Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Sunday, November 14, 2010

Sekosong tin biskut

Tu yang aku rasa. Kosong. Sekosong tin biskut.

Tadi aku pegi ECM. Berjalan. Sorang. Lagi. Kan aku dah kata, life aku ni membusankan.

Beli air freshener. Mak aku kata kereta aku busuk. Tapi kawan aku naik hari tu dia kata tak busuk pon. Aku pon rasa tak, tapi mungkin mak aku nak jugak aku bubuh mende air freshener tu, maka aku belilah jugak. Sungguh tipu muslihat duniawi.

Sebenarnya agenda utama adelah mende lain. Baju. Ye, baju. Sebenarnya dah beberapa kali datang situ aku tried on baju tu. Tapi asyik berbelah bahagi, nak beli ke tak. Sebab aku takot tak pakai. (Aku slalu camtu)... Tapi tadi, akhirnya aku beli jugak.

Pastu drive plak pegi Megamall. Mak mintak beli sarung tangan cantik. Sarung tangan yang macam inner tuu. Ade bunga-bunga. Haha! Parking jauh. Kat tepi KMC. Nasib baik hari dah tak hujan.

Ohh, yang paling best, aku jumpe jugak latest album Flop Poppy "Rasa". Aku suka design album ni. Catchy, menarik. Takde konsep bekas-bekas CD. Cuma ala-ala sarung seluk masuk, macam envelope. Kalau korang penah beli album Jason Mraz, korang surely faham camne reka bentuknya. Dalam kereta, pasang CD tu. Hehe...

Tapi, ada satu masalah. Bila naik kereta, bile drive, aku rasa sunyi. Entah. Tu yang aku rasa lately. Pegi balik keje pon, itulah yang aku rasa bile drive. Maybe I'm expecting someone to sit beside me. Malangnya tiada.


*Ohh, masa aku taip entry ni, aku kat hall rumah. Mak aku tengah angkat kain kat luar dan dia berkata "Kotornya kereta awak ni."  Okay, dont expect me to wash it. Hari dah petang pun. Esok Isnin. Dan aku memang selalu bagitau semua orang yang aku tak suka basuh kereta. Lagi nampak kotor, lagi cool aku rasa. Haha!

**Aku tak suka waktu petang pada hari Ahad, kerana Isnin akan muncul. Kenapa mesti Isnin wujud?


***Kepala aku ting tong sebab irregular sleep.

1 comment:

  1. lagi nampak kotor, lagi cool ~~~ kita serupa..huhuhu

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.