Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Monday, November 15, 2010

Satu ketika dulu...

Konon-konon macam nak flashback. Sambil dengar lagu "Salahkah Ku" - The Muffins.

Dulu, aku ade macam-macam kegemaran. Dan aku rasa kegemaran tu tak berakhir di situ saje.

Dulu aku minat Flop Poppy. Sampai skang pon kalau nampak atau dengar suara Andy, surely aku turned on. Kalau ade award untuk orang tua yang chumel, it goes to Andy, okayy!!

Dulu aku suke lelaki yang kurus tinggi. Nak-nak kalau yang pakai plain white tshirt and shorts. And I still do. 

Dulu aku penah sukekan seorang lelaki. Masa zaman study. But rumours have it that he's a gay. Tapi aku tak peduli. Aku amik risiko untuk mendekati dia. Mula-mula memang susah. Tapi lama-lama syok gile. Banyak mende yang berlaku. Depan masyarakat mana ada nak bertegur sapa. Jumpa depan-depan setakat angkat-angkat kening. Tapi mesej agak kencang. Paling aku suka bila kitorang main sambung-sambung lirik lagu. Yang specialnya, lagu-lagu tu remaja-remaja urban mana nak dengar. Rock kapak. Konon siapa yang layan lagu-lagu tu tak cool, tak up to date, tak urban. Lagu favourite kitorang "Pada Syurga Di Wajahmu" - Lefthanded. Tapi aku tak peduli. Konon-konon dah jumpe soulmate. Konon-konon la.

Dia suka kasi aku kerepek. Kerepek kegemaran aku. kerepek pisang dan kerepek sira. Aku plak, asal balik rumah mak je, mak suruh bawak balik kek coklat. Maka, memang rezeki dialah. Selalunya klasmet aku, Apeez yang jadi tukang bagi. Sebab diorang satu blok. Thanx, Apeez! Jasamu sentiasa kukenang!

Segalanya sekadar underground. Bermakna, masyarakat tak tau. Okay, adalah yang tau. Tapi mereka tak approve. Tak galakkan. Sebab lelaki itu bersejarah. Sejarah gay. Tapi, memang dah dasar degil. Yang gay tu la yang aku nak. Yang masyarakat tak suke tu la yang aku nak dekati. Terlalu banyak mende yang berlaku. Dan semenye kurasakan sweet. Kang kalau aku cite kang korang kata aku jiwang plak, hehe!

Masa dia nak fly pergi oversea, aku sanggup naik mende ERL tu. Pergi balik KLIA RM70. Okay, mungkin korang rasa 70 tu sikit je, tapi masa tu duit aku tak banyak. Terpaksa pow mak sendiri. Tapi aku terus-terang dengan mak. Cakap nak hantar kawan kat KLIA. Tapi, takde la aku cakap ,"Nak hantar kawan kat KLIA. Dia tu gay, mak."  Takde la aku cakap camtu.

Masa kat KLIA tu, bukan senang nak borak. Dia busy dengan urusan passport dan entah ape-ape lagi. Plak tu, tak nak kantoi dengan coursemate dia. Tapi sempat jugak amek gamba berdua. Balik tu, naik ERL, gua nanges dalam ERL, gua cakap luu!!!

Tapi, bila dia dah pergi oversea, dia dah jarang reply email aku. Last-last aku pon fed up. Tapi sesungguhnya, perasaan tu tak tak pernah hilang. Dan, bila balik Malaysia, dia berubah. Segalanya dah tak sama. Ditambah dengan macam-macam cerita yang aku dengar pasal dia kat sana. Tapi aku tak kisah pon. Takpelah.

Kesudahannya? Aku yang melarikan diri. Bila terserempak, aku yang buat-buat tak nampak. Pandang tempat lain. Aku regret buat camtu. Sumpah, aku regret. Aku pon tak tau nape aku buat camtu.

Mende dah berlalu. Tapi paling aku tak boleh lupa, sebelum dia fly, birthday aku tahun 2006, dia bagi hadiah teddy bear kecik. Aku memang benci teddy bear. Dia cakap dia tau aku tak suke, dia saje je bagi. Malam-malam aku tido dengan mende berbulu tu. Pastu dia slalu pesan jage teddy tu..... hehehehe!!!

Aku still ingat, makanan kegemaran dia. Rendang hati lembu, serawa durian, puding kastard.

Tapi tu dulu... Aku pon dah tak tau mana dia. Dia ada facebook, tapi aku tak berani nak add. Biarkan ajelah. Aku harap dia dah tak gay.

Bila orang bincangkan isu gay, isu ni paling menarik bagi aku. It turns me on. Really.

Sebab, dulu aku anggap mereka golongan yang menarik. Sekarang pun aku masih rasa mereka menarik. Hati aku susah nak berubah kan.

Ohh, and i made a song for him. Berbulan-bulan aku usaha nak hasilkan lagu tu. Masa tengah sibuk-sibuk final year plak tu. Haha, kan aku dah kata, aku ni romantik!

2 comments:

  1. okay aku suka entry ni. serius. :)

    dulu aku ada membe baik gak, lelaki. senior masa sekolah asrama dulu. masa f2, hp aku cuma ada no fon mak ayah, abang, dengan dia je. sahsahlah aku mesej dia je. rapat gila, sumpah. lepastu, entah mana silap, piungg! tak rapat dah. aku cuma boleh assume yang masingmasing dah besar dan tak boleh nak luku kepala rapat macam kecikkecik dulu. padahal aku tau, dia taknak berapa rapat dengan aku sebab dia dah ada gf. heh. tapi its okaylah, aku still pray the best for him.

    ok sorry aku tumpang buat entri kat sini. haaha

    ReplyDelete
  2. shak : haha, xpe, sile2 menumpang.jgn jd antu rumah tumpangan sudehh. ye, kdg2 mase mengubah semenye.haih.

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.