Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Thursday, November 25, 2010

Cikgu macam mana yang kau nak??

"Tak gaya macam cikgu pun!"

Okay, dah terlalu ramai yang cakap macam tu dan bila orang cakap macam tu kat depan muka aku, aku tak tau nak anggap tu pujian atau apa. Aku tau mereka tak bermaksud apa-apa pun. Tu sekadar ayat yang flat dan takde niat jahat pun aku rasa.

Ya, aku tau. Cikgu-cikgu yang normal di Malaysia adalah bertudung dan sopan, bawak handbag Bonia, Carlo Rino atau Coach. Malangnya aku tidak. Rambut aku pendek, berkaler plak tu. Budak-budak darjah 6 panggil aku cikgu handsome. Beg aku konsep sling-sling. Beli online je. Kalau pergi sekolah, aku pakai beg gedabak besar yang sangkut kat sebelah bahu tu. Senang, boleh muat macam-macam. Dulu aku pernah bawak beg sandang Nike, baru beli, tapi kena condemn dengan budak darjah satu. Dia report kat mak dia bila balik rumah. Dia cakap aku bawak beg macam budak form 5. Mak dia pun cikgu, kerja satu sekolah dengan mak aku. Bila balik rumah, mak aku cerita la kat aku. Haha!

Cikgu-cikgu lain usung beg laptop, usung beg bakul yang penuh dengan buku-buku. Tapi aku usung gitar. Kalau kat staffroom, muzik dari gitar aku tu melatari cerita-cerita gosip cikgu-cikgu lain. Haha. Aku memang jarang layan lagu-lagu terkini. Tapi bila dah jadi cikgu ni, terpaksa. Sebab nak ambik hati budak-budak. Nanti dalam kelas boleh main gitar sambil nyanyi sama-sama dengan diorang. Dalam kereta, pergi balik sekolah, aku pasang Hitz FM. Nak tau lagu-lagu yang budak-budak sekarang dengar. Pastu nanti boleh cari chords kat internet. Ya, aku tak pandai sangat main gitar. Chords pon cari kat internet. Kadang-kadang aku mintak abah carikan chords lagu tu, kalau takde dalam internet. Abah main guna keyboard, aku salin la. Tapi aku buat semua tu demi nak entertain budak-budak. Aku nak diorang rasa fun at the end of the lesson. Diorang mana paham kalau aku main lagu Lefthanded, Bumiputera Rockers, Kopratsa dan rock-rock kapak yang lain. Lagu Adam Ahmad, Carefree.Ye laa, aritu diorang belek fail note lagu aku, diorang kutuk-kutuk cakap lagu dalam tu jiwang-jiwang. Mau taknye, seme lagu rock kapak. Tapi aku selambe je jawab "Cikgu kan romantik, kena la main lagu jiwang." Mereka pun terus macam : "Heeeee, cikgu ni..."

Aku nak budak-budak rasa selesa dengan aku. Sekolah tu kat kawasan elit kat Kuantan ni. Ramai anak-anak orang kaya. Maka ramailah yang gaya-gaya urban sikit bile berperangai tu. Aku paling takut kalau budak-budak tak suka aku. Kalau diorang bising, nakal atau buat salah, bila aku marah, aku memang rasa tak best. Rase tak cool. Aku sangat-sangat takut kalau terdetik dalam hati diorang "Eeee, entah ape-ape cikgu ni..."  atau "Aku benci cikgu ni."  Aku tak nak tu terjadi. Sebab aku sendiri dulu ada pengalaman dengan cikgu-cikgu masa sekolah rendah.

Ada sorang ni, masa aku sekolah rendah, cikgu berbangsa bukan Melayu. Perempuan. Tak kawin lagi. Ajar English. Garang. Maksud aku, GARANG. Korang paham kan bile aku dah taip caps lock macam tu kan? Dia memang stok-stok suka marah-marah. Boleh kira berapa kali je yang dia relax. Stok yang bila kita buat silap dalam latihan, dia akan campak buku kau jauh-jauh sampai tercampak keluar dari blok. Stok yang koyak-koyakkan buku anak murid. Bila dia mark buku latihan kau, kau kena berdiri kat sebelah meja dia dan bukakkan setiap helaian muka surat tu untuk dia. Cubit-cubit perut. Tengking-tengking.

Pastu ada sorang lagi cikgu ni. Masa sekolah rendah jugak. Bukan Melayu jugak. (Okay, ni dah bunyi macam racist je ni, tapi tak laa). Pun perempuan. dah kawin. Ajar Sains. Okay, aku cakap terus-terang. Aku memang slow learner. Maksud aku MEMANG SLOW. Aku lambat nak sumbat ilmu-ilmu masuk dalam otak. Kalau matematik tu lagilah. Tengok nombor je mata aku dah kabur-kabur je. Aku saspek aku ni murid special needs, sebab serius, aku memang slow. Bila dah besar, belajar kat maktab, belajar bab-bab budak-budak special needs ni, aku rasa aku one of them. Simptom-simptom tu seme aku ada. Cuma mak ayah dan cikgu tak dapat trace sampai sekarang. Jadi, bila bab akademik, memang aku lambat. Aku memang lemah Sains. Satu perkara yang aku tak sangka, masa hari ambik report card, guru kelas aku takde. Aku tak ingat dia kursus ke apa ke, tapi cikgu sains aku ni yang ganti dan handle bagi-bagi report card kat parents. Aku tak datang sekolah masa tu, sebab bukan belajar pun. Ayah aku yang pergi ambik. Bila ayah aku balik rumah, dia marah-marah. Cikgu tu cakap aku ni dah la lemah dalam subjek tu, pastu aku main kejar-kejar budak laki dalam makmal. Shit! Okay, masa tu aku tak pandai mencarut lagi. Sumpah, wey, sumpah aku tak buat! Tak cool okay, kejar budak laki. Tapi mana ayah aku nak percaya. Mestilah dia lagi percaya cakap cikgu, sebab cikgu takkan nak tipu pulak kan?? Cikgu kan golongan yang dipercayai. Kan kan??Tapi, sekali lagi aku nak cakap, sumpah aku tak buat. Esoknya tu bila aku pergi sekolah, aku tanya kawan-kawan aku, aku memang tak pernah buat macam tu kan, dan diorang pun terkejut dengar cerita aku. I guess she's a teacher and she can make up stories about her pupils.I dont know.

Aku kecewa. Sangat kecewa. Lagi kecewa sebab ayah aku tak percaya cakap aku. Tapi nak buat macam mana kan. Macam yang aku cakap tadi, golongan cikgu kan golongan yang dipercayai. Aku jadi makin kecewa dengan cikgu aku tu dan semakin tak minat dengan Sains. Dan bila result UPSR keluar, aku dapat C. Mencacatkan result. Mungkin sebab aku ada sekelumit rasa dendam dan tak puas hati, berkat tu ditarik, maka dapat C. Entahlah, Tuhan aje yang tau. Sampai sekarang aku ingat benda ni. Dua-tiga tahun lepas aku ada ternampak cikgu tu tolak troli kat Giant. Dia nampak makin tua. Tapi aku takde rasa nak tegur pun. Mungkin sebab aku masih ada rasa tak puas hati dan dendam. Dia memang berjaya bagi impak pada aku.

Masa aku form 3, cikgu Sains aku cikgu lelaki. Bukan Melayu. Dah berusia, tapi tak silap aku macam tak kawin lagi. Dia kelakar sebenarnya. maksud aku, perlakuan dia kelakar. Masa PMR pun aku dapat C Sains. Mungkin sebab aku banyak sangat buat lawak bangang dalam kelas cikgu tu.

Masa aku form 5, cikgu Sejarah. Sekali lagi bukan Melayu. Lelaki.Aku terlupa siapkan homework yang dia bagi. Sumpah, bukan aku sengaja. Aku betul-betul terlupa, sebab masa tu memang subjek lain pun banyak gila kerja sekolah. Dia marah. Dan dia cakap, "Anak cikgu apa macam ni??!!" Dia tau mak aku cikgu sekolah lain, jadi dia tiba-tiba keluarkan statement tu.

Aku panas hati, tapi aku tahankan je. Dah memang salah aku. Tapi boleh tak jangan kaitkan soal aku anak cikgu dengan kesilapan-kesilapan aku? Bukannya setiap kali dia bagi homework aku tak buat. Anak cikgu pun manusia jugak. Ada masa terlupa sesetengah perkara. Tambah-tambah pulak dengan otak aku yang lembab ni. Bukannya aku pergi jadi pondan dan melacurkan diri kat Lorong Kunyit pun! Bukannya aku pergi bakar Stadium Darul Makmur atau pun bakar Masjid Sultan Ahmad Shah.

Tapi sejak tu aku cuba usaha keras. Aku memang bukan budak pandai. Aku cuba puaskan hati dia dengan markah-markah exam yang walaupun taklah bagus mana pun, tapi sekurang-kurangnya paling tinggi dalam kelas aku tu.

Tapi cikgu Sains aku masa form 5 tu memang agak best. Perempuan Melayu. Relax je. Tak garang-garang. Minat aku makin bercambah. Aku usaha gila-gila, dan aku berjaya dapat A untuk Sains. Maksud aku sains yang biasa tu, bukan Sains yang ada Bio, Fizik, Kimia tu. Yang tu tak mampu. Boleh terbakar otak aku. Aku bukan budak Science stream.

Jadi, korang paham tak apa yang aku nak sampaikan kat sini?

Ya, cikgu mampu bagi kesan mendalam dalam hidup kita. Sebab tu aku tak nak jadi mimpi ngeri bagi anak-anak murid aku. Aku nak diorang rasa selesa dengan aku. Aku garang bila perlu je. Bila diorang nakal melampau, bila diorang tak hormat aku. Bila aku dah marah, aku akan explain semula kenapa aku marah. Aku nak diorang paham yang aku bukan marah saja-saja. Kalau diorang tak bawak buku, tertinggal ke, hilang ke, apa ke, aku takkan marah beriya. Nak-nak kalau yang tak pernah buat hal tinggal-tinggal buku ni. Kalau yang buku hilang tu, aku memang dah sediakan buku latihan extra, untuk kes-kes macam ni la. Subjek yang aku ajar takde konsep-konsep buku kerja atau buku teks, jadi memang guna buku latihan je. Kalau seni tu banyak guna kertas lukisan, kertas warna, berus dan lain-lain barang tu. PJ memang konsep aktiviti berhuha di padang. Cuma kalau hujan, baru guna buku teks dan buku latihan.


Bukan aku nak kata cikgu-cikgu yang pernah menghantui aku tu tak baik. Ada jugak baik diorang. Tapi nak buat macam mana kalau kenangan yang diorang berikan adalah yang ngeri-ngeri belaka kan? Aku tak nak jadi macam tu. Memang orang tengok aku takde tokoh jadi cikgu, sebab imej ranggi aku ni, tapi aku nak budak-budak ingat aku sebagai cikgu yang diorang senangi. Aku lebih rela kalau diorang lupakan aku dalam masa sepuluh tahun akan datang, daripada diorang ingat kat aku sampai mati, tapi dengan kenangan yang ngeri-ngeri. Kan? Tak cool laa kan macam tu!

Sekarang dah macam-macam kes kat sekolah. Cikgu cabul budak-budak la, itu la ini la. Bagi aku budak-budak ni, nak-nak budak sekolah rendah, diorang ni patut disayangi dan dihargai. Dididik dengan sebaik-baiknya. Macam yang lecturer kat maktab aku cakap, cikgu yang mengajar budak-budak sekolah rendah ni mengajar ahli-ahli syurga. Diorang ni bersih. Suci.

Aku tak minat pun jadi cikgu. Tapi lima tahun setengah kat maktab, macam-macam aku belajar. Tak minat tak bermakna aku akan jadi cikgu yang tak berguna. Orang selalu kata jadi cikgu ni senang. Tengah hari dah boleh balik rumah. Tapi orang tak tau, kerja ni stressful. Kau kena handle budak-budak. Okay, kau mungkin CEO company ke, usahawan berjaya ke, nak kena jumpa client itu ini, tapi ada kau kena handle kanak-kanak seramai hampir 40 orang, setiap kali satu lesson period? Sehari je dah berapa lesson, dah berapa kelas. Ada kau kena handle budak merengek-rengek kawan dia sorokkan pencil case? Tu belum kira yang terkencing dan terbuang najis besar dalam seluar. Yang dok berlari-lari dalam kelas. Yang buat lawak bodoh masa kau tengah bercakap dan mengajar. Yang tangan dia tertusuk ubat pensel picit. Yang menangis beriya-iya masa exam sebab sakit gigi. Ada? Tu belum lagi fenomena pelik yang lain.

Macam yang aku cakap tadi, di perenggan yang ke berapa entah (sila scroll sendiri), cikgu ni golongan yang dipercayai, jadi kita jangan buat tak pasal. Jangan ajar budak-budak benda yang tak patut. Setakat nak melawak bodoh-bodoh tu takpe laa. Hehe. Jangan bagi diorang rasa sekolah ni satu tempat yang macam neraka. Jangan jadi mimpi ngeri sepanjang hidup diorang.

Bonus bagi aku, sebab walaupun aku tak minat jadi cikgu, tapi aku suka budak-budak. Aku suka layan budak-budak. Budak-budak sekarang bukan macam budak-budak dulu. Diorang dah pandai. Dalam facebook aku tu, penuh dengan diorang. Tu yang status aku tu sopan-sopan je. Lawak tak boleh ganas-ganas dan melucah, walaupun kadang-kadang ade je, haha! Diorang main Google translate, hapal-hapal ayat dan perkataan, dah boleh cakap Jerman sikit-sikit. Haaa....

 Aku ada hari guru, kau ada hari apa? Hehehe.

5 comments:

  1. serius kau cikgu? cikgu apa weh?

    cooooooooool gilaaaaaaaaaaaaa! :D

    ReplyDelete
  2. ohh, shakk, thanx! *muke tersipu2 sambil kaki kuis pasir*

    serius la aku cikgu.5 thn setengah kot aku study kt maktab dulu, x kan kua jd doktor plak kan, hehehe!!

    ohh, aku ajar skolah rendah.seni, muzik, pj.

    ReplyDelete
  3. okay. kau cool. dan kau cikgu. aku tak pernah dapat cikgu rambut pendek. cool gila kot. mesti anak murid kau bangga. tiap petang masa main kat taman mainan mesti cerita 'weh, aku ada cikgu seni / musik / pj yang cool. kau ada?' kat kawankawan dia.

    ReplyDelete
  4. haha! aku x sure diorang lepak kt taman mainan ke x, sbb aku rase diorg asek on fesbuk je. wehh, update laa blog kau!

    ReplyDelete
  5. hahhahaha...lawak seh entry ni....
    ko memang best la...buat aku rasa nak jadi cikgu

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.