Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Saturday, November 27, 2010

Untuk apa entry ini haaa???

Okay, waddehekkk hari-hari update blog niiiii????

Jawapannya, saya harap masyarakat mengerti bahawa cuti saya adalah sama seperti cuti budak sekolah, iaitu selama sebulan lebih. Maka, lebih afdhal saya mengupdate blog yang sebenarnya bukanlah ada penjengah sangat pon. Atmosphere kebusanan adalah di mana-mana, maka aku risau jap lagi aku akan buat entry selang sejam. Bukan senang nak mengekang nafsu kan kan??

Aku busan, maka ada beberapa perkara rawak yang aku nak kongsikan. Sekiranya rasa busan dengan entry ini, anda boleh klik pangkah sekarang ya, hehe. Tidak, bukan menghalau, tetapi memberi kebebasan kepada anda untuk memilih.

1. Malam tadi aku tak dapat tidur sebab gastrik, akibat tidak makan selama beberapa hari. Rumah aku ni asek takde orang, jadi makanan pun takde, tu yang aku kebuluran tu. Apa dia?? Masak?? Itu kena tunggu Catdog bercerai badan dulu. Pukul 8 pagi tadi baru aku boleh betul-betul tidur. Kesengsaraan menahan sakit di dalam perut adalah sangat menyeksakan.

2. Aku sangat berharap aku menjadi kaya dalam masa yang cepat agar aku dapat renovate rumah mak ayah aku ni, dan memiliki bilik sendiri agar aku tidak lagi perlu berkongsi bilik dengan adik aku dan mendengar perbualan telepon antara dia dan boyfriendnya pada setiap malam. Adalah sangat menjijikkan ya, apabila anda mendengar nada-nada halus yang berbunyi "ermmm...", "ye ke???", "alaaaaaaaaaaa....", dan "hikhikhik."  Memang rasa nak bakar bilik tu, okkayyy!!

3. Aku terlalu taksub dengan cornflakes dan susu coklat, dan makanan itu mampu menjadi hidangan tidak kira breakfast, lunch, dinner, atau supper. Aku juga sanggup drive tengah-tengah malam menuju ke 7E hanya untuk mendapatkan bekalan makanan tersebut.

4. Aku suka budak-budak. Serius, memang aku suka. Tapi aku rasa nak pergi lempang kanak-kanak yang meraung melalak sekuat-kuat hati tanpa rasa segan silu kat shopping complex atau restoran makan. Okay, mungkin sebenarnya aku hanya suka kanak-kanak yang dah besar sikit, berbanding kanak-kanak di bawah empat tahun.

5. Bila cousin-cousin aku kawin, sedara- mara atau makcik-makcik atau pakcik-pakcik aku akan bertanya soalan-soalan tidak cool seperti : "Awak ni bila lagi?". Maka aku dengan sopannya akan memberi jawapan sebegini. "Mak andak, apa kata kalau mak andak tanya bila saya nak kaya, bila saya nak jadi jutawan, bila nak dapat pHd??? Kalau saya takde duit, macam mana saya nak kawin, mak andaaaakkkkk???? Macam mana nak pergi haji dengan suami????Seme tu kena ada duit yang banyaaakkkk." Diorang takkan tanya dah pastu. Percayalah.

6. Aku tak pernah lagi jumpa lelaki yang tidak mengutamakan tidur. Kalau ada pun, mereka adalah golongan mak nyah.

7. Aku paling jijik dengan golongan-golongan yang macam ni : "I tak pakai bra-bra biasa ni. I pakai Triumph, Sloggi." Sebenarnya kalau kau tak pakai bra langsung pun, aku tak peduli pun.

8. Aku juga jijik dengan golongan lelaki yang sedang melepak di mamak atau food court atau stesen bas, yang bila nampak perempuan lalu, terus tak relax. Contoh : "Weh, awek lalu, awek lalu! Ferghhh. Haiiiii...."

9. Aku harap satu hari nanti, akan sampai satu masa yang semua gay, pondan, bapok, dan mak nyah akan menjadi lelaki yang lurus sexual orientationnya.

10. Aku tak tau nape, tapi kalau mak nyah menggedik, aku boleh terima, tapi kalau perempuan sebenar menggedik, aku rasa nak cekik diorang.

11. Aku selalu memandang tinggi perempuan bertudung, tak kiralah walaupun ada sesetengah orang selalu cakap "Eleh, buat apa pakai tudung, tapi hati busuk, suka mengumpat, baju ketat, berzina, malam-malam menyundal, blablablabla.."  Sebab, bagi aku, mereka tetap berusaha melakukan tanggungjawab menutup aurat tu, walaupun mungkin kurang sempurna akibat perkara-perkara sampingan seperti baju ketat, suka mengumpat, hati busuk, dan menyundal, blablabla. Soal berapa markah pahala yang diorang dapat, tu urusan Allah. Sekurang-kurangnya diorang cuba buat tanggungjawab tu.

12. Aku jealous nak mampus dengan orang yang ada nenek. Aku serius ni. Sebab aku dah tak ada nenek. Belah mak aku memang dah meninggal sejak mak aku kecik. Belah ayah aku plak dah meninggal masa aku darjah empat. Dan aku selalu bercita-cita nak kawin dengan lelaki yang ada nenek, hehehehe.

13. Dari dulu aku suka dengan nama Azlan. Tak tau nape. Aku rasa nama tu classy and classic at the same time.

14. Masa zaman study dulu, aku ada cara tersendiri untuk mintak duit dengan mak atau ayah aku. Contohnya, menghantar SMS atau membuat panggilan telefon berbunyi : "Mak, harga barang dah naik. Harga makanan pun naik jugak. Boleh bank in kan duit?" atau "Mak, kat rumah ada nasik?" dan mak aku akan macam : "Nape ni? Awak dah makan ke belum? Duit ada lagi tak?"

15. Aku suka kucing, tapi aku allergic dengan kucing. Bila pegang-pegang diorang lama-lama, automatik aku akan selsema, mata bengkak dan berair dan tumbuh bintat-bintat kat muka aku.

16. Petang-petang macam ni...errr... aku rasa.... err... aku dah tak tau nak taip apa. Gila loser!

Okay, aku tak solat asar lagi ni. Berblogging ini sungguh duniawi, okkayy!

2 comments:

  1. no 2. kahkahkahh. geli kan! kalau aku balik umah nenek aku, tidur bilik sepupu aku. masyaallah. kegelian yang amat. aku rela tidur kat ruang tamu sorg2.

    no 3. try oreo dengan air sejuk. boleh dimakan pada bilabila masa dan mengenyangkan. memang seswai untuk org malas masak, atau tak berapa reti nak masak macam kita.

    no 4. ok aku lagi suka kanak2 bawah 4 tahun dari yang dah darjahdarjah. yang darjahdarjah tu nakal sampai aku rasa nak siku.

    no 5. aku dah 20 kenapa takde yang tanya aku lagi benda ni? sekali pun tak pernah. tsk.

    no 8. SAMA. wtfffffffff sampai suwitsuwit. macam tak pernah nampak perempuan.

    no 9 dan 10. SAMA.

    no12. aku ada sorg nenek blah mak, 2 orang nenek blah ayah. kawin jom. hahaha

    no 13. aku suka nama Mukhlis. tapi sampai sekarang aku tak pernah ada kawan nama Mukhlis.

    no 14. kahkahkah. aku nak guna taktik ni lepas ni.

    no 15. aku suka kucing dan TAK allergic. maka sila jeles.

    no 16. aku tak solat isyak lagi.

    ReplyDelete
  2. shakk, masalahnye aku ni ari2 kene dgr konversasi telepon adik aku tu.

    okay, aku tak mkn oreo, haha!

    kau ptt bersyukur org x penah tanye perihal no 5 tu. azab dia tu mcm lutut ko dh luke, tp diseret2 lg atas jalan tar. mcm tu la.

    okay, pasal nenek. jgn menggila. kite x bleh kawin, sbb kau x pndai masak.haha.

    sile gune taktik mintak duit tu, hehe.

    diam kau. aku jeles kau x allergic.

    maka, sile pegi solat.haha.

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.