Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Monday, November 29, 2010

Persoalan tekanan di dalam kereta.

Okay, aku suka drive. Suka gila-gila. Yang gila syaitonn punya suka tu. (Metafora yang berlebihan dan bersifat negatif). Tapi ada beberapa perkara yang berjaya membuatkan aku tension bila drive, iaitu apabila adik aku yang pempuan tu dok kat sebelah. Berikut disertakan hujah-hujahnya :

  1. Dah tentu sebab dia pempuan. Aku kan cuma nak lelaki kahchak je dok sebelah aku.
  2. Dia akan duduk seperti sorang artis dan diva. Dengan spek itam yang besar tu. Belai-belai rambut dia yang panjang tu. Sambil kontrol ayu. Gila! Ni sumpah aku tak tipu. Dia memang stok kontrol ayu gila-gila punya. Yang sikit-sikit tengok side mirror. Tu belom tengok part dia berjalan dengan high heels, sambil muka kemut-kemut, macam seme lapisan masyarakat sedang memujanya ketika dia berjalan.
  3. Dia suka amek gambar dalam kereta. Gambar yang erm-gamba-ni-aku-rase-comel-dan-boleh-letak-kat-facebook. Haa, ya, memang gambar-gambar yang bajet comel tu. Yang diambil dari angle tertentu untuk mendapatkan shot terbaik konon-kononnya. Gambar yang ada konsep liang lentuk tu sampai nak tergeliat leher tu. 
  4. Dia ada habit yang konon-konon macam comel. Iaitu memuncungkan mulut tak memasal. Ni pun sumpah aku tak tipu. Ni bukan muncung yang macam orang marah tu. Ni muncung yang memang tak memasal dan takde motif serta modus operandi. Aku annoyed gila, dan aku akan buat muka jijik tiap kali dia buat aksi muncung-muncung tu. Kat mana-mana saja dia akan buat, dan tak kiralah masa tu dia tengah berborak dengan siapa sekalipon. Nak adjust volume aircond kereta aku ni pon, nak kena muncung-muncung mulut. Nak jawab soalan pon kena muncung-muncung. Bila aku suruh tengok-tengokkan belah kiri ada kereta tak, tu pon dia nak muncung-muncung. Kadang-kadang dengan muncung-muncung tu la dia snap gambar dan balik kang confirm dia upload kat facebook. Aku memang harap kat stereng kereta tu ada compartment untuk menyalurkan segala muntah darah aku ni.
  5. Bila meter mencecah 100 atau 120, dia akan mula perli-perli dan sound aku. Padahal dulu, exboyfriend tak berguna dia yang bawak Neo CPS tu lagi terok bila drive kereta.
  6. Pastu bila dia jawab call. Ni bila aku tengok, memang boleh buat aku rasa nak tikam diri sendiri. Dia ada satu style jawab telepon yang memang aku tak bleh blah. Aku tak reti nak describe macam mana, tapi gaya percakapan dia tu memang aku macam nak cekik je. 
Entry ni bukan bertujuan mengaibkan. Sekadar suka-suka. Ni kang tak memasal blog ni ada hater plak.

Sebenarnya adik aku tu normal je. Tapi disebabkan aku dengan dia kontra, jauh api dari oven, sebab tu aku tak boleh blah. Aku mana ngam dengan pempuan-pempuan yang ala-ala Barbie doll ni. Hahahaha. Barbie doll?? Okay, rasa nak muntah sekarang.

6 comments:

  1. hahahaa. gilaa wanitanya adik kau!

    ReplyDelete
  2. tu yg aku kene bersabar tu. bersabar tahan muntah.

    ReplyDelete
  3. ape yg pergghhh, anem? hehe!

    ReplyDelete
  4. aku ttap aku!!!!guna tanda seru!!hahahah

    ko nk jd mcm adik ko x???hahahah

    ReplyDelete
  5. ko memang syaitonnn!! jgn cari pasal kat sini. aku tumbuk kau nnti, smpai pecah spek tebal kau tu. naaakkkk??? haha!

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.