Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Thursday, November 25, 2010

Macho, kacak dan rare. (Entry bila mata tak mengantuk lagi)

Aku perempuan.

Malangnya aku tak lembut. Bukan lembut macam pondan tu. Tak. Maksud aku lembut perempuan. Aku takde sifat tu. Okay, mungkin ada. Sikit. Tapi sebab tak dipupuk, maka tak menjadi langsung. Mungkin jugak.

Malang sekali lagi bila aku tak feminin. Memang tak. Aku pakai la baju kurung atau  floral dress sekali pun, aku memang tak feminin. Muka aku pon orang dah kata ganas. Muka tak feminin. Tambah pulak dengan kulit aku yang hitam ni, lagi la tak feminin. Tak, bukan maksud aku kalau kulit gelap tu tak feminin, tapi bila kena kat aku, memang kombinasi kulit hitam dan perangai tak lembut tu menjadikan kondisi diri adalah tidak feminin. Mengerti?

Sejak kecik, sampailah sekarang, bila umur dah 25 ni, erkk, 18 ni, hehe, aku ada satu perasaan yang aku tak dapat nak buang. Dan perasaan tu menghantui aku sepanjang hidup aku. Ya, bila aku kata sepanjang hidup, aku memang maksudkan sepanjang hidup. Perasaan rendah diri yang amat sangat. Aku rasa diri aku serba tak kena. Aku paling benci mengadap cermin. Sebab kat situ aku akan nampak pantulan muka aku. Sesuatu yang aku tak suka tengok. Aku rasa aku ugly. Dengan warna kulit aku yang terlebih gelap ni, dan macam-macam lagi yang buat aku rasa aku sangat hodoh.

Dan aku benci bila nak tangkap gambar. Aku selalu mengelak. Sebab muka aku memang langsung tak fotogenik. Aku buatla macam mana sekali pon, memang hasilnya tetap wajah yang hodoh. Tak, bukan aku tak bersyukur. Tapi bila tengok cermin dan gambar, kita tahu dua benda tu takkan menipu. Kan??

Kaki kiri aku cacat. Kaki kanan aku berparut. Sebab accident. Masa darjah dua. Sebenarnya tak nampak sangat, sebab aku masih boleh berjalan macam biasa. Cuma reka bentuk jari tu dah lari dari tracknya. Dan aku tak boleh pakai sembarangan kasut. Tu lagi satu penambah point low self-esteem.

Jadi, aku lebih suka klasifikasikan diri aku sebagai macho. Perempuan macho. Maksud aku, aku cuba nak jadi macho, haha! Contohnya, lelaki selalu main gitar dan nyanyi lagu untuk perempuan, tapi aku tak nak macam tu. Aku nak jadi rare laa konon-kononnya. Aku nak, biar aku yang main gitar untuk lelaki tu. First guitar yang aku beli, gitar classical Yamaha. Aku belajar main gitar sebab aku sukakan sorang lelaki. Lama aku sukakan dia. Dua-tiga tahun jugak. Lagu-lagu yang aku main semuanya lagu jiwang. Sebab aku mengaku aku memang romantik. Aku tak nak jadi perempuan kayu. Tak nak jadi tipikal. Dan aku memang buat lagu untuk dia. Cuma aku tak berpeluang nak bagi dia dengar. Dia mungkin tak berminat pon nak dengar. Sebab dia gay.

Aku suka lelaki yang pandai masak. Nak-nak kalau yang pandai buat karipap. Aku kalau boleh nak kawin dengan lelaki yang pandai masak dan pandai menguruskan rumah. Sebab aku memang tak tau apa-apa bab memasak ni. Biar aku yang keluar bekerja, tapi dia jaga rumah dan masak. Aku serius ni, tak melawak. Tapi ini tidak bermakna aku nak bersuamikan mak nyah, okkayy!!

Aku suka drive. Dan bila aku drive, biarlah lelaki yang aku sayang tu duduk di seat sebelah. Sebagai peneman. Sebab aku rasa romantik gila kalau perempuan yang drive dan lelaki dok sebelah. Pusing-pusing bandar Kuantan yang tak sebesar mana ni. Bolehh??

Pastu kalau hari hujan, biar aku yang pegangkan payung. Sweet taaakkkkk???? Hehehe!

Ohh, dan bila bercinta, aku memang tak suka guna konsep baby, hubby, bie, papa, mama, mummy, daddy. Tak cool. Korang mungkin suka, terpulang laa. Hak masing-masing. Tapi aku suka guna nama. Okay, aku tau korang dah geli-geli dah ni. Haha!

Dulu, senior aku kat UiTM pernah cakap, "Muka je ganas, tapi layan lagu Flop Poppy."

Aku gelak je. Cool apa dengar lagu Flop Poppy. Sebab bagi aku Flop Poppy tu adalah kombinasi ranggi dan romantik.

Kalau berjalan di mana-mana dan terjumpa perempuan cantik, hati aku terus sayu sambil mengagumi kecantikan perempuan tu.Tapi, aku tau. Apa yang Tuhan buat tu ada sebabnya. Kot-kot la kalau Tuhan jadikan aku cantik, kot aku lupa diri, jadi playgirl ke, pelacur kelas atasan ke. Haaa... kan kan??

Kadang-kadang bila tengok orang kawin, aku semacam kecut perut. Komitmen tu terlalu besar. Mampu ke aku nanti?

Tapi aku selalu rasa aku mati muda, tak sempat merasa semua tu.

*Entry ni berbaur peribadi dan syok sendiri*


.

3 comments:

  1. tak berapa nak perempuan.
    flop poppy.
    drive lajulaju. *okay walaupun sekarang aku tak reti drive, tapi aku suka orang drive lajulaju*
    suka laki pandai masak *sebab aku tak reti masak*

    okay aku suka kau. kita banyak persamaan. haha

    ReplyDelete
  2. oh ya dan aku pun geli gila nak panggil mama papa hubby babi semua tu. pfft. nama sudey.

    ReplyDelete
  3. shak : ishh, jgn begitu.spt gay bunyinye. auwww... dn ye, mmg geli okay panggil baby2, mama papa ni... bajet dh ade anak ke?? hehe!

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.