata dia bukan lelaki sejati. Bagi aku, dia lagi bagos daripada sesetengah lelaki yang mengaku diorang tu lelaki sejati. 

    So, sape kate laki dengan pempuan tak boleh bekawan baik? Macam aku dengan Zoull ni haa. Besfren forever, okay! 

    Mana boleh u'oll gosip lebih-lebih. Tu kira lesbo tawww.Kan nokk kaaannn??

    Keperluan dan kehendak.

    Berikut disenaraikan barang-barang yang hendak dibeli :

    1. berus gigi (Berus gigi ni dah lama tak tukar. Dah macam penyapu Harry Potter)
    2. vakum (Vakum mak dah rosak. Aku rasa aku yang menyebabkan kerosakannya)
    3. guitar stand
    4. guitar Yamaha yang aku dok usha-usha dari zaman study dulu, harge RM 3399
    5. CORNFLAKES/ FROSTIES dan susu coklat Magnolia
    6. wedges sederhana tinggi yang aku nak beli hari tu, tapi masa tu takde saiz
    7. baju kurung untuk dipakai pergi sekolah
    8. jam kat Padini hari tu (Sungguh syaitonn ye, sampai skang aku terkenang-kenang!)
    9. rumah kat area sekolah (Setan, ni memang tak mampu, harga nak dekat 900 ribu, tapi aku nak masukkan jugak dalam list!)
    10. henpon yang canggih sket daripada yang ada skang ni
    11. sekeping laptop maha canggih yang mampu print skaligus, jadi tak payah susah-susah nak beli printer dan tak payah nak setting wayar-wayar yang pelbagai tu setiap kali nak print. (Aku tau yang ni takde dalam pasaran)
    12. mesin basuh yang mampu keringkan pakaian, supaya tak payah susah-susah nak sidai, dan mampu melipat pula pakaian-pakaian itu (Juga dipercayai tidak terdapat dalam pasaran)
    13. mesin untuk basuh pinggan mangkuk
    14. mesin yang mana bila aku masukkan muka aku kat dalam tu, terus kulit aku boleh jadi licin dan cantik dan putih. Courts Mammoth ada jual?
    15. kenapa aku rasa makin lama makin mengarut senarai barang ni?
    16. kereta Audi yang latest series tu (Diam! Aku tau aku tak mampu.)
    17. kereta yang boleh mencuci dirinya sendiri
    18. tiket pergi balik pergi UK
    19. ada idea nak kena tambah apa-apa?

    Kalau aku dapat seme tu, akulah manusia yang gembira. Haa, skang cakap kat aku, sape kata wang tak mampu bagi kegembiraan????