Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Tuesday, November 16, 2010

Apa yang aku nampak...

I hate buying groceries. Tak cool. Aku rasa komitmen beli barang-barang dapur tu terlalu tinggi dan mencabar.

Tadi aku ikot mak aku beli barang sempena raya esok. Giant.

Dan, macam-macam yang aku nampak.

1) Jumpa ex-classmate masa sekolah menengah. Dia dengan husband. Dan sorang anak perempuan. Dia terkejut bila aku cakap aku skang dah jadi cikgu. Dia cakap aku tak gaya macam cikgu. Dah ramai pon yang cakap macam tu.

2) Jalan-jalan sket, tesempak dengan sorang mamat ni. Ya, sebab menarik tu yang nak cerita ni. Dia dengan family dia. Ada ayah dia, dan jugak sorang lagi lelaki. Pastu dia bagi signal kat lelaki yang mungkin adik atau abang dia tu, dia cakap "Aiskrim."  Pastu aku nampak dia grab sekotak kon untuk letak aiskrim tu. Okay, that's cute. Lama jugak aku berlegar-legar area situ sebab tiba-tiba mak aku ghaib dari celahan ramai orang tu. Maka, kesempatan yang ada adelah dengan mencuci mata. Haha!

3) Tesempak dengan cousin aku. Kami sebaya. Bulan puasa aritu dia baru bersalin. Tapi body dia still slim. I mean skinny. Dia memang skinny. Dia pakai baju kurung. Dengan handbag Guessnya itu. Rambut paras bahu. Bila tengok dia, aku senyum sendiri. Dulu dia tomboy. Bila aku kata tomboy, maka aku memang maksudkan tomboy. Tomboy sebenar. Sementara tunggu mak aku yang ghaib entah ke mana, aku nampak dari kejauhan, cousin aku tu kat kaunter cashier, dengan husband dia. Aku senyum lagi bila nampak kemesraan mereka. Haihh, kenapa aku single lagi nii? Takde orang nak. Nak buat macam mana.... (Tetibe je ayat syahdu ni pehaaalll???)

4) Tesempak dengan nenek sedara. Nenek sedara, tapi umur dia aku rasa baru je cecah-cecah 30.

5) Nampak sorang budak perempuan. Umur dalam 4-5 tahun macam tu. Cantik. Ya, cantik. Bukan comel. Bila aku tengok ayah dia, memang stok lelaki kacak. Mak dia pun cantik. Budak tu memang cantik. Bukan comel. Dah layak kata cantik. Tu baru umur camtu, belum dah besar-besar sket.

6) Masa bayar kat kaunter, selang dua-tiga kaunter, aku nampak ada anak Chinese. Aneh muka budak tu. Putih dia lain macam. Muka dia klasik. Macam watak-watak opera. Aku serius ni.

Tu je la yang aku dapat untuk malam raya haji ni. 

Aku rindu arwah tok. Rasa macam esok nak drive balik Pekan, tengok kubur dia.

No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.